UNDANG-UNDANG HAKCIPTA ITU MACAMANA YE?
PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG HAKCIPTA
1. PENGENALAN
Definisi Hakcipta
Hakcipta
merupakan hasil kegiatan dan ciptaan seseorang seperti gubahan lagu, penulisan
novel serta penulisan skrip drama atau filem.
2.
KONSEP ASAS DALAM HAKCIPTA
2.1
Bersifat Asli
-
s.7(3) (a): sesuatu karya sastera,muzik atau seni tidak layak mendapat hakcipta
melainkan usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu
bersifat asli.
- prinsip keaslian ini
timbul dalam kes:
UNIVERSITY OF LONDON PRESS v UNIVERSITY OF
TUTORIAL PRESS (1916) 2 Ch 601
Isu:
samada kertas peperiksaan University of London boleh diklasifikasikan sebagai
karya sastera asli memandangkan kertas soalan tersebut hanya mengandungi
perkara-perkara berasaskan ilmu pengetahuan umum sahaja dan tidak mempunyai
nilai sastera.
Keputusan:
perlindungan hakcipta perlu diberi kepada kertas peperiksaan tersebut.
Alasannya ialah undang-undang hakcipta tidak melihat kepada aslinya sesuatu
idea tetapi ia melindungi luahan fikiran seperti dalam bentuk tulisan atau
percetakan. Sesebuah karya itu disifatkan asli jika karya tersebut dibuat oleh
pencipta buat pertama kali.
2.2
Hakcipta Melindungi Usaha dan Kepakaran, bukan Idea
BBC
v TIME OUT LTD (1984) FSR 64
Fakta:
BBC telah menerbitkan majalah Radio Times dan TV Times. Kedua-dua majalah ini
diterbitkan secara ekslusif yang mengandungi intisari dan jadual
rancangan-rancangan televisyen serta radio yang disiarkan oleh stesen BBC.
Sebuah majalah informasi, Time Out turut memaparkan kandungan jadual rancangan
televisyen BBC. Semasa penghujahan, defendan menyatakan jadual rancangan
televisyen merupakan satu hebahan umum sahaja dan tiada sebarang kesalahan jika
ia diterbitkan semula.
Keputusan:
mahkamah memutuskan bahawa jadual rancangan televisyen merupakan satu karya
sastera yang berhak mendapat perlindungan hak cipta. Ini kerana plaintif telah
mengeluarkan banyak usaha, tenaga, kepakaran dan inisiatif dalam menyusun
rancangan-rancangan televisyen tersebut.
Idea-idea
untuk karya tidak dilindungi sehinggalah ia dizahirkan dalam bentuk material.
-
s.7(2A): perlindungan hak cipta tidaklah meluas kepada apa-apa idea, prosedur,
kaedah pengendalian atau konsep matematik.
GOODYEAR
TIRE & RUBBER CO & ANOR v SILVERSTONE
TIRE & RUBBER CO SDN BHD [1994] 1 MLJ 348
Keputusan:
hakcipta tidaklah mementingkan berkenaan pengeluaran semula idea walaupun ianya
idea yang asli tetapi hakcipta cuma mementingkan pengeluaran semula betuk idea
tersebut. Idea tayar “aquatred” yang bertujuan membias air adalah tidak
dilindungi, tetapi rekaan bunga tayar yang dilindungi.
BAKER v SELDEN (1880) 101
US 99
Keputusan:
tidak wujud perlanggaran kepada hak
cipta seandainya seseorang menggunakan teori-teori perakaunan yang terkandung
dalam sebuah buku. Perlindungan hanya diberikan kepada buku tersebut melalui
cara penyampaiannya tetapi tidak kepada teori atau system perakaunan yang
terdapat di dalamnya.
PLIX PRODUCTS v FRANK M
WINSTONE (MERCHANTS) & ORS [1986] FSR 63
Keputusan:
terdapat dua kategori idea dalam penghasilan sesebuah karya. Idea yang pertama
adalah idea keseluruhan yang ada dalam pemikiran pengkarya dan idea kedua pula
adalah mengkisahkan idea tersebut ke dalam bentuk bahan.
2.3
Penciptaan dan Pemilikan
Pencipta
vs pemilik
-
S.25: pencipta karya mendapat hak moral ke atas karya, pemilik hak cipta
mendapat hak ekonomi ke atas karya -s.13(1)
-
s.26: pencipta adalah pemilik pertama hak cipta sesuatu karya, pengecualian:
a. Karya yang dibuat dalam proses pekerjaan
-s.26(2)(b)
b. Karya yang ditempah oleh seseorang
yang bukan majikan pencipta – s.26(2)(a)
c. Karya yang dibuat dibawah arahan atau
kawalan kerajaan, badan kerajaan atau badan-badan antarabangsa – s.11 dan
s.26(3)
CREATIVE
PURPOSE SDN BHD v INTERGRATED TRANS CORPORATION SDN BHD [1997] 2 MLJ 429
Merujuk
kepada s.10 berkenaan “orang yang layak” dan s.26(4) berkenaan pemberian
pemilikan hak cipta yang boleh diberikan kepada satu badan korporat dan bukan
hanya kepada pencipta karya tersebut.
2.4
Tiada Formaliti Pendaftaran
-
Hak cipta tidak perlu didaftarkan , ia diberikan secara automatik.
-
masalahnya jika timbul pertelingkahan, siapa yang berhak ke atas sesuatu karya?
-
kaedah-kaedah penyelesaian:
a. Notis hak cipta – pemilik boleh
meletakkan notis seperti “ Hak cipta Terpelihara”
b. Akuan berkanun / affidavit
c. Cop lakri
Kaedah
lain: masukkan karya ke dalam sampul surat yang berlakri dan diposkan ke alamat
sendiri. Tarikh yang tertera di cop pada sampul surat itu boleh dijadikan bukti
siapa yang berhak jika ada pertikaian. Sampul itu mesti dalam keadaan selamat
dan tidak dibuka lakrinya.
UNDANG-UNDANG HAKCIPTA ITU MACAMANA YE?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
7:31:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: