PERSEKITARAN ANTARABANGSA UNDANG-UNDANG HARTA INTELEK
PERSEKITARAN ANTARABANGSA UNDANG-UNDANG HARTA INTELEK
Malaysia adalah
ahli kepada WIPO (The World Intelectual
Propety Organization) iaitu badan yang mentadbir hal ehwal harta intelek di
peringkat antarabangsa. Sebagai ahli
Malaysia turut menandatangani dua konvensyen utama iaitu: Konvensyen Paris dan Konvensyen Berne. Malaysia juga adalah
penandatangan bagi perjanjian TRIPs (Trade
Related Aspects of Intelectual Property Rights) sebagai ahli kepada WTO (World Trade Organization).
WIPO
WIPO
telah ditubuhkan melalui konvensyen pada 14 Julai 1967 dan mula berkuatkuasa
pada tahun 1970. Objektif utama penubuhan adalah untuk mempromosi perlindungan
harta intelek diseluruha dunia melalui kerjasama dengan Negara-negara dan
bersatu dengan mana-mana pertubuhan yang bersesuaian.
WIPO
merupakan salah satu daripada 16 agensi khusus Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu.
WIPO adalah pertubuhan antarabangsa khusus semenjak tahun 1974 untuk mempromosi
penciptaan, penggunaan dan perlindungan hasil karya-karya dari minda manusia.
Ia dapat membantu serta menentukan agar hak-hak perekacipta dan pemilik harta
intelek diberikan perlindungan di seluruh dunia dan pencipta adalah diberi
pengiktirafan serta ganjaran diatas keaslian karya-karya mereka. Malaysia telah
menjadi ahli kepada WIPO pada 1 Januari 1989.
Pada 1
Januari 1989 , WIPO memasuki perjanjian kerjasama dengan WTO yang memperuntukkan
kerjasama dalam tiga perkara:
i.
Berkaitan dengan pemberitahuan sesuatu peruntukan
undang-undang, kemudahan mendapatkan salinanperuntukan undang-undang dan
terjemahan kepada undang-undang dan peraturan tempatan sesebuah Negara.
ii.
Pelaksanaan prosedur untuk perlindungan lambang
kebangsaan sesebuah Negara
iii.
Kerjasama teknikal
Konvensyen Paris 1883
Konvensyen
Paris bermula pada 20 Mac 1883 dan telah diwujudkan bagi memperuntukkan
standard perlindungan bagi harta industri yang merangkumi paten, cap dagangan
dan reka bentuk perindustrian. Malaysia telah menjadi ahli kepada konvensyen
ini pada 1 Januari 1989.
Konvensyen
ini telah disemak beberapa kali antaranya di Brussels pada 14 Disember 1900, di
Washington pada Jun 1911, di The hague pada 6 November 1925, di London pada 2
Jun 1934, di Lisbon pada 31 Oktober 1958 dan di Stockholm pada 14 Julai 1967.
Terdapat
tiga prinsip utama dalam Konvensyen Paris:
i.
Layanan Nasional – semua Negara anggota perlu memberi
layanan nasional antara satu sama lain dan melarang layanan tidak adilterhadap
hak harta intelek sesame Negara anggota.
ii.
Hak Keutamaan – harta intelek yang didaftar akan diberi
keutamaan di Negara anggota.
iii.
Standard Minimum – menetapkan standard minimum berkenaan
perlindungan harta intelek yang perlu dipatuhi Negara anggota dan perlu
menyerapkannya di dalam perundangan tempatan masing-masing.
Konvensyen Berne 1886
Konvensyen
Berne memperuntukkan standard perlindungan bagi hakcipta yang merangkumi
karya-karya seni seperti novel, cerpen, puisi, persembahan, nyanyian, opera,
lukisan, ukiran dan karya-karya senibina telah dimeterai pada 9 September 1886.
Malaysia telah menjadi ahli pada 1 Oktober 1990.
Prinsip
asas Konvensyen Berne ialah:
i.
Layanan Nasional – hak sama rata seseorang pencipta bagi
mendapatkan perlindungan karya di ssebuah Negara anggota lain seolah-olah
pencipta itu adalah warganegara atau pemastautin di Negara tersebut.
ii.
Pengecualian Formaliti – mengecualikan Negara-negara
anggota daripada formality perlindungan hakcipta samada melalui pendaftaran
atau notis hak cipta.
iii.
Tempoh Perlindungan minimum - tempoh perlindungan
hakcipta adalah sepanjang hayat pencipta dan 50 tahun dari tarikh kematiannya.
iv.
Hak Ekslusif Minimum – Negara-negara anggota mesti
menyediakan perlindungan terhadap enam hak berikut: terjemahan, pengeluaran
semula, persembahan kepada awam, penyesuaian, hak paternity dan hak intergrity.
TRIPs (Trade
Related Aspects of Intelectual Property Rights) 1994
Pertubuhan
Perdagangan Dunia (WTO) adalah satu-satunya organisasi antarabangsa yang
mengawal selia peraturan perdagangan negara-negara di dunia. Matlamat utamanya
adalah untuk membantu pengeluar barangan dan perkhidmatan serta pengeksport dan
pengimport menjalankan perdagangan mereka secara teratur. Malaysia merupakan
salah sebuah 146 negara pengasas WTO pada 1 Januari 1995. Sebagai ahli WTO,
Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian TRIPS.
Tujuan
Perjanjian TRIPS adalah untuk memastikan agar standard perlindungan yang
memadai wujud di kesemua negara yang menganggotainya. Perjanjian TRIPS
meluaskan skop perlindungan konvensyen antarabangsa yang terdahulu dengan
meletakkan standard minimum perlindungan hak harta intelek di dalam semua
bidang harta intelek yang perlu dipatuhi oleh kesemua negara anggota WTO.
Ia
merangkumi lima isu utama:
i.
Pemakaian prinsip asas GATT (The General Tariffs and Trade) dan juga perjanjian harta intelek
antarabangsa yang relevan.
ii.
Peruntukan hak-hak harta intelek yang mencukupi
iii.
Peruntukan langkah-langkah penguatkuasaan yang berkesan
di sesebuah Negara
iv.
Penyelesaian pertikaian multilateral di kalangan Negara
anggota WTO
v.
Perjanjian khusus tentang peraturan-peraturan peralihan
bagi memastikan penyertaan dalam sistem baru
Bidang
utama yang terdapat dalam Perjanjian ini adalah Paten dan perlindungan varieti
tumbuhan; Hakcipta dan hak-hak yang berkaitan termasuk perlindungan program komputer;
Maklumat rahsia termasuk rahsia perniagaan dan data ujian; Cap Dagangan termasuk
cap perkhidmatan; Petunjuk Geografi termasuk “appellations of origin”; Reka
Bentuk Perindustrian dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu.
Satu lagi
peruntukan utama Perjanjian TRIPS adalah berkenaan prosedur dan remedi di bawah
perundangan domestik bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan harta intelek.
Peruntukan-peruntukan ini memperuntukan bahawa prosedur tindakan sivil dan
pentadbiran serta remedi dan prosedur berkenaan jenayah serta penalty hendaklah
diwujudkan di dalam perundangan atau institusi pentadbiran domestik selaras dengan
prinsip am yang tertentu. Kewajipan untuk memastikan implementasi Perjanjian TRIPS
dalam sesuatu tempoh peralihan yang tertentu, adalah terpakai kepada kesemua ahli.
Sebagai
negara membangun, Malaysia telah diberikan tempoh 5 tahun untuk menepati peruntukan
Perjanjian TRIPS iaitu sehingga 1 Januari 2000. Malaysia telah mewujudkan perundangan
harta intelek yang menepati peruntukan Perjanjian TRIPS pada akhir tahun 2001.
Antaranya Malaysia telah meggubal undang-undang baru seperti Akta Rekabentuk
Susun Atur Litar Bersepadu dan meminda beberapa undang-undnag yang sedia ada
seperti Akta Hak Cipta, Akta Paten, Akta Cap Dagangan, Akta Kastam dan Akta
Perihal Dagangan.
Triti Kerjasama
Paten (Patent CooperationTreaty 1970)
- (PCT)
Malaysia
telah menganggotai PCT pada 16 Mei 2006 bagi memanfaatkan pemfailan paten
melalui satu sistem permohonan paten antarabangsa. PCT yang telah berkuatkuasa
di Malaysia mulai 16 Ogos 2006 merupakan suatu triti yang membolehkan
permohonan bagi perlindungan paten di lebih daripada sebuah negara dibuat
melalui satu permohonan/saluran sahaja.
Perjanjian Nice (Nice Agreement Concerning the International
Classification of Goods and Services for the Purposes of the Registration of
Marks 1957)
Perjanjian
Nice adalah perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan Klasifikasi Barangan
dan Perkhidmatan Antarabangsa (International Classification of Goods and
Services). Ia merupakan prosedur penyeragaman (harmonization) sistem
klasifikasi barangan dan perkhidmatan bagi tujuan pendaftaran cap dagangan.
Malaysia telah menyertai Perjanjian ini pada 28 Jun 2007 dan ianya berkuatkuasa
pada 28 September 2007.
Perjanjian Vienna
(Vienna Agreement Establishing an
International Classification of the Figurative Elements of Marks 1973)
Perjanjian
Vienna adalah perjanjian berkaitan dengan Klasifikasi Antarabangsa bagi elemen
bergambar sesuatu cap dagangan. Malaysia telah menyertai Perjanjian ini pada 28
Jun 2007 yang berkuatkuasa 28 September 2007.
PERSEKITARAN ANTARABANGSA UNDANG-UNDANG HARTA INTELEK
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
7:21:00 PG
Rating:
Tiada ulasan: