PERLUKAH NIAT DALAM BERKONTRAK
NIAT DALAM BERKONTRAK
Persoalan
niat tidak diperuntukkan dalam Akta Kontrak walaubagaimanapun perkara ini hanya
diputuskan oleh kes-kes terdahulu. Soalan yang ingin diwujudkan di sini apakah
pihak-pihak yang memasuki perjanjian berniat mengikat diri mereka disisi
undang-undang? Maksudnya adakah jika mereka engkar atau melanggar syarat
perjanjian mereka boleh didakwa? Kadang-kadang ada keadan pihak-pihak kepada perjanjian tidak mahu mengheret diri mereka
sehingga ke tahap itu.
Apabila
anda dipelawa untuk makan malam dengan seseorang, anda menerima pelawaan
tersebut tetapi gagal hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Anda
menerima pelawaan bermain badminton dengan rakan anda pada sebelah petang,
tetapi anda tidak dapat bermain kerana terlewat pulang.
Dalam
kedua-dua keadan di atas adakah pihak yang kecewa boleh mengambil tindakan?
Atau adakah wujud satu kontrak yang mengikat diantara kedua-dua pihak tersebut.
Dalam
keadaan-keadaan ini kontrak yang sah tidak wujud. Begitu juga apabila
melibatkan urusan-urusan rumahtanga di mana mereka tidak berniat untuk mengikat
di sisi undang-undang. Bagi hubungan suami isteri mereka telahpun mengikat diri
mereka dengan undang-undang berkenaan kekeluargaan dan perkahwinan. Ini kerana
kontrak perkahwinan mereka wujud melalui undang-undang tersebut.
Untuk itu perjanjian dibahagikan kepada dua:
- Perjanjian domestik, keluarga dan sosial. Contohnya
antara suami-isteri dan ibubapa-anak. Terdapat andaian bahawa tiada niat
untuk berkontrak kecuali jika terdapat fakta-fakta yang boleh menafikan
andaian tersebut, contohnya perselisihan faham antara suami isteri
- Perjanjian Perniagaan/Komersil. Dalam perjanjian
begini terdapat andaian bahawa ada niat untuk berkontrak.
Kes
BALFOUR v BALFOUR [1919] 2 KB 571
Fakta
Kes:
Defendan
adalah seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Ceylon (Sri Lanka ). Semasa ketiadaaanya di England ,
beliau berjanji akan membayar kepada isterinya elaun bulanan sebagai nafkah.
Isterinya tidak dapat ikut serta atas alasan kesihatan. Suaminya gagal membuat
bayaran dan isteri membuat tuntutan di mahkamah atas alasan pecah kontrak.
Keputusan:
Mahkamah
memutuskan bahawa ia bukan satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang kerana pihak-pihak tidak berniat yang mereka akan menghadapi
akibat undang-undang.
Keadan
di atas berbeza bagi mereka yang memasuki kontrak untuk perniagaan. Ini kerana
mereka lebih bersedia untuk mengikat diri mereka di sisi undang-undang.
Kes:
MERRIT v MERRIT [1970] 2 All E R 760
Fakta
kes:
Suami
telah meninggalkan rumah perkahwinan mereka yang dimilik bersama dan tertakluk
kepada gadaian. Suami dan isteri telah berjanji dimana suami akan membayar
isteri £40 sebulan dan isteri akan membayar pinjaman sehingga selesai. Apabila
selesai rumah tersebut akan dipindahmilik atas nama isteri sebagai tuan punya
tunggal. Perjanjian itu direkodkan di atas sekeping kertas dan ditandatangani
oleh suami. Setelah bayaran pinjaman selesai, suami enggan membuat pindahmilik
rumah atas nama isteri.
Keputusan:
Mahkamah
memutuskan berdasarkan keterangan yang ada , kedua-dua telah bersedia untuk
mengikat diri mereka disisi undang-undang, oleh itu suami mesti memindah milik
harta atas nama isteri.
PERLUKAH NIAT DALAM BERKONTRAK
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
7:00:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: