KAVEAT PEMEGANG-LIEN
KAVEAT PEMEGANG-LIEN
Kaveat Pemegang Lien ialah
kaveat yang dimasukkan oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang
memegang dokumen Hakmilik Hartanah tersebut untuk tujuan tertentu contohnya
sebagai jaminan untuk tujuan pinjaman bank. (s.330 KTN). Lien tidak
didefinasikan dibawah KTN.
Peruntukan s.281 KTN
membenarkan mana-mana peminjam untuk mendepositkan hakmilik tanahnya kepada pemberi
pinjaman.
Seksyen 281 ini menerangkan bahawa apabila peminjam mendepositkan dokumen
hakmilik kepada pemberi pinjaman jadi pemberi pinjam akan memasukkan kaveat
keatas pemegang lien.Ketika memasukkan kaveat tersebut, pemberi pinjaman akan
mempunyai lien terhadap tanah tersebut.
Sebenarnya tujuan kaveat ini diwujudkan untuk memberi keutaman kepadaa
pemegang lien dari kepentingan kepentingan yang terkemudian. Sebelum pemegang
lien memohon perintah jualan, ia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan
penghakiman dari mahkamah atas jumlah wang yang terhutang kepadanya melalui
saman hutang penghakiman
Pemasukkan kaveat ini hendaklah berkuatkuasa dengan pengendosan
diatas dokumen hakmilik , ditandatangani dan mempunyai maklumat berikut :
(a) samada kaveat ini mengikat tanah itu sendiri atau suatu
pajakannya sahaja.
(b) nama orang atau badan yang memasukkan kaveat,
(c) waktu kuatkuasa
(d) rujukan fail permohonan berkenaan.
Kaveat ini menghalang perkara berikut:
(a) pendaftaran suratcara urusniaga,
(b) pendaftaran perakuan jualan,
(c) pemasukan kaveat pemegang lien yang lain.
Dalam kes MERCANTILE BANK
LTD v THE OFFICIAL ASSIGNEE [1969] 2 MLJ 196, pemilik telah mendepositkan geran
hak milik kepada pemohon untuk menjamin pinjaman. Dia gagal membayar balik
pinjaman dan pada 28 April 1966 penghakiman telah dimasukkan terhadapnya. Pada
bulan Mei Notis Bankrap telah telah dikeluarkan dan diserahkan pada 9 Jun 1966.
Dia gagal membayar yang bermakna telah melakukan satu perbuatan kebankrapan. Pada
2 Ogos 1966 pemohon mendaftarkan kaveat pemegang lien keatas tanah tersebut
dibawah s.330 KTN. Perintah penerimaan adjudikasi telah dibuat terhadap
tuanpunya tanah pada 19 Nov 1966. Dia meninggal dunia tanpa wasiat pada April
1967.
Hakim Raja Azlan Shah
memutuskan bahawa pemohon masih berhak untuk mendaftarkan kaveat dan dia boleh
melaksanakan pendaftaran pada bila-bila masa. Ketika pemilik bankrap, tanah
tersebut masih bebas dari kaveat pemegang lien tetapi pemohon masih ada “hak
secara ekuiti kepada lien didalam satu kontrak”.
Dalam kes STANDARD
CHARTERED BANK v YAP SING YOKE DAN SEORANG LAGI [1989] 2 MLJ 49
Hak milik tanah telah
didepositkan kepada bank untuk dibuat gadaian. Malangnya gadaian tidak dapat didaftarkan sebab resit bayaran
sewa yang berkenaan telah hilang dan tidak dapat dikemukakan.pada masa yang
sama, sementara untuk membuat gadaian, seorang pemiutang yang lain telah
Berjaya memasukkan satu perintah larangan (PO) ke atas tanah tersebut.
Isu sekarang ialah siapa
yang mempunyai keutamaan. Bank mempunyai hakmilik dan pemiutang lain sudah
mendapatkan PO.
Mahkamah telah memutuskan
bahawa bank ada keutamaan berbanding pemiutang lain.
Dalam kes CHEW SZE SUN v
MUTHIA CETTHIAR [1983] 1 MLJ 390, diputuskan bahawa apabila sesuatu kaveat
pemegang lien telah dimasukkan terlebih dahulu dari segi masa, kaveat tersebut
akan menghalang kemasukan kaveat persendirian yang terkemudian atas tanah yang
sama.
KAVEAT PEMEGANG-LIEN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
8:54:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: