KAVEAT PERSENDIRIAN
1. Siapakah yang boleh
memasukkan kaveat
Kaveat Persendirian ialah kaveat yang dimasukkan oleh
individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan
hertanah tersebut. (Seksyen 322)
Kaveat Persendirian boleh dimasukkan oleh Pendaftar atas
permohonan orang atau badan yang berikut:-
(a) Mana-mana orang atau badan yang menuntut hakmilik atau apa-apa
kepentingan yang boleh daftar
(b) Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak mendapat faedah
dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan
(c ) Penjaga atau orang yang mewakili mana-mana remaja yang
menuntut hak mendapat faedah dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah
atau kepentingan .
MACOM ENGINEERS SDN BHD v GOH HOOI YIN [1976] 2 MLJ 53
Responden telah memasukan satu kaveat persendirian berkait dengan
satu perjanjian bertulis, dimana dia bersetuju untuk membeli satu harta dari
penjual. Responden telah membayar deposit dan baki akan dibayar pada tarikh
yangtelah ditetapkan. Pertikaian timbul mengenai kesempurnaan pembelian dan
penjual hendak menamatkan perjanjian serta merampas wang deposit. Perayu
memohon kepada mahkamah untuk mengenepikan kaveat tersebut.
Isu yang timbul ialah adakah responden layak untuk memasukkan
kaveat persendirian dibawah s.322 KTN. Responden tidak boleh menuntut hak milik
ke atas tanah tersebut jika bersandarkan kepada perjanjian jual beli tersebut.
Akan tetapi beliau ada hak dibawah perjanjian tersebut untuk menuntut
kepentingan melalui perlaksanaan spesifik yang beliau telah mulakan di
mahkamah.
Mahkamah berpendapat bahwa beliau masih berhak untuk memasukkan
kaveat untuk melindungi haknya di bawah kontrak dan untuk mengambil tindakan
perlaksanaan spesifik. Kemasukan kaveat tidak menjadikan haknya lebih baik atau
lebih buruk tetapi untuk sementara waktu menunggu keputusan mahkamah dia berhak
untuk menjadikan kaveat tersebut kekal.
R.A.P NATHAN v HAJI ABDUL RAHMAN & YANG LAIN [1980] 1 MLJ 248
Defendan kedua telah membeli tanah-tanah dari defendan pertama
dibawah satu perjanjian jualan. Kemudiannya, plaintif telah memasuki satu
perjanjian usahasama dengan defendan kedua untuk membangunkan tanah-tanah
tersebut kepada sebuah projek perumahan. Beberapa bulan kemudian defendan kedua
menjual tanah tersebut kepada defendan ketiga. Olaintiff telah memulakan
tindakan di mahkamah untuk pecah kontrak dan mendakwa tipuan dilakukan oleh
defendan kedua dan ketiga. Dia memohon satu peristiharan bahawa perjanjian
antara defendan kedua dan ketiga adlah batal dan tidak sah.
Antara isu yang timbul yang perlu diputuskan oleh mahkamah ialah
adakah wujud kepentingan boleh kaveat dipihak plaintif sementara menunggu
keputusan tindakan terhadap defendan-defendan.
Diputuskan: perjanjian antara plaintif dan defendan kedua adalah
jelas, ia dikehendaki membayar harga tanah dan juga diberi hak ekslusif dan
tunggal untuk membangunkan tanah tersebut, untuk melakukan pecah lot, membina
rumah, menjual dan membahagikan keuntungan dengan defendan kedua. Dalam
kedadaan ini plaintiff mempunyai hak yang boleh dikaveatkan keatas tanh-tanah
tersebut.
2. Prosedur dan Kesan
Sesiapa yang ingin memasukkan kaveat hendaklah membuat permohonan
secara rasmi kepda pendaftar atau pentadbir tanah menggunakan borang 19B.
Pendaftar hendaklah mencatatkan dia atas mana-mana
permohonan tersebut waktu bilamana ia diterima. Pendaftar kemudiannya hendaklah secepat mungkin selepas itu(dan
tidak payah terlibat menyiasat kesahan tuntuan atas mana ia didasarkan ) memasukkan
kaveat yang dipohonkan itu dengan cara berikut:
dengan pengendorsan di atas dokumen hakmilik
daftaran,di bawah tangan dan meterai Pendaftar,dengan perkataan “Kaveat
Sendirian” bersama –sama dengan suatu kenyataan yang menyatakan
(a) Sama ada kaveat itu
mengikat tanah itu sendiri atau suatu bahagian tanah yang tak dipecahkan,atau
suatu kepentingan khusus didalamnya sahaja
(b) Orang atau badan atas
permohonan siapa ia dimasukkan
(c) Waktu sejak mana ia
berkuatkuasa
(d) Rujukan dibawah mana
permohonan itu difailkan
Pendaftar hendaklah menyampaikan pemberitahuan
dalam Borang 19A kepada tuan punya tanah atau satu bahagian tanah yang tidak
dapat dipecahkan yang terikat dengan demikian atau,dalam kes suatu kaveat yang
mengikat satu kepentingan khusus sahaja,kepada orang atau badan dalam siapa
kepentingan itu adalah buat masa itu tertakhluk
Kesan-kesan kaveat Persendirian melarang perkara-perkara berikut:
(i ) Pendaftaran suratcara urusniaga dan juga pendaftaran sijil
jualan tanah berkenaan,
(ii) kemasukan endosan berkenaan tuntutan bebas daftaran dan
(iii) kemasukan kaveat pemegang lien.
3. Tempoh Masa
Kaveat persendirian akan kekal untuk tempoh selama 6 tahun.
Bagaimanakah kaveat persendirian boleh ditamatkan?
a. Penarikan balik kaveat oleh sipemasuk kaveat
Penarikan balik
ini hendaklah dibuat dalam Borang 8 yang diserahkan kepada pendaftar. Setelah
menerima borang tersebut pendaftar hendaklah membuang kaveat tersebut dengan
menyatakan alasan penarikan balik tersebut dan menyampaikan kepada tuan tanah
mengenai penarikan balik tersebut.
b. Kaveat dibuang oleh pendaftar (S.326)
Tuan tanah boleh
memohon untuk membuang kaveat kepada pendaftar dengan menggunakan Borang 19H.
Setelah menerima permohonan pendaftar hendaklah memberi notis kepada orang yang
memasukkan kaveat dan membuang kaveat tersebut selepas satu bulan dari tarikh
notis tersebut.
c. Kaveat dibuang atas arahan mahkamah (S.327)
Orang
berkepentingan juga boleh memohon untuk membuang kaveat tetapi dilakukan di
Mahkamah. Perkataan “aggrieved by the existence” boleh meliputi mereka yang ada
kepentingan dan perlu untuk menjaga kepentingan tersebut.
d. Luputnya tempoh kaveat persendirian iaitu selepas 6 tahun.
KAVEAT PERSENDIRIAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
7:44:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: