APAKAH SYARAT NYATA DALAM HAK MILIK TANAH
SYARAT NYATA
1. Syarat Nyata adalah suatu arahan atau larangan yang dikenakan dan dinyatakan didalam hakmilik bagi maksud mengawal penggunaannya. Contohnya seperti " Tanah yang diberimilik ini hendaklah digunakan bagi maksud sebuah kilang baja sahaja".
2. Dibawah peruntukan s.10 KTN:

a. PBN mempunyai kuasa untuk mengenakan
Syarat Nyata yang bersesuaian dengan undang-undang ke atas mana-mana tanah yang
diberimilik. Syarat Nyata yang bertentangan dengan undang-undang tidak boleh
dikenakan, seperti:
“Tanah yang diberimilik
ini hendaklah ditanam dengan pokok ganja sahaja”
b. Penentuan untuk mengenakan Syarat
Nyata hanya boleh dibuat semasa meluluskan pemberimilikan dan bukan selepasnya
- s.120(1).
c.
Setiap
syarat Nyata yang dikenakan hendaklah dinyatakan/ditulis di dalam dokumen
hakmilik – s.120(2).
d. Tiada sebarang Syarat Nyata boleh
dikenakan yang tidak selari dengan syarat Tersirat peruntukan s.114 (Tanda batu
sempadan – s.120(4).
3. Semua
tanah tanpa mengira bila ianya diberimilik adalah tertakluk kepada apa-apa
Syarat Nyata yang tercatat di dalam dokumen hakmiliknya.
4. Catatan
seperti 'Padi', 'Getah'/Dusun disifatkan sebagai Syarat Nyata dibawah s.119 (Pekeliling
KPTG bil 4/77)
5. Syarat
Nyata boleh dikenakan, dipinda atau dimansuhkan atas permohonan tuan punya
sebagaimana dalam s.124 dan s.147
6.
Perlanggaran Syarat Nyata boleh mengakibatkan tanah boleh dilucuthak (dirampas)
APAKAH SYARAT NYATA DALAM HAK MILIK TANAH
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:43:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: