APA STATUS PERKONGSIAN DI SISI UNDANG-UNDANG
STATUS PERKONGSIAN DI SISI UNDANG-UNDANG
Perkongsian
tidak mempunyai keperibadian di sisi undang-undang yang berasingan dengan
individu-individu yang mewujudkannya
(not a separate legal entity).
Dalam kes ALAGAPPA CHETTIAR v. COLISEUM CAFÉ [1962] MLJ
111, perayu
adalah tuanpunya premis dikenali sebagai no 102 dan responden adlah sebuah
firma perkongsian yang menjalankan perniagaan hotel dan restoran di no 98, 100
dan 102 Batu Road. Perayu membawa tindakan ini di Mahkamah Sesyen untuk
mengembalikan milikan premis no 102 dam untuk mesne profits. Presiden mahkamah
Sesyen berpendapat bahawa firma defendan walaupun berdaftar sebagai satu
perniagaan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menjadi penyewa atas alasan bentuk
ia dibina dan hakim memberi penghakiman kepada perayu.
Responden merayu ke
Mahkamh Tinggi dan hakim Hashim membenarkan rayuan tersebut. Dari keputusan
rayuan tersebut perayu merayu ke Mahkamah rayuan. Salah satu isu yang
dibangkitkan ialah oleh kerana firm adalah satu perkongsian dan tidak mempunyai
entiti dari segi undang-undang maka ia tidak berhak untuk menjadi penyewa.
Mahkamah
memutuskan bahawa seseorang individu boleh menjadi seorang penyewa dan setara
dengan itu lapan orang pekongsi boleh menjadi penyewa bersama. ‘Coliseum Café’ atau
Hotel bukanlan ‘legal persona’ tetapi label yang digunakan oleh beberapa
individu berniaga secara perkongsian dibawah satu nama.
Perkongsian tidak semestinya hanya wujud melalui satu perjanjian rasmi yang bertulis antara pihak-pihak yang terbabit, malah boleh wujud melalui perjanjian lisan, perlakuan atau perhubungan antara mereka yang terbabit
Seksyen
6 Akta Perkongsian :
Membenarkan orang-orang yang mewujudkan perkongsian
secara bersama ini disebutkan sebagai sebuah firma dan nama di bawah mana
perniagaan mereka dijalankan disebut nama firma.
Kaedah
77, Peraturan-peraturan Mahkamah 2012:
Tindakan
undang undang boleh diambil oleh, atau terhadap pekongsi pekongsi atas nama firma.
Kesemua pekongsi mestilah dinamakan
a) Plaintif (Sekiranya firma hendak mendakwa)
b) Defendan (Sekiranya firma hendak didakwa)
APA STATUS PERKONGSIAN DI SISI UNDANG-UNDANG
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:58:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: