ADA BERAPA KATEGORI TANAH ?
KATEGORI TANAH
1. PENDAHULUAN
Kanun
Tanah Negara (s.51) telah mengkelaskan tanah seperti berikut:
a. Tanah di atas garisan pantai
b. Tanah pinggir pantai dan dasar laut
Tanah
di atas garis pantai pula dikelaskan sebagai berikut:
a. Tanah Bandar
b.
Tanah
Pekan
c.
Tanah
Negeri
Kanun
Tanah Negara juga telah menyediakan beberapa peruntukan bagi pengenaan syarat
tertentu dan batasan kegunaan sesuatu tanah di mana tanah yang diberimilik akan
tertakluk kepada:
a. Suatu kategori kegunaan
b.
Apa-apa
syarat nyata
c.
Syarat
tersirat
d. Sekatan kepentingan
2. KATEGORI TANAH
Bagi
maksud menentukan kategori kegunaan tanah, tanah-tanah berimilik dibahagikan
kepada tiga kumpulan:
a. Tanah yang diluluskan dan diberimilik
di bawah KTN
b.
Tanah
yang diluluskan dan diberimilik di bawah undang-undang sebelum KTN
c. Tanah yang diluluskan pemberimilikan
dibawah undang-undang sebelum KTN tetapi diberimilik di bawah KTN
1.
TANAH YANG DILULUSKAN DAN DIBERIMILIK DI BAWAH KTN (S.52)
Mana-
mana tanah yang diluluskan milikan dan didaftarkan hakmilik di bawah KTN akan
dikenakan salah satu daripada kategori kegunaan iaitu:
a. Pertanian
b.
Bangunan
c. Perindustrian
Penetapan kategori boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui
a. Pewartaan yang menentukan kategori
kegunaan tanah bagi sesuatu kawasan dalam negeri tersebut, atau
b. Ditentukan semasa meluluskan
berimilikan tanah tersebut
Kategori
kegunaan tanah hendaklah dicatit dalam dokumen hakmilik
Setiap
kategori tanah hendaklah tertakluk kepada syarat tersirat berikut:
a. Pertanian (s.115)
b.
Bangunan
(s.116)
c. Perindustrian (s.117)
Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) boleh tidak mengenakan kategori jika dapat dikawal
melalui Syarat Nyata.
2.
TANAH YANG DILULUSKAN DAN DIBERIMILIK DI BAWAH UNDANG-UNDANG SEBELUM KTN (S.53)
Mana-mana
tanah yang diberimilik sebelum KTN berkuatkuasa yang tidak ada kategori
kegunaan kerana undang-undang terdahulu tiada peruntukan bagi pengenaan
kategori kegunaan tanah, tetapi tidak termasuk tanah yang apabila KTN mula
berkuatkuasa ianya tertakluk kepada apa-apa syarat Nyata yang menghendaki ianya
digunakan bagi tujuan tertentu.
Mulai
daripada kuatkuasa KTN iaitu pada I Januari 1966, kegunaan tanah-tanah ini
adalah tertakluk kepada syarat-syarat Tersirat seperti berikut:
a. Tanah yang tidak mengandungi apa-apa
syarat Nyata di dalam dokumen hakmiliknya, dan pada tarikh berkuatkuasa KTN
tanah tersebut adalah tanah Bandar atau pecan yang dipegang di bawah hakmilik
Pejabat Tanah hendaklah digunakan bagi maksud pertanian sahaja.
b. Tanah yang tidak mengandungi apa-apa
syarat Nyata di dalam dokumen hakmiliknya, dan pada tarikh kuatkuasa KTN tanah
tersebut adalah tanah Bandar atau pecan yang dipegang di bawah ahkmilik Pejabat
Pendaftar tidak boleh digunakan bagi maksud Pertanian atau Perusahaan.
Tanah
Bandar, pekan atau desa yang telah ada syarat kegunaannya, maka syarat tersebut
hendaklah terus berkuatkuasa.
3.
TANAH YANG DILULUSKAN PEMBERIMILIKAN DIBAWAH UNDANG-NDANG SEBELUM KTN TETAPI
DIBERIMILIK DI BAWAH KTN (S.55)
Tanah
yang diluluskan pemberimilikannya sebelum KTN berkuatkuasa tetapi hakmilik
belum didaftarkan atau ianya diduduki secara sah sementara menunggu hakmilik
didaftarkan hendaklah apabila KTN berkuatkuasa:
a. Tanah yang tidak dikenakan apa-apa
syarat Nyata semasa ianya diluluskan dan pada tarikh berkuatkuasanya KTN tanah
tersebut adalah tanah desa tanpa mengira jenis hakmilik hendaklah digunakan
bagi maksud pertanian sahaja.
b. Tanah yang tidak dikenakan apa-apa
Syarat Nyata semasa ia diluluskan dan pada tarikh berkuatkuasanya KTN tanah
tersebut adalah tanah Bandar atau pecan tanpa mengira jenis hakmilik hendaklah
digunakan bagi maksud bangunan sahaja.
Tanah
Bandar, pekan atau desa yang semasa diluluskan pemberimilikannya telah ada
syarat kegunaannya, maka syarat tersebut hendaklah terus berkuatkuasa.
4.
PENGENAAN JENIS KEGUNAAN TANAH BAGI TANAH YANG DIBERIMILIK SEBELUM KTN
BERKUATKUASA (S.54)
Pihak
berkuasa Negeri boleh mewartakan kawasan tertentu di dalam negeri dengan menyatakan
tarikh berkuatkuasanya (tidak kurang dari 1 tahun dari pewartaan) dan pada
tarikh berkuatkuasanya:
Tanah
yang diberimilik sebelum berkuatkuasa KTN hendaklah didaftarkan:
Jenis
kegunaan pertanian bagi semua tanah desa tanpa mengira jenis hakmilik dan tanah
bandar atau pekan dibawah hakmilik Pejabat Tanah
Jenis
kegunaan bangunan bagi tanah bandar atau pekan yang dipegang di bawah hakmilik
Pejabat Pendaftar
Jenis
kegunaan yang sesuai dengan Syarat Nyata tanah tersebut sekiranya tanah itu
telah dikenakan Syarat Nyata yang menghendaki ianya digunakan untuk tujuan
tertentu.
Apabila
sesuatu tanah telah dikenakan sesuatu jenis kegunaan tanah tersebut juga
tertakluk kepada:
a. Apa-apa syarat Nyata yang dikenakan
oleh PBN dibawah s.123, dan
b. Apa-apa syarat Tersirat sebagaimana
s.115 KTN (pertanian), s.116 (bangunan) atau s.117 (perusahaan)
Semua
syarat yang mana tanah tersebut sebelumnya tertakluk adalah terbatal kecuali
syarat berhubung dengan tanda batu sempadan.
Pewartaan
ini tidak menjejaskan tanah yang telah dikenakan jenis kegunaan melalui
permohonan oleh tuan punya di bawah s.124 KTN( meminda kegunaan, syarat nyata,
sekatan kepentingan dab lain-lain).
PBN
boleh di dalam mana-mana pemberitahuan mengecualikan tanah-tanah di dalam
kawasan yang diwartakan itu daripada pengenaan Jenis Kegunaan tanah.
ADA BERAPA KATEGORI TANAH ?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
10:51:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: