PERLUKAH BALASAN DALAM KONTRAK
BALASAN DALAM KONTRAK
1. DEFINISI
Balasan
didefinisi dibawah seksyen 2(d):
“Apabila,
atas kehendak pemberi tawaran, penerima tawaran atau orang lain telah melakukan
atau menahan dari melakukan ………….. perbuatan itu atau penahanan tersebut atau
janji dipanggil balasan kepada janji”.
Dalam kes CURRIE
v MISA (1875) LR 10 Ex 153 pd hlm 162, Lush J memberi
pengertian kepada balasan sebagai : ‘balasan yang bernilai mengikut pengertian
undang-undang boleh dalam bentuk sesuatu hak, kepentingan, keuntungan atau
faedah dalam bentuk sesuatu hak, kepentingan, keuntungan kepada satu pihak atau
satu pengorbanan, mudarat, kerugian atau tanggungjawab yang diserah, dibeban
atau ditanggung pihak lain.
Oleh itu, janji
percuma tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang Inggeris, amalan
persalingan diperlukan melalui kehadiran balasan. Di Malaysia, Seksyen 26 Akta
Kontrak memperuntukkan bahawa kontrak tanpa balasan adalah batal. Misalan Seksyen 26 (a) Akta Kontrak 1950, A berjanji tanpa balasan, memberi kepada B
RM 1,000. Ini adalah perjanjian batal.
Terdapat tiga jenis balasan yang boleh dikuatkuasakan iaitu :-
(a) Balasan
Eksekutori yang merupakan balasan atau janji yang belum dilaksanakan
tetapi akan dilaksanakan. Contohnya, A bersetuju menjualkan komputernya kepada
B, dan B berjanji akan membayar RM 1,500 apabila A menghantar komputer tersebut
kepadanya. Janji kedua-dua pihak belum dilaksanakan, tetapi akan dilaksanakan pada
masa akan datang.
(b) Balasan
tersempurna pula adalah janji atau balasan yang perlu disempurnakan
terlebih dahulu sebelum janji atau balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan.
Contohnya A berjanji akan memberikan hadiah RM 200 kepada sesiapa yang memulangkan
kucingnya yang hilang. B menjumpai kucing tersebut dan memulangkannya kepada A.
Tindakan B memulangkan kucng tersebut adalah suatu balasan tersempurna di pihak
B, manakala balasan di pihak A adalah dengan membayar wang hadiah RM 200 kepada
B.
(c) Manakala balasan
lepas atau balasan lampau pula adalah balasan atau perbuatan
yang sudah dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. Janji dibuat
bagi membalas perbuatan yang telah dilakukan itu.
Misalan, A menyelamatkan B daripada lemas di laut, B kemudiannya berjanji
akan memberikan A RM 20,000 sebagai ganjaran. Perbuatan A menyelamatkan B
daripada lemas merupakan balasan lampau kerana ianya sudahpun dilakukan sebelum
B membuat janjinya.
2. KAEDAH-KAEDAH BALASAN
i.
Balasan tidak semestinya setara
Jika
seseorang ingin menjual sebuah kereta yang bernilai RM 50,000.00 dengan harga
RM 100.00, iaitu satu balasan dalam jumlah wang yang tidak setara dengan nilai,
adakah balasan tersebut sah?
Persoalan
jumlah balasan yang setara atau tidak bukan hal yang penting, mahkamah hanya
melihat wujud satu balasan atau tidak sahaja.
Dalam
explanation 2 Seksyen 26 Akta Kontrak:
Satu perjanjian yang
pembuat janji memberinya secara sukarela tidaklah terbatal semata-mata sebab
balasan yang tidak setara; tetapi ketidak setaraan balasan akan diambil kira
oleh mahkamah dalam menentukan persoalan samada persetujuan pembuat janji
adalah secara sukarela.
Dalam
kes PHANG SWEE KIM v BEH HOCK [1964] MLJ 383
Fakta
kes:
Responden
bersetuju untuk memindahmilik sebidang tanah kepada perayu dengan bayaran $500
apabila tanah tersebut dipecah sempadan sedangkan nilai sebenar tanah tersebut
adalah lebih tinggi. Responden
kemudiannya enggan memenuhi janjinya atas alasan bahawa kontrak tersebut tidak
boleh dilaksana.
Keputusan:
Mahkamah
persekutuan memutuskan bahawa wujud kontrak antara mereka dan responden mesti
memindahmilik tanah tersebut kepada perayu. Mahkamah menggunapakai explanation
2 dan illustration (f) seksyen 26 Akta
kontrak.
ii.
Balasan Tidak Perlu Keluar Dari Si Pembuat Janji
A,B
dan C adalah pihak-pihak kepada perjanjian yang mana C berjanji bayar kepada A
jika B membaiki rumah C. B membaiki rumah C dan C tidak mebayar apa-apa kepada
C. C sebenarnya tidak memberikan apa-apa balasan kepada C, tetapi A boleh
mengambil tindakan terhadap C kerana B telah memberi balasan kepada C.
VENKATA
CHINNAYA v VERIKATARA (1881) I.L.R 4 Mad 137 – Kes dari India
Fakta
kes:
Seorang
kakak bersetuju untuk membayar anuiti sejumlah Rs 653 kepada adik beradik
lelaki yang tidak memberikan apa-apa balasan kepada perjanjian tersebut. Tetapi
pada hari yang sama emaknya telah memberi kakak tersebut sebidang tanah dengan
syarat ia membayar anuiti kepada saudara-saudara lelakinya. Apabila kakak
tersebut gagal membayar anuiti, saudara-saudara lelaki mengambil tindakan
undang-undang.
Keputusan:
Mahkamah
memutuskan kakak tersebut bertanggungjawab untuk mebayar anuiti atas alasan
balasan yang diberi adalah sah walaupun bukan dari dari saudara-saudara
lelakinya.
iii.
Balasan lampau juga adalah balasan yang baik
Di bawah undang-undang Inggeris balasan
lampau atau balasan lepas tidak diterima sebagai suatu balasan
yang sah. Namun begitu, terdapat pengecualian terhadap prinsip ini dimana, jika
tindakan yang dilakukan oleh penerima janji itu pada asalnya adalah atas
kehendak pembuat janji, maka ia akan menjadi balasan yang sah dan bernilai.
Pernyataan ini boleh dirujuk pada Seksyen 2(d) Akta Kontrak
1950 ,menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah
membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau
menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau
janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.
Di sini perkataan ‘telah’ menunjukkan bahawa walaupun sesuatu tindakan
dilakukan sebelum sesuatu janji diucapkan tindakan itu boleh menjadi balasan
yang sah jika ia dilakukan ‘atas kehendak pembuat janji’.
Contoh pengecualian bagi
balasan lampau atau lepas boleh dirujuk pada kes LAMPLEIGH lwn
BRAITHWAITE (1615) EWHC KB J 17,
(1615) Hobart 105, 80 ER 255 dimana, Braithwaite dituduh membunuh
seorang lelaki dan meminta bantuan Lampleigh untuk mendapatkannya pengampunan
daripada Raja. Lampleigh dengan bersusah payah melaksanakan
permintaan tersebut, Braithwaite dibebaskan dan berjanji untuk
membayar Lampleigh £100 atas usahanya itu, yang mana tidak
dipenuhinya.Lampleigh mendakwa terdapat kontrak atas perjanjian
tersebut.
Beliau berjaya,
mahkamah memutuskan terdapat kontrak yang sah walaupun balasan
tersebut adalah balasan lepas, dimana bantuan atau perkhidmatan itu dilakukan
atas kehendak pembuat janji.
Walaupun harga bayaran tidak disebut pada masa
perjanjian, ianya adalah jelas kepada kedua-dua
pihak terdapat pembayaran yang akan dilakukan.
KEPONG
PROSPECTING LTD v SCHMIDT (1968) 1 MLJ 179
Dalam
kes ini Schmidt adalah seorang jurutera lombong yang membantu seorang bernama En.
Tan untuk mendapat permit cari gali dan untuk itu En. Tan telah berjanji akan
memberi sumbangan kepada Schmidt pada kadar 1 peratus harga jualan semua besi
yang dikeluarkan dan dijual. Schmidt juga telah membantu menubuhkan syarikat
Kepong Prospecting dan kemudiannya dilantik sebagai pengarah urusan. Pada tahun
1954 Skt Kepong Prospecting telah membuat perjanjian dengan En. Tan untuk
membayar sumbangan sebanyak 1 peratus kepada Schmidt. Ini adalah sebagai “balasan
atas perkhidmatan yang diberikan sebagai jurutera lombong sebelum penubuhan,
selepas penubuhan dan pada masa akan datang ……”. Isu yang timbul ialah apakah
perkhidmatan yang diberikan selepas penubuhan tetapi sebelum perjanjian
membentuk satu balasan yang sah kerana ia jelas dilakukan pada masa lampau.
Keputusan
: Majlis Privy memutuskan bahawa ia telah membentuk satu balasan yang sah, oleh
itu Schmidt berhak kepada tuntutannya.
3. PENGECUALIAN KEPERLUAN BALASAN
Meskipun
balasan perlu wujud dalam tiap-tiap kontrak, tetapi ada keadaan di mana balasan
boleh dikecualikan, iaitu:
a.
Perjanjian yang dibuat atas dasar kasih sayang semulajadi
Kesahihan
perjanjian tersebut bergantung kepada syarat-syarat berikut:
1.
Dinyatakan secara bertulis
2.
Ia mesti didaftarkan jika undang-undang memperuntukan keperluan pendaftaran
3.
Ia dibuat berdasarkan kasih sayang antara pihak-pihak yang rapat perhubungan
(near relationship) antara satu sama lain
b.
Perjanjian untuk memberi pampasan satu tindakan sukarela yang telah dibuat
Terdapat
dua keadaan dalam perkara ini. Pertama mesti wujud satu janji dari satu pihak
kepada satu pihak lain untuk membayar pampasan samada kesemua atau sebahagian.
Kedua Pihak yang diberi janji tersebut telah melakukan satu tindakan secara
sukarela kepada pihak yang membuat janji.
c.
Perjanjian untuk memberi pampasan untuk suatu tindakan yang si pemberi janji
memang patut di sisi undang-undang melakukanya
Elemen-elemen
yang mesti penuhi ialah:
1.
Orang yang menerima janji telah melakukan suatu tindakan secara sukarela
2.
Tindakan tersebut adalah wajib dilakukan oleh orang yang memberi janji disisi
undang-undang
3.
Satu perjanjian untuk memberi pampasan kepada penerima janji kesemua atau
sebahagian
Contoh
1 : A menyara anak B yang masih kecil. B berjanji untuk membayar pampasan
kepada A. Ini adalah satu kontrak tetapi tidak perlu ada balasan.
Contoh
2 : X membayar denda yang dikenakan oleh mahkamah keatas Y. Y berjanji membayar
pampasan atas bayaran X. Ini adalah kontrak yang termasuk di bawah pengecualian
balasan.
d.
Perjanjian untuk membayar hutang yang telah dibatasi oleh undang-undang
Hutang
yang dibatasi oleh undang-undang adalah hutang yang tidak boleh dituntut
melalui tindakan undang-undang kerana telah tamat tempoh yang ditetapkan oleh
undang-undang. Tempoh masa tersebut diperuntukkan dibawah Akta Pembatasan 1953
(Limitation Act) iaitu 6 tahun dari tarikh alasan-alasan untuk mengambil
tindakan timbul. Biasanya ia dikira dari tarikh pecah kontrak berlaku. Selepas
berakhir tempoh 6 tahun pihak yang kerugian tidak boleh lagi mengambil tindakan
undang-undang.
Perjanjian
ini mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
1.
Orang yang berhutang mesti membuat perjanjian baru untuk membayar hutang
tersebut.
2. Ia mesti dibuat secara bertulis dan
ditandatangani
PERLUKAH BALASAN DALAM KONTRAK
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
6:56:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: