KAVEAT AMANAH
KAVEAT AMANAH
Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana individu
atau badan yang memegang amanah ke atas milikan tersebut (Seksyen 332 KTN)
Kaveat amanah boleh dimasukkan oleh Pendaftar keatas mana-mana
tanah atau kepentingan yang dipegang oleh mana-mana orang atau badan yang
diamanahkan atas permohonan:-
(a) pemegang amanah pada masa itu mengenai mana-mana tanah atau
kepentingan.
(b) orang atau badan yang mula-mulanya memindahmilikkan mana-mana
tanah atau kepentingan kepada pemegang amanah.
(c) orang atau badan yang mengwujudkan apa-apa kepentingan untuk
faedah pemegang amanah.
Kaveat amanah melarang samada secara mutlak atau tertakluk kepada
syarat-syarat pendaftaran , pengendosan, pemasukkan atau mana-mana dari yang
berikut:-
(a) Pendaftaran suratcara urusniaga hartanah tersebut secara
langsung .
(b) Pemasukan catatan mengenai tuntutan kepada faedah sesuatu
tenansi dikecualikan daftaran mengenai tanah itu.
(c) Pemasukan kaveat pemegang lien mengenai tanah itu.
Proses memasukkan kaveat
amanah ialah dengan menggunakan borang 19E yang disertakan dokumen ikatan
amanah yang telah didaftarkan dengan pejabat tanah.
Dalam kes YAP JOYCE v TEE MOLLY DAN SEORANG LAGI [2000] 1 AMR 3172,
seorang wanita bernama LCL mahu memindahmilik satu bangunan rumah kedai tiga
tingkat di Jalan Sungai Besi kepada cucu lelakinya yang masih seorang
kanak-kanak bawah umur. LCL telah memindah milik harta tersebut kepada Joyce
melalui satu persefahaman bahawa Joyce menerima pindahmilik bukan sebagai
pewaris tetapi sebagai pemegang amanah untuk cucu lelaki LCL. Satu surat ikatan
amanah telah disediakan dan dilaksanakan dimana LCL adalah ‘penderma’ dan Joyce
adalah ‘pemegang amanah’ pada 14 Mac 1983. Syarat-syarat dalam surat ikatan
amanah tersebut adalah jelas dimana Joyce bersetuju di bawah fasal 3(a) bahawa
beliau akan “ menguruskan harta mengikut arahan yang diberikan oleh penderma”.
Dibawah fasal 3(b) Joyce bersetuju bahawa setelah kematian LCL atau pewaris
telah cukup umur, dia akan memindahmilik dan mendaftar tanah tersebut atas nama
pewaris.
Lima bulan kemudian iaitu pada bulan September 1983, LCL dan Joyce
menyempurnakan borang 14A dan pindahmilik tersebut telah didaftarkan pada 10
November 1983. Dalam borang 14A tersebut balasan bagi pindahmilik dinyatakan
sebagai “kasih sayang”. Tidak disebut sebagai amanah kemudiannya tidak ada
kemasukan kaveat amanah samada bagi pihak penderma atau pemegang amanah.
Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1995 LCL dan
pewaris dapat maklumat yang Joyce merancang untuk menjual harta tersebut. Pada
23 hb Mei, peguam LCL dan pewaris menulis kepada Joyce bahawa beliau tidak
boleh menjual harta tersebut kerana beliau hanyalah seorang pemegang amanah, dan
bukan pemilik sebenar tanah tersebut. Dua hari kemudian iaitu pada 25 Mei 1995,
peguam tersebut telah memasukkan kaveat amanah ke atas harta tersebut. Pada 22
Jun, peguam Joyce membalas bahawa Joyce “tidak ingat apa-apa tandatangan” ke
atas surat ikatan amanah, dan menyatakan bahawa surat iakatan amanah tidak
pernah dikemukakan dan diterangkan kepadanya. Peguam itu juga menyatakan bahawa
LCL memindah milik harta tersebut kepadanya secra mutlak dan untuk faedah
beliau sendiri.
Pada bulan Julai 1997, LCL meninggal dunia dan
Molly (defendan pertama) mengambil alih peranan LCL.
Dalam tindakan sivil ini, yang difailkan oleh
Joyce, beliau memohon deklarasi bahawa amanah yang dibuat oleh LCL adalah tidak
sah dan tidak boleh dilaksanakan, dan satu lagi deklarasi bahawa beliau adalah
pewaris dan pemilik harta tersebut. Defendan membuat tuntutan balas dengan
memohon deklarasi bahawa harta tersebut adalah satu harta amanah dan Joyce
hanyalah seorang pemegang amanah.
Mahkamah telah memutuskan bahawa berdasarkan
keterangan amanah yang telah dibuat oleh LCL pada 14 mac 1983 adalah sah dan
tidak pernah dibatalkan. Hakim menambah bahawa peguam-peguam telah silap bila
gagal untuk memasukkan dalam borang 14A bahawa pindahmilik mengikut s.344 KTN
yang dibaca bersama s.301. Oleh yang demikian, Hakim telah memutuskan bahawa
tuntutan Joyce ditolak dan tuntutan balas defendan diterima.
Satu perkara penting yang timbul ialah kuasa
mahkamah untuk meminda kaveat dibawah s.417(1). Peruntukan seksyen ini: Bila
ada kecacatan disebabkan oleh kuasa yang lebih besar dari yang pengkaveat
berhak, mahkamah boleh arahkan kaveat diketepikan.
Isu yang timbul ialah: bolehkah mahkamah
mengarahkan pindaan kaveat yang cacat dan tidak mengenepikan kaveat tersebut.
Dalam kes VANGEDAVELAN v MAHADEVAN DAN SEORANG LAGI
[1976] 2 MLJ 161 Mahkamah Persekutuan membenarkan satu rayuan terhadap perintah
Mahkamah Tinggi mengenepikan kaveat, tetapi Mahkamah Persekutuan secara nyata
membuat perintah untuk pindaan. Persoalan pindaan tidak timbul semasa rayuan,
kaveat telah diketepikan dan tanah tersebut telah dijual. Mahkamah Persekutuan
mengarahkan pengekalan kaveat sementara menunggu pelupusan kes pengkaveat untuk
tindakan perlaksanaan spesifik dengan syarat bahawa kaveat tersebut mestilah
secara nyata mengikat kepentingan pengkaveat sahaja.
KAVEAT AMANAH
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
8:57:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: