APAKAH PERATURAN SEWA?
SEWA ATAU TENANSI BEBAS DAFTARAN
1. Pendahuluan
Tenansi (sewa) boleh diberi definisi secara
ringkas sebagai menyewakan satu tanah bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun.
Tenansi bukan satu kepentingan yang boleh didaftarkan dan ia dipanggil tenansi
bebas daftaran.
Ciri-ciri tenansi ialah:
1.
Penyewa diberi hak milikan ekslusif ke
atas tanah tersebut
2.
Pemberi sewa dan penyewa mesti berniat
untuk memberi sewa dan menerima sewa dan bukan satu lesen
3.
Tenansi mestilah untuk satu tempoh tertentu
atau tempoh yang mampu ditetapkan.
Apa
yang boleh ditenansikan?
a. Tanah milik keatas kesemua
bahagian atau sebahagian daripada tanah.
b. Pemegang pajakan atau
pajakan kecil keatas keseluruhan pajakan atau sebahagian daripadanya.
c.
Oleh pemegang tenansi dengan cara memberi sub-tenansi.
2. Sekatan Tenansi Bebas Daftaran
Kuasa yang diberi tertakluk kepada sekatan
yang berikut:-
a.
Larangan atau batasan yang dikenakan oleh KTN atau mana-mana
undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa.
b. Mana-mana sekatan
kepentingan yang berkuatkuasa pada masa itu yang berkaitan dengan tanah
berkenaan .
c. Tenansi tidak boleh
diberikan kepada dua orang atau lebih melainkan sebagai pemegang amanah atau
wakil.
d. Sekatan keatas warganegara
asing.
e. Jika tanah itu tertakluk
kepada gadaian, persetujuan pemegang gadaian perlu didapatkan terlebih dahulu.
f.
Dilindungi dibawah S. 316 KTN.
Meskipun
tennasi satu kepentingan yang tidak boleh didaftarkan, ia boleh dilindungi
dengan cara endosemen atas daftar hak milik - s.213(3) KTN. Apabila satu
endosemen telah dibuat bagi satu tennasi maka ia akan mengikat pemebeli
kemudiannya, bilamana perjanjian jual beli telah dimasuki selepas endosmen –
THAN KOK LEONG v LOW KIM HAI [1983] 1 MLJ 187.
Tenansi
boleh ditamatkan apabila:
1. Tempoh masa dalam tenansi tersebut
telah tamat
2. Tenansi diserahkankepada yang berhak
3. Satu notis pengosongan yang sah
diserahkan
4. Tenansi telah dirampas oleh tuan tanah
apabila penyewa melanggar syarat penyewaan ataupun bankrap ataupun bagi
syarikat telah digulung.
APAKAH PERATURAN SEWA?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
1:32:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: