SSPN-i Plus

URUSNIAGA TANAH NI APA YE?





URUSNIAGA TANAH 

 Urus niaga tanah didefinisikan dibawah s.5 KTN sebagai mana-mana transaksi yang berkaitan dengan tanah berimilik yang dikuatkuasa dibawah kuasa-kuasa bawah bahagian IV KTN dan termasuk mana-mana transaksi yang serupa yang dikuatkuasa dibawah undang-undang tanah sebelum ini. Ia tidak termasuk kaveat dan perintah larangan yang memang merupakan ‘larangan urusniaga’.

Jenis-jenis urusniaga yang utama dibawah Bahagian IV KTN ialah:-
 (a) pindahmilik,
 (b) pajakan dan tenansi,
 (c) gadaian dan lien,
 (d) ismen.

 Jenis-jenis urusniaga yang memerlukan pendaftaran ialah pindahmilik, pajakan, gadaian  dan ismen. Selagi tidak didaftarkan urusan-urusan itu tidak berkuatkuasa dan orang/badan yang untuknya dibuat urusniaga itu tidak boleh menjalankan kuasa-kuasanya dibawah undang-undang.

Pemberian tenansi tidak memerlukan pendaftaran. Untuk melindungi kepentingannya, ia boleh memohon untuk dicatitkan tuntutannya dibawah Seksyen 316 KTN.
Lien bukanlah satu urusniaga yang didaftarkan. Lien diwujudkan apabila tuanpunya tanah menyerahkan kepada orang lain dokumen hakmilik keluarannya (DHK) sebagai jaminan untuk sesuatu pinjaman . Orang yang menerima dan menyimpan DHK dipanggil pemegang lien dan untuk melindungi kepentingannya ia boleh memohon dimasukkan kaveat pemegang lien.
Ismen adalah hak yang diberi oleh seorang tuanpunya tanah kepada seorang tuanpunya tanah yang lain untuk menikmati secara berfaedah tanahnya, menurut peruntukan undang-undang. Untuk menguatkuasakan pemberian ini, suratcara itu perlulah didaftarkan.
Kesemua urusniaga ini akan diterangkan satu persatu di dalam entri yang akan datang.

SURATCARA

Kesemuanya ada 14 jenis suratcara urusniaga yang perlu didaftarkan dibawah Kanun Tanah Negara. Suratcara-suratcara berkenaan ialah:-

Urusniaga
Borang
1
Pindah milik tanah, syer atau pajakan.
14A
2
Pindah milik gadaian
14B
3
Pajakan tanah
15A
4
Pajakan kecil tanah
15B
5
Penyerahan balik pajakan
15C
6
Gadaian untuk menjamin pembayaran wang pokok
16A
7
Gadaian untuk menjamin pembayaran wang bermasa
16B
8
Menempohkan gadaian
16C
9
Perakuan jualan oleh Mahkamah
16F
10
Perakuan jualan oleh Pentadbir
16I
11
Melepaskan gadaian
16N
12
Pemberian ismen
17A
13
Pemberian ismen berbalas sokong
17B
14
Melepaskan ismen
17C






URUSNIAGA TANAH NI APA YE? URUSNIAGA TANAH NI APA YE? Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 6:39:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.