PASTIKAN KONTRAK ITU JELAS DAN TERTENTU
TERTENTU DALAM ELEMEN KONTRAK
Terma terma didalam sesuatu kontrak mestilah jelas,
terang dan pasti serta tidak menimbulkan kemusykilan atau terma yang berupaya
mewujudkan pelbagai tafsiran oleh pihak yang terlibat.
Seksyen
30 Akta Kontrak;
Perjanjian,
yang maksudnya tidak tertentu atau boleh menjadi tidak tertentu adalah batal
Di dalam common law, ketidakpastian boleh wujud dalam dua
bentuk:
- Aspek bahasa – pengunaan bahasa yang tidak jelas, tidak difahami
atau tidak berupaya membawa apa apa makna yang tepat.
- Kegagalan mencapai perjanjian atas terma penting dan asas kepada
satu perjanjian
Jika
A setuju menjual kepada B 100 tan minyak, tetapi tidak ada apa-apa yang
menerangkan jenis minyak, perjanjian ini menjadi batal kerana tidak tertentu.
Tetapi
jika A adalah peniaga minyak masak bersetuju menjual kepada B 100 tan minyak,
perjanjian tersebut adalah sah. Cuma kontrak tersebut akan dikira sebagai
kontrak untuk menjual minyak masak.
Jika
seseorang bersetuju menjual kuda putih pada harga $500 atau $1,000, perjanjian
itu juga batal kerana tidak tentu harga.
A
bersetuju menjual 1,00 gantang beras kepada B dengan harga yang akan ditetapkan
oleh C. Perjanjian itu sah kerana tersebut harga boleh menjadi tentu. Tetapi
jika C enggan atau tidak boleh menetapkan harga perjanjian tersebut adalah
batal.
Dalam
Kes: KARUPPAN CHETTY v SUAH THIAN (1916) 1 FMSLR 300 Perjanjian yang dibuat
diistihar batal kerana tidak tentu, sebab pihak-pihak bersetuju untuk memajak
sebanyak $35 sebulan “selama mana dia suka”. Perjanjian perlu menyebut dengan
jelas tempoh waktu yang dipajak.
PASTIKAN KONTRAK ITU JELAS DAN TERTENTU
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
7:57:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: