FAHAMI KATEGORI-KATEGORI KARYA HAK CIPTA
KATEGORI-KATEGORI KARYA HAK CIPTA
1. Pendahuluan
-
s.6: perlindungan hak cipta hanya diberikan kepada senarai karya hak cipta yang
diperuntukkan oleh Akta.
- s.7(1): karya-karya berikut
berhak mendapat hak cipta:
Karya
sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi dan siaran
-s.7(2):
perlindungan diberi tanpa mengambil kira kualiti dan tujuan karya itu
dihasilkan.
2. Karya Sastera
-
s.3 : karya sastera termasuklah:
i.
Novel,
cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lain
ii.
Lakonan,
drama, arahan pentas, scenario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomim
iii.
Treatis,
sejarah, biografi, karangan dan artikel
iv.
Ensiklopedia,
kamus dan karya rujukan lain
v.
Surat,
laporan dan memorandum
vi.
Syarahan,
ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya
vii.
Jadual
atau penyusunan, sama ada dinyatakan atau tidak dalam perkataan, angka atau
symbol dan sama ada dalam bentuk yang tampak atau tidak
viii.
Program-program
computer, tetapi tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun,
yang bersifat perundangan atau peraturan, atau keputusan-keputusan kehakiman.
-dalam kes UNIVERSITY OF LONDON PRESS [1916] 2 Ch 601
Hakim
Peterson menyatakan: “karya sastera meliputi kerja yang disampaikan menerusi
cetakan atau penulisan tanpa mengambilkira kualiti karya sastera tersebut.
Karya sastera merupakan suatu yang dapat memberi maklumat kepada orang ramai.
Hanya semata-mata satu perkataan bukanlah dianggap sebagai karya sastera yang
boleh diberikan perlindungan hak cipta”.
EXXON CORPORATION v EXXON
INSURANCE CONSULTANTS INTERNATIONAL LTD (1982) Ch 119
Keputusan:
perkataan Exxon bukanlah karya sastera dan tidak layak untuk mendapat
perlindungan hak cipta.
-
HITACHI LIMITED v ZAFAR AUTO AND FILTER HOUSE [1997] FSR 50 telah menggunakan
prinsip dalam kes di atas.
- program komputer juga
adalah karya sastera.
Definisi program komputer:
suatu ungkapan, dalam apa-apa bahasa, kod atau tatatanda bagi suatu set arahan
(sama ada dengan atau tanpa maklumat berkaitan)
dengan niat untuk menyebabkan suatu alat yang mempunyai kebolehan
pemprosesan maklumat untuk melakukan suatu fungsi tertentu sama ada secara
langsung atau selepas salah satu atau kedua-dua perkara berikut:
·
Penukaran
ke bahasa, kod atau tatatanda lain
·
Pengeluaran
semula dalam bentuk bahan yang lain
kes: CREATIVE PURPOSE SDN
BHD [1997] 2 MLJ 429
Fakta:
pihak palintif telah membuat tuntutan perlanggaran terhadap defendan dimana
satu program perisian mereka telah dihasilkan semula oleh defendan dan
diedarkan kepada orang ramai. Plaintif mendakwa bahawa defendan telah menggodam
dan melakukan pemintasan terhadap ‘dongle’ iaitu cirri keselamatan program
tersebut. Defendan berhujah bahawa tidak terdapat sebarang hak cipta terhadap
program tersebut.
Keputusan:
mahkamah meutuskan bahawa s.3 Akta Hak Cipta harus dibaca secara menyeluruh
termasuklah manifestasi set arahan yang boleh dibaca oleh sebuah komputer dalam apa bentuk sekalipun . perbuatan
defendan yang menggodam bagi memintasi ‘dongle’ merupakan satu perlanggaran ke
atas hak cipta kerana suatu program komputer dilindungi di bawah undang-undang
hak cipta.
-
karya yang dihasilkan oleh komputer :
Kes:
EXPRESS NEWSPAPER v LIVERPOOL DAILY POST [1985] 1 WLR 1089
Isu:
Adakah grid of random numbers iaitu senarai nombor rawak yang dipilih oleh
komputer untuk peraduan “Jutawan Bulan Ini” dalam suratkhabar adalah dilindungi
oleh undang-undang hak cipta. Defendan dalam hujahnya menegaskan bahawa
pemilihan peserta peraduan tidak melibatkan ciptaan manusia kerana ia
dihasilkan oleh komputer berdasarkan nombor semata-mata.
Keputusan:
mahkamah menolak hujah tersebut dan memutuskan bahawa pencipta grid of random
numbers adalah pemilik hak cipta tersebut. Mahkamah juga menyatakan hujah
defendan itu seperti menetapkan hasil karya dimiliki oleh sebatang pena.
- keperluan bawah s.7(3)
(a) & (b) mesti dipatuhi
·
s.7(3)(a):
usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu asli
·
s.7(3)(b):
karya itu telah ditulis, direkod atau selainnya dijadikan bentuk bahan.
3. Karya Muzik
- s.3: apa-apa karya
muzik, dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik.
-
lagu adalah karya muzik, lirik pula karya sastera.
4. Karya Seni
- s.3 : Karya seni adalah:
·
Karya
grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj, tanpa mengira kualiti seni
·
Karya
seni bina dalam bentuk bangunan atau model bagi bangunan
·
Karya
pertukangan seni, tetapi tidak termasuk reka bentuk susun atur mengikut
pengertian Akta reka bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000
- Karya grafik termasuklah:
·
Apa-apa
lukisan cat, lukisan, rajah, peta, carta atau pelan
·
Apa-apa
ukiran pahat, ecing, litograf, ukir kayu atau karya seumpamanya
-
Fotograf: suatu perekodan cahaya atau sinaran lain pada apa-apa bahantara yang
padanya suatu imej dihasilkan atau yang daripadanya suatu imej boleh dengan apa-apa cara dihasilkan dan yang bukan
sebahagian filem.
-
Seni ukir: suatu acuan atau model yang dibuat bagi maksud sesuatu seni ukir.
5 Filem
-
s.3: apa-apa penetapan suatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada
apa-apa perihalan, sama ada lut cahaya atau tidak, supaya boleh boleh dengan
menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan:
·
Ditunjukkan
sebagai gambar bergerak; atau
·
Dirakamkan
pada bahan-bahan lain, sama ada lut cahaya atau tidak supaya dengan menggunakan
bahan itu ianya boleh ditunjukkan sedemikian, dan termasuklah bunyi yang
terkandung dalam sesuatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem.
FOO LOKE YING & ORS v TELEVISION
BROADCAST & ORS [1985] 2 MLJ 35
Perayu telah membuat filem
di Hong Kong dan diedarkan di Malaysia dalam bentuk pita video. Perayu memohon
untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa hak cipta di Malaysia bagi filem tersebut
adalah miliknya dan responden tidak lagi berhak.
Keputusan:
oleh kerana filem itu diterbitkan di Malaysia 30 hari lebih awal maka hak cipta
diberikan kepada perayu. Dalam isu samada pita video adalah juga termasuk dalam
definisi filem, mahkamah memutuskan bahawa ia adalah filem asalkan ia dirakam
dalam sesuatu bahan dan ditunjuk dalam gambar bergerak.
6. Rakaman Bunyi
-
s.3 : apa-apa penetapan siri bunyi atau suatu perlambangan bunyi yang boleh
didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak
termasuk satu alur bunyi yang berkaitan dengan filem.
POLYGRAM RECORDS SDN BHD v
HILLARY ANG DAN 4 YANG LAIN [1994] 3 CLJ 806
Keputusan:
pemilik hak cipta bagi rakaman bunyi
adalah penerbit rakaman bunyi tersebut. Rakaman bunyi tidak termasuk runut
bunyi (OST) bagi sesebuah filem cereka. Runut bunyi adalah sebahagian daripada
filem cereka tersebut.
7. Siaran
- s.3 : pemancaran,
melalui cara wayar atau wayarles, akan imej tampak, bunyi atau maklumat lain
yang:
·
Boleh
diterima dengan sahnya oleh orang awam;atau
·
Dipancarkan
bagi persembahan kepada orang awam
Dan
termasuklah pemancaran isyarat penyulitan jika cara untuk penyahsulitan
disediakan kepada orang awam oleh perkhidmatan penyiaran atau dengan
persetujuannya.
- s. 15 (1) dan (3): hak
ekslusif hakcipta siaran:
·
Hak
cipta siaran: untuk mengawal rakaman, pengeluaran semula dan penyiaran
keseluruhan atau sebahagian besar siaran itu dan pertunjukan, tayangan atau
permainan kepada awam ditempat yang mengenakan bayaran masuk bagi keseluruhan
atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal sebagai yang diambil dari yang
asalnya.
·
Hak
cipta siaran televisyen: mengawal pengambilan gambar pegun dari siaran tersebut
-
s.59B: memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan takrifan “siaran” bagi
perkhidmatan berikut:
·
Perkhidmatan
interaktif
·
Perkhidmatan
perniagaan dalaman
·
Perkhidmatan
domestic individu
·
Perkhidmatan
di premis yang diduduki secara tunggal selain daripada sebagai kemudahan
perniagaan
·
Perkhidmatan
yang dijalankan bagi orang yang mengadakan perkhidmatan penyiaran melalui cara
wayar atau mengadakan rancangan bagi perkhidmatan sedemikian.
FAHAMI KATEGORI-KATEGORI KARYA HAK CIPTA
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:02:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: