PIKET, MOGOK DAN TUTUP PINTU SEBAGAI TINDAKAN PERUSAHAAN
![]() |
Gambar Hiasan |
PIKET, MOGOK DAN
TUTUP PINTU SEBAGAI TINDAKAN PERUSAHAAN
1. PENDAHULUAN
Sebarang pertikaian
perusahaan yang wujud di antara pekerja dan majikan hendaklah melalui
rundingan. Tetapi sekiranya cara ini kurang berkesan, pekerja boleh mengambil
tindakan secar agresif iaitu dengan melancarkan piket dan mogok. Kedua-dua cara
ini dibenarkan oleh undang-undang. Majikan pula mengambil tindakan tutup pintu
sebagai tindakbalas untuk menekan pekerja. Kesemua ini dipanggil tindakan
perusahaan.
2. PIKET
Piket ertinya berdiri atau berarak di hadapan premis
perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang
rungutan pekerja atau apa-apa bentuk bantahan.
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP) membenarkan
seorang atau lebih pekerja, hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka
bekerja secara aman bagi tujuan:
i. Mendapatkan
atau menyampaikan maklumat
ii. Memujuk
atau mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau tidak bekerja apabila
wujudnya pertikaian perusahaan
Walaubagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:
i.
Secara
aman
ii.
Tidak
mengancam mana-mana orang
iii.
Tidak
menhalang jalan/pintu masuk dan keluar ke premis majikan oleh pekerja yang
terlibat secara langsung dalam peretikaian tersebut; dan
iv.
Pegawai
atau pekerja sekerja boleh hadir hanya bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan
disiplin serta memastikan bahawa pekrja-pekerja itu mematuhi peruntukan
berkenaan
Waktu yang dibenarkan untuk melakukan piket ialah diluar
waktu kerja iaitu:
i.
Pada
waktu makan tengahari
ii.
Sebelum;
atau
iii.
Selepas
waktu kerja
Mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan
syarat-syarat dan tujuan berpiket adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti berikut:
i.
Penjara
bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun; atau
ii. Denda
tidak melebihi satu ribu ringgit; atau
iii.
Kedua-duanya
sekali
Piket tidak lagi dibenarkan apabila pertikaian telah
dirujuk kepada mahkamah perusahaan untuk timbang tara.
3. MOGOK
3.1
Pengenalan
Mogok ertinya tindakan
memberhentikan atau enggan melakukan kerja oleh sekumpulan pekerja yang
bertindak secara bersatu atau keenganan yang dibuat bersama atau kefahaman yang
sama yang bertujuan untuk menghasilkan sekatan, halangan, pengurangan, penangguhan
atau menamatkan perlaksanaan keseluruhan atau mana-mana tugas berkaitan dengan
pekerjaan mereka.
Peruntukan-peruntukan mengenai tindakan mogok terdapat di dalam APP
1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 (AKS).
Secara mudahnya, mogok
adalah pemberhentian kerja oleh sekumpulan pekerja termasuklah percubaan untuk
menghadkan atau melambatkan pengeluaran dengan sengaja.
Mogok melibatkan beberapa
keadaan seperti berikut:
a.
Melambatkan
kerja (go slow)
b.
Bekerja
mengikut peraturan (work to rule);
dan
c. Enggan
membuat kerja lebih masa.
Tindakan mogok boleh
menyebabkan pengurangan pengeluaran dan jika ia dilakukan dengan sengaja ia
dikira mogok. Pengurangan pengeluaran akan memberi impak kepada keuntungan
syarikat dan ini akan memaksa majikan untuk membuka semula pintu rundingan
dengan pekerja.
Keengganan bekerja lebih
masa oleh sekumpulan pekerja juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam
Perkhidmatan Perlu (Essential services) kerana dalam organisasi sedemikian
pekerja boleh diperlukan untuk bekerja lebih masa oleh majikan. Jadual dibawah
seksyen 2 APP 1967 menyenaraikan pekerjaan yang tergolong sebagai Perkhidmatan
Perlu ini.
3.2
Prosedur Mogok
Mogok hanya boleh dilakukan
oleh ahli berdaftar kesatuan sekerja sahaja dan ia melibatkan lanjutan isu-isu yang timbul akibat pertikaian
perusahaan sahaja dan tidak perkara-perkara yang baru timbul (S.45 APP). Mogok
juga hanya boleh disertai oleh pekerja yang ada pertikaian sahaja. Tidak ada
mogok simpati atau mogok politik. Mogok simpati ialah mereka yang tidak berhak
untuk mengambil bahagian dalam tindakan mogok turut sama menyertai mogok. Mogok
politik ialah tindakan mogok tersebut diambil kesempatan ahli-ahli politik
untuk dijadikan isu mereka.
Sebelum mengambil tindakan
mogok, kesatuan sekerja hendaklah terlebih dahulu membuat satu undi rahsia di
kalangan orang yang berhak mogok. Undian itu menyatakan dengan jelas tentang
isu yang membawa kepada mogok tersebut (S.40 AKS). Keputusan dan kertas undi
tersebut hendaklaha dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam masa
14 hari oleh setiausaha kesatuan sekerja tersebut. Mogok hanya boleh dilakukan
jika 2/3 mengundi untuk mogok dari jumlah yang berhak mengundi.
Selepas 7 hari keputusan
mogok dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja baru boleh mogok. Jumlah
tujuh hari ini dipanggil tempoh bertenang. Tujuan tempoh bertenang ialah untuk
memberi peluang kepada Ketua Pengarah memeriksa kesahihan keputusan mogok
tersebut (takut ada pengundi hantu). Ia juga mmeberi peluang kepada pekerja
jika ingin “u-turn” keputusan tersebut. Majikan pun mungkin akan berubah
fikiran dan berlembut hati untuk menerima cadangan dari kesatuan sekerja dalam
tempoh tersebut.
Paling penting dalam masa
tujuh hari tersebut ialah Menteri boleh mengambil satu tindakan untuk mencelah
dalam pertikaian tersebut dan merujukkan kes kepada mahkamah Perusahaan untuk
timbangtara. Jika menteri bertindak demikian, secara automatik hak untuk mogok
terbatal dan jika diteruskan ia menjadi tidak sah. (Mana hak pekerja?)
Undi rahsia yang telah
dibuat hanya laku untuk tempoh 90 hari sahaja. Jika selepas 90 hari tidak
berlaku mogok, maka undi itu tamat tempoh. Sekiranya mahu juga diteruskan
mogok, buat undi sulit yang lain dan ikut prosedur seperti baru hendak
mengadakan mogok.
3.3
“Wildcat Strike”
Ia dipanggil wildcat strike
apabila tindakan mogok itu dilakukan oleh:
a.
Pekerja-pekerja
yang tidak berkesatuan; atau
b.
Kesatuan
sekerja tetapi tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan
Seksyen 45 APP
mempruntukkan bahawa mogok dianggap haram sekiranya:
a.
Melanggar
peruntukan S.43 APP atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain
b.
Mempunyai
objektif lain selain daripada perlanjutan kepada pertikaian perusahaan yang
melibatkan pekerja yang mogok dengan majikan
c.
Dilakukan
oleh pekerja-pekerja yang bukan ahli kesatuan sekerja
Tidak mematuhi prosedur
selalunya dikaitkan dengan tidak membuat undi rahsia untuk mogok dan mengambil
tindakan mogok serta merta apabila diputuskan.
“Down tools” ialah keadaan
dimana pekerja enggan bekerja tetapi tidak tindakan tersebut disokong oleh
kesatuan sekerja. “Wildcat Strike” juga sering digelar “mogok kilat” dan ia
tetap dianggap tidak sah disisi undang-undang.
3.4
Mogok Dalam Perkhidmatan Perlu
Selain mematuhi peruntukan
di bawah AKS mereka juga perlu mematuhi peruntukan S.43 APP, iaitu:
a.
Memberi
notis kepada majikan selama 42 hari sebelum melancarkan mogok
b.
Tidak
melancarkan mogok dalam tempoh 21 hari selepas memberi notis tersebut
c.
Tidak
melancarkan mogok sebelum luputnya tarikh yang ditetapkan dalam notis itu
Apa yang jelas ialah mogok
yang ingin dilakukan oleh pekerja perkhidmatan perlu menghendaki tempoh notis
yang lebih lama. Ini kerana tindakan yang akan mereka lakukan mampu menggugat
kepentingan orang awam.
3.5
Bila mogok tidak boleh dilakukan
S. 44 APP melarang tindakan
mogok dalam situasi berikut:
a.
Dalam
tempoh dimana Lembaga Penyiasat dilantik menurut S.34 APP menjalankan
penyiasatan dan dalam tempoh 7 hari selepas penyiasatan
b.
Berkaitan
dengan sebarang perkara yang diliputi perjanjian kolektif yang telah diambil
perhatian oleh Mahkamah Perusahaan atau perkara yang diliputi oleh keputusan
(award) Mahkamah Perusahaan
c.
Berkaitan
dengan hak prerogative majikan di bawah S.13(3) APP
d.
Dalam
tempoh tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan sedang dikendalikan
e. Selepas
satu pertikaian perusahaan dirujuk ke pada mahkamah Perusahaan
f.
Apabila
Yang DiPertuan Agong enggan memberikan keizinan untuk merujuk pertikaian
perusahaan oleh penjawat awam dirujuk kepada mahkamah Perusahaan.
3.6
Hukuman Bagi Mogok Haram
s. 46 APP memperuntukkan
seseorang pekerja yang melibatkan diri dalam mogok haram, jika disabitkan
kesalahan boleh:
a.
dipenjarakan
tidak melebihi satu tahun
b.
denda
tidak melebihi RM1,000.00
c.
kedua-duanya
sekali
4. TUTUP PINTU
Tutup pintu (lock-out) didefinasikan
dibawah S.2 APP sebagai:
a.
Penutupan
sesuatu tempat pekerjaan; atau
b. Menggantung
kerja; atau
c. Keengganan
seorang majikan untuk menggaji sejumlah pekerja yang digajikan olehnya, sebagai
perlanjutan pertikaian perusahaan, dilakukan dengan maksud untuk memaksa
pekerja – pekerja tersebut untuk menerima syarat danterma kerja atau untuk
memberi kesan kepada pekerjaan.
Syarat untuk tindakan tutup
pintu sama seperti pekerja hendak melakukan mogok. Selain tutup pintu majikan
boleh membuat alternative lain seperti mengambil pekerja pengurusan untk
meneruskan operasi, atau mengambil pekerja sementara. Manakala majikan boleh
menutup terus operasi kilang atau pengeluaran jika dirasakan tuntutan pekerja
sudah melampau. Dengan ini pekerja akan kehilangan pekerjaan.
PIKET, MOGOK DAN TUTUP PINTU SEBAGAI TINDAKAN PERUSAHAAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
7:49:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: