MEMAHAMI UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN
PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN
1. PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang
utama yang terpakai ialah Akta Perkongsian 1961 (disemak 1974) yang berasaskan dan
sama dengan English Partnership Act 1890.
S
47(1) AP- kaedah ekuiti dan Common law yang digunakan dalam perkongsian akan terus
dikuatkuasakan, kecuali setakat mana ianya bertentangan dengan peruntukan nyata
dalam Akta.
Selain dari itu, perkongsian juga pada dasarnya
adalah sebuah perjanjian, oleh kerana itu prinsip-prinsip berkenaan
undang-undang kontrak juga boleh diaplikasikan dalam keadaan tertentu – kes: TAN
ENG CHOONG lwn. FOO KAI YUEN [1988]
1 MLJ 531
2. DEFINISI
Seksyen
3(1) mendefinisikan Perkongsian sebagai “perhubungan yang wujud antara beberapa
orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat
keuntungan”
Perkongsian
adalah hanya satu hubungan bukan satu pertubuhan yang membezakan entiti antara ahli
dan perkongsian.
3. CIRI-CIRI PERKONGSIAN
Berdasarkan
s.3 Akta Perkongsian, ciri-ciri bagi sebuah perkongsian adalah seperti berikut:
(a)
Adanya
perhubungan antara beberapa orang
(b)
Perhubungan
yang wujud adalah untuk menjalankan perniagaan
(c)
Perniagaan
yg dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan
a)
Adanya
perhubungan antara beberapa orang
Seperti yang dijelaskan
perkongsian adalah perhubungan, bukan organisasi. Akan tetapi perhubungan ini
memerlukan beberapa orang bagi mewujudkan hubungan tersebut.
- bilangan minimum sekurang-kurangnya
2 orang
- bilangan maksimum bagi perkongsian
ialah 20 orang dan bagi perkongsian yg
menjalankan perniagaan secara mengamalkan sesuatu profesion ialah 30 orang -
s.14 dan s.47(2).
b) Perhubungan yang wujud adalah untuk menjalankan
perniagaan
- Ini
bermaksud jika pihak-pihak terbabit sekadar membentuk satu kesatuan, atau
pertubuhan untuk membuat kerja-kerja amal atau yang berbentuk seni – bukan satu
perkongsian.
- Seksyen 2 Akta Perkongsian mentakrifkan
perniagaan sebagai termasuklah sebarang perdagangan, perkerjaan atau profesyen.
Dalam
kes GULAZAM v NOORZAMAN AND SOBATH [1957] 23 MLJ 45
perjanjian untuk membeli,
menyimpan dan menjual lembu adalah satu perkongsian. Plaintif dalam kes ini
yang juga seorang bekas polis dan menjadi jaga sebuah ladang getah, mendakwa
bahawa kedua-dua defendan telah berjumpa dengannya dan telah membuat penyusunan
untuk membentuk satu perkongsian antara ketiga-tiga mereka untuk membeli,
menyimpan dan menjual lembu. Syarat yang dikenakan ialah plaintif mesti
menyediakan RM 200 sebagai modal untuk membeli dan defendan - defendan akan
menjaga dan menjual ternakan tersebut dan keuntungan dari jualan akan
dibahagikan antara mereka secara sama rata. Plaintif telah menyediakan RM 200
sebagai modal. Dia juga menerima saham dari keuntungan. Akan tetapi tiada akaun
diserahkan. Plaintif membawa tindakan untuk mendapatkan akaun dan mendapat
bayaran yang patut dibayar kepadanya. Defendan-defenadan dalam pembelaanya
menyatakan ia tidak perlu berbuat demikian kerana plaintif bukan pekongsi
kerana perkongsian sebenarnya tidak pernah wujud. Mahkamah memutuskan bahawa
wujud perkongsian antara mereka.
Dalam kes RATNA AMAL v TAN
CHOW SOO [1964] MLJ 399 pihak-pihak telah memasuki satu perjanjian formal untuk
membentuk satu “sindiket” untuk menjual susu pekat. Dalam satu tindakan untuk
menentukan hak harta dalam cap dagangan samada milik sindiket atau salah
seorang ahli individu, telah timbul isu samada perhubungan yang diwujudkan
dalam perjanjian tersebut adalah satu perkongsian atau bentuk perniagaan yang
lain.
Mahkamah Persekutuan
memutuskan bahawa oleh kerana pihak-pihak tidak pernah memberi menyatakan
sebaliknya menegnai kewujudan perkongsian, maka perhubungan tersebut adalah
satu perkongsian.
Dalam kes CHOOI SIEW CHEONG v. LUCKY HEIGHT
DEVELOPMENT [1995]
1 MLJ 513, Mahkamah Persekutuan telah
memutuskan bahawa kerjasama antara tuan punya tanah dan pemaju bukan satu
perkongsian kerana ia tidak memasuki perjanjian dengan niat untuk menjalankan
perniagaan yang sama. Niat kedua-dua pihak dalam perjanjian adalah untuk
menjalakan pernigaan yang berbeza. Satu pihak menyumbang tanah dan satu pihak
membangunkan tanah dengan membina rumah dan kedai.
c)
Perniagaan
yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan
Peruntukan
ini untuk membezakan dengan perhubungan bagi melupuskan harta atau
menyelesaikan masalah mengenai harta.
- Seksyen 3(1) Akta Perkongsian
mentakrifkan perkongsian memerlukan, antara lain, perniagaan dijalankan dengan
maksud mendapat keuntungan.
WONG
PEN YUEN v SENANYAKE (1962) MLJ 28
Defendan
dan Goh adalah pekongsi dalam firma saham dan broker saham. Pada 26 Mac 1959,
mereka telah melaksanakan surat ikatan perkongsian yang mana Goh telah
memindahmilik saham bernilai $14,000.00 dari modal firma kepada dua orang
anaknya yang masih bawah umur. Pada 3 April 1959 pekongsi-pekongsi melaksanakan
perjanjian perkongsian dimana Tan menjadi pekongsi firma. Pada 30 April 1959
plaintif membayar kepada defendan sejumlah $20,000 sebagai balasan agar ia
menjadi pekongsi firma tersebut.
Seorang
remiser saham firma telah mengakibatkan kerugian sebanyak $91,000. Semasa
pembubaran firma, palintif tidak mahu berkongsi kerugian dan menuntut balik
jumlah $20,000 yang telah dibayar atas alasan beliau belum menjadi pekongsi
kerana antara lainnya ialah kedua kanak-kanak tersebut belum memberi
persetujuan untuk dia menjadi rakan kongsi.
Mahkamah
memutuskan bahawa persetujuan kedua orang kanak-kanak tersebut adalah tidak
perlu kerana surat ikatan pada 26 Mac hanyalah penyerahan hak saham didalam
perkongsian oleh Goh kepada anak-anaknya dan ini tidak menjadikan kanak-kanak
tersebut sebagai pekongsi. Oleh itu, permohonan plaintif ditolak.
MEMAHAMI UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
6:53:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: