JIKA SETUJU, TERIMALAH TAWARAN KONTRAK ITU
MAKSUD PENERIMAAN
PENERIMAAN
Definisi dibawah Akta Kontrak:
Definisi dibawah Akta Kontrak:
s.
2(b) – when the person to whom the
proposal is made signify his assent thereto
Maksudnya;
apabila orang yang menerima tawaran membuat tanda-tanda yang ia bersetuju
dengannya
Secara
mudahnya apabila satu pihak membuat tawaran kepada satu pihak lagi, pihak yang
mendapat tawaran bersetuju dengan tawaran tersebut, maka itu adalah satu
penerimaan
1. PRINSIP CERMIN
Penerimaan
mesti dibuat serupa sebiji sebagaimana tawaran tanpa sebarang perubahan atau
pengubahsuaian. Ia mesti secara mutlak dan tidak bersyarat.
Jika
wujud apa-apa perubahan atau pengubahsuaian ia menjadi suatu tawaran balas.
Tawaran balas bukan satu penerimaan. Ia adalah satu penolakan kepada tawaran
yang asal.
HYDE
v WRENCH (1840) 3 Beav 334
Fakta
Kes:
Wrench
nenawarkan untuk menjual ladangnya dengan harga £1000. Hyde buat satu tawaran
balas £950. Wrench tolak tawaran balas itu. Hyde kemudian menerima tawaran asal
Wrench pada harga £1000.
Keputusan:
Tiada
kontrak wujud antara mereka. Tawaran balas yang dibuat oleh Hyde telah
menamatkan tawaran asal Wrench dan tidak lagi terbuka untuk Hyde menerima.
Walaubagaimanpun,
tawaran balas mesti dibezakan dengan permintaan untuk mendapatkan maklumat
lanjut. Permintaan ini tidak menamatkan tawaran. Pihak yang disampaikan tawaran
boleh membuat penerimaan selepas maklumat tambahan tersebut diperolehi.
STEVENSON
JACQUES & CO v MC LEAN (1880) 5 QBD 346
Fakta
kes:
Defendan
menulis surat kepada Plaintif menawarkan besi pada harga 40an dan tawaran itu
terbuka hingga hari Isnin. Pada jam 9.42 pagi Isnin plaintif menghantar
telegram kepada defendan bertanya samada defendan boleh menerima harga tersebut
sampai dalam masa dua bulan atau lebih. Defendan tidak menjawab telegram ini,
tetapi ia menjual kepada orang lain. Pada jam 1.25 beliau menghantar satu
telegram memaklumkan tentang penjualan
tersebut. Sebelum telegram tersebut sampai pada jam 1.34 plaintif menghantar
satu lagi telegram menerima tawaran asal pihak defendan. Plaintif menyatakan
bahawa telegram tersebut adalah satu penerimaan kepada tawaran plaintif.
Keputusan:
Mahkamah
bersetuju bahawa telegram terakhir adalah satu penerimaan kepada tawaran defendan. Prinsip dalam kes
Hyde v Wrench tidak boleh digunapakai dalam kes seperti ini. Di sini tidak ada
tawaran balas atau penolakan, Cuma satu permintaan maklumat lanjut yang patut
dijawab bukan dianggap penolakan.
2.PENERIMAAN MESTI DIKOMUNIKASI
Apabila
satu pihak membuat penerimaan, ia mesti dilakukan dalam bentuk tindakan
positif. Berdiam diri bukan satu tindakan positif dan tidak boleh dianggap
sebagai satu penerimaan.
FELTHOUSE
v BINDLEY (1862) 11 Cb (NS) 869
Fakta
Kes:
Felthouse
hendak membeli salah seekor kuda kepunyaan anak saudaranya. Dia menulis surat kepada anak
saudaranya: “Jika saya tidak mendengar apa-apa mengenainya, saya kira kuda itu
adalah milik saya …”. Kemudian, tidak ada notis dari anak saudaranya dan
felthouse mengira kuda itu adalah miliknya. Kuda tersebut tidak diserahkan ke
rumah Felthouse. Kemudian ada lelongan di tempat anak saudaranya bagi
ternakan-ternakan yang lain. Anak saudara tersebut memberitahu pelelong supaya
tidak menjual kuda pada lelongan tersebut. Secara tidak sengaja, pelelong
tersebut encik Bindley terjual kuda tersebut. Felthouse menyaman pelelong dalam tort salah milik dan
untuk Berjaya felthouse perlu buktikan yang ia adalah pemilik kuda tersebut.
Keputusan:
Mahkamah
memutuskan bahawa felthouse bukanlah pemilik kuda tersebut kerana tiada
penerimaan kepada kontrak. Penerimaan hendaklah diterima dengan jelas dan tidak
boleh dikenakan atas diam diri satu pihak.Meskipun anak saudara ada minat untuk
menyempurnakan jualan tetapi tidak ada komunikasi niat tersebut.
Pengecualian
prinsip diatas:
1.
Pihak yang membuat tawaran tidak memerlukannya lagi
2.
Pihak yang membuat tawaran membenarkan pihak yang menerima tawaran melaksanakan
syarat-syarat tawaran terlebih dahulu iaitu Penerimaan dalam bentuk
perlaksanaan yang dinyatakan dalam tawaran. Contohnya dalam kes Carlill v
Carbolic Smoke Ball yang mana mahkamah berpendapat perlaksanaan oleh plaintif
sudah mencukupi untuk satu penerimaan wujud.
3.
Pihak yang membuat tawaran membenarkan penerimaan mana-mana balasan untuk satu
janji timbal balas (reciprocal) yang mana ditawarkan dalam tawaran. Janji timbal
balas ditakrif di bawah seksyen 2(f) sebagai janji dalam bentuk balasan atau
sebahagian balasan antara satu sama lain.
Contoh;
Apabila X menghantar cek kepada B sejumlah RM 500.00 dengan tawaran bahawa itu
adalah balasan perjanjian B untuk menjual motorsikalnya. B dianggap sebagai
menerima tawaran tersebut jika menunaikan cek tersebut meskipun ia tidak
berkomunikasi penerimaannya dengan X. B telah menerima satu balasan untuk satu
janji timbal balas dalam satu tawaran.
Dalam
Masa Yang Munasabah
Seksyen
6(b) Akta Kontrak memperuntukan sesuatu
tawaran ‘ditarik balik’ apabila luput masa.
3.PEMBATALAN PENERIMAAN
Penerimaan
juga boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan
sempurna terhadap pihak yang membuat penerimaan. Sempurna di sini bermakna
pihak yang membuat penerimaan telah menyampaikan penerimaan kepada pihak yang
membuat tawaran dan pihak yang membuat tawaran telah mengetahui tindakan pihak
yang membuat penerimaan untuk menerima tawarannya.
Contoh:
Aziz membuat tawaran kepada Rahim. Untuk membuat penerimaan Rahim pergi ke
rumah Aziz. Kebetulan Aziz tiada di rumah. Rahim menyatakan penerimaan tawaran
Aziz kepada isteri Aziz. Selagi isteri Aziz tidak memaklumkan kepada Aziz
penerimaan Rahim maka Penerimaan belum sempurna. Apabila isteri Aziz
memaklumkan kepada Aziz maka penerimaan adalah sempurna. Pada ketika ini
kontrak telah wujud dan Rahim tidak boleh membatalkan penerimaannya lagi. Kalau
nak batal penerimaan, mestilah sebelum isteri Aziz bertindak memaklumkan kepada
Aziz.
4. PENERIMAAN MELALUI POS
Seksyen
4(2) Akta Kontrak :
Komunikasi
satu penerimaan sempurna:
(a) tehadap
orang yang membuat tawaran, apabila surat diletakkan
dalam transmisi kepadanya, kerana pihak yang menerima sudah tidak ada kawalan
ke atas surat
(b) terhadap
orang yang menerima, apabila ia sampai kepada pengetahuan orang yang membuat
tawaran
Ilustrasi
(b) seksyen 4
B
menerima tawaran A melalui surat
yang diposkannya
Komunikasi
penerimaan itu sempurna:
Terhadap
A, apabila surat
itu diposkan
Tehadap
B, apabila surat
itu diterima oleh A
Dalam
kes ADAMS v LINDSELL (1818) 1 B&Ald 681, 106 ER 250
Pihak
palintif adalah pengilang bulu kambing yang menjalankan perniagaan di
Bormgrove, Worcestershire. Pihak defendan ialah peniaga bulu kambing dan
beralamat di Huntingdon. Pada 2 September 1817 pihak defendan menulis kepada
plaintif dan menawarkan untuk menjual sejumlah bulu kambing. Defendan juga
menyatakan bahawa mereka memerlukan jawapan secara pos. Surat defendan telah
tersalah tuju dan hanya tiba kepada palintid pada 5 September. Pada malam itu
juga palintif menghantar surat penerimaan melalui pos dan sampai kepada
defendan pada 9 september. Jika tawaran yang asal itu dituju tepat kepada
palintif pastilah defendan akan menerimanya selewat-lewatnya pada 7 September.
Sementara itu, pihak defendan setelah tidak menerima jawapan daripada pihak
plaintif telah menjual bulu kambing itu kepada pihak ketiga pada 8 September.
Mahkamah
telah memutuskan bahawa penerimaan telah lengkap sebaik sahaja surat penerimaan
diposkan.
JIKA SETUJU, TERIMALAH TAWARAN KONTRAK ITU
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
9:19:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: