BAGAIMANA MENENTUKAN KEWUJUDAN PERKONGSIAN?
UJIAN UNTUK MENENTUKAN KEWUJUDAN PERKONGSIAN
Selain
takrif perkongsian dibawah s3 AP, Seksyen 4 Akta Perkongsian juga
menggariskan beberapa keadaan yang mempengaruhi kewujudan sesebuah perkongsian:
1.
Tenansi bersama, tenansi sepunya, harta bersama atau hak milik separuh dengan
sendirinya tidak mewujudkan perkongsian terhadap apa-apa yang dipegang atau
dipunyai, sama ada tenan-tenan atau pemilik-pemilik berkongsi ataupun tidak
apa-apa keuntungan yang diperolehi daripada penggunaannya.
Contoh
kes - DAVIS lwn DAVIS (1894) 1 Ch 393
Seorang
ayah meninggalkan kepada dua orang anak lelakinya perniagaan yang diusahakan
dan tiga buah rumah pegangan bebas sebagai tuan rumah yang mempunyai pegangan
saham secara sama rata. Anak-anak telah menyewakan satu dari rumah tersebut
untuk membesarkan bengkel yang disambung dengan kedua-dua buah rumah. Mereka
meneruskan perniagaan ayah mereka dan mengeluarkan wang secara mingguan tetapi
tiada akaun direkodkan. Sewa bagi bagi rumah ketiga dibahagikan antara mereka.
Mahkamah
memutuskan bahawa mereka adalah pekongsi untuk perniagaan tersebut tetapi tiada
perkonsian bagi ketiga-tiga rumah tersebut.
2.
Berkongsi keuntungan kasar tidak bererti perkongsian wujud, sama ada
pihak-pihak yang berkongsi keuntungan tersebut ada atau tidak ada hak atau
kepentingan bersama atau sepunya terhadap harta daripada mana atau daripada
penggunaan mana keuntungan itu diperolehi.
Dalam
kes COX lwn COULSON (1916) 2 KB 177, En. Coulson adalah pengurus
panggung teater dan telah bersetuju dengan En. Mill untuk membuat satu
pertunjukan teater produksi En. Mill. Dibawah perjanjian tersebut mereka
bersetuju untuk membahagikan keuntungan kasar dimana En. Coulson akan
memperolehi 60% dan En. Mill akan memperolehi 40%. Plaiantif dalam kes ini
telah ditembak secara tidak sengaja oleh pelakon teater tersebut semasa
persembahannya dan mengambil tindakan terhadap En. Coulson sebagai rakan kongsi
En. Mill. Mahkamah telah memutuskan bahwa adalah jelas peruntukan dibawah s.
2(2) English partnership Act 1890 (in pari material s. 4(1) Akta Perkongsian)
bahawa berkongsi keuntungan kasar tidak
mewujudkan satu perkongsian.
3.
Berkongsi keuntungan perniagaan oleh seseorang adalah bukti prima facie bahawa
beliau adalah pekongsi dalam perniagaan itu.
Manakala
Seksyen 4(c) Akta Perkongsian pula menggariskan beberapa keadaan
yang tidak menjadikan seseorang itu sebagai pekongsi dalam sesuatu perniagaan:
1.
Seseorang pemiutang yang menerima wang pembayaran hutang daripada keuntungan
yang diperolehi daripada perniagaan penghutangnya.
Dalam
kes BADELEY lwn CONSOLIDATED BANK (1888)
38 Ch D 238 dimana plaintif seorang pemiutang telah mendahulukan wang kepada seorang
peminjam dan mengambil cagaran keatas beberapa harta yang dimiliki peminjam.
Plaintif kemudiannya menerima faedah dan saham untung beresih. Peminjam
bersetuju untuk memohon pinjaman wang untuk melakukan kerja-kerja yang berkait
dengan perniagaannya dan plaintif diberi hak untuk memasuki harta jika peminjam
jatuh bankrap.
Mahkamah
Rayuan menekankan keperluan untuk mengenalpasti ‘perjanjian sebenar’ antara
pihak-pihak. Perkongsian keuntungan tidak cukup untuk menyatakan yang ia satu
perkongsian. Dokumen formal yang ditandatangani oleh pihak-pihak menyatakan
kebenaran sebenar, iaitu, ia adlah dokumen pinjaman bercagar. Pemiutang tidak
mengambil bahagian jika berlaku kerugian.
2.
Seseorang pekerja atau wakil yang mengambil bahagian dalam perniagaan yang
gajinya dibayar hasil daripada keuntungan perniagaan majikannya.
Contoh
kes - ABDUL GAFFOOR lwn MOHAMED KASSIM & ORS (1931-32) FMSLR 19
3.
Seseorang balu atau anak kepada pekongsi dalam perniagaan yang telah mati
dimana mereka menerima secara anuiti sebahagian daripada keuntungan yang
diperolehi dalam perniagaan.
Dalam
kes COMMISSIONERS OF INLAND REVENUE lwn LEBUS’S TRUSTEES (1946), seorang
rakan kongsi yang telah meninggal, di dalam wasiatnya, telah menyerahkan saham
dari keuntungan sebuah firma kepada isterinya. Saham balu tersebut telah tidak
dibayar oleh rakan kongsi terkemudian dan pada tahun tersebut telah dicukaikan
oleh Suruhanjaya Hasil. Persoalan timbul samada saham keuntungan balu tersebut
patut dikenakan cukai atau tidak.
Mahkamah
telah memutuskan bahawa saham keuntungan balu tersebut tidak perlu dicukaikan.
Balu tersebut bukan pekongsi dalam firma tersebut dan tidak ada satu harta
firma dimilik oleh balu tersebut.
4.
Seseorang yang memberi pendahuluan secara pinjaman dan menerima kadar faedah
yang berubah mengikut keuntungan atau menerima sebahagian daripada keuntungan
yang diperolehi daripada perniagaan firma.
Dalam
kes RE YOUNG EX P JONES (1896) 75 LT 278 dimana Jones
bersetuju memberi pinjaman kepada Young sejumlah £500 dan sebagai balasan bayaran
sejumlah £3 dari keuntungan dibayar kepada Jones setiap minggu. Mengikut
perjanjian Jones akan membantu di pejabat; mempunyai kawalan keatas wang yang
didahulukan dan berhak untu mengeluarkan wang suratcara pertukaran. Jones juga
ada hak untuk memasuki perkongsian dalam tempoh 7 bulan.
Hakim menyatakan yang ia patut melihat keseluruhan perjanjian tersebut
dan mendapati ia adalah negatif bagi
kewujudan satu perkongsian. Meskipun perjanjian itu memberi kuasa tambahan yang
luarbiasa kepada Jones, dia bukan seorang pekongsi tetapi hanyalah pemiutang
dan tiada niat untuk memebntuk perkongsian.
5.
Seseorang yang menerima secara anuiti atau sebaliknya, sebahagian daripada
keuntungan sesuatu perniagaan sebagai balasan kepada jualan nama baik (goodwill)
sesuatu perniagaan.
Contoh
kes - RAWLINSON LWN CLARKE (1860)
15 M&M 292 dan
Dalam
kes AW YONG WAI CHOO lwn ARIEF TRADING
SDN BHD & ANOR (1992) 1
MLJ 166, diputuskan bahawa S 4 Akta Perkongsian akan digunakan untuk
menentukan samada wujud atau tidak perkongsian. Untuk menentukan isu tersebut,
mahkamah akan mengambilkira semua keadaan sekeliling termasuk perjanjian
bertulis atau lisan dan juga tindak tanduk pihak-pihak.
BAGAIMANA MENENTUKAN KEWUJUDAN PERKONGSIAN?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
7:32:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: