PERHUBUNGAN RAKAN KONGSI DENGAN PIHAK KETIGA


PERHUBUNGAN RAKAN KONGSI DENGAN PIHAK KETIGA

PRINSIP/KONSEP ASAS
Setiap pekongsi adalah ejen kepada firma itu dan pekongsi-pekongsi  yang lain bagi tujuan perniagaan perkongsian. Sebagai ejen, seseorang pekongsi itu berhak menjalankan sesuatu perniagaan berdasarkan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya.
Kedudukan seseorang pekongsi sebagai ejen dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen-seksyen 7,8 dan 9 khususnya, dan Bahagian II Akta Perkongsian amnya. Tidak seperti hubungan agensi yang lain pekongsi juga adalah principal kepada agen pekongsi yang lain.  Sebagai agen, pekongsi mempunyai autoriti dan prinsipalnya akan terikat dengan segala tindakannya. Autoriti adalah mandat yang diberikan kepada seorang agen oleh prinsipalnya untuk melaksanakan sesuatu tindakan atau tugasan bagi pihak mereka. Kuasa pula ialah kemampuan seseorang untuk mengikat prinsipalnya apabila berurusan dengan pihak ketiga.  




Undang-undang agensi yg terkandung dalam Bahagian X, Akta Kontrak 1950 dan common law serta ekuiti juga terpakai bagi menentukan kedudukan seseorang pekongsi sebagai ejen.

Kuasa-Kuasa Ejen
Terdapat dua jenis kuasa yang diberikan kepadan ejen:
1.    Kuasa Nyata (s. 8 & 9 AP ) - Kuasa sebenar yang diberi oleh prinsipal kepada ejen
Terbahagi kepada 2:
i.              Kuasa nyata jelas
ii.             Kuasa nyata tersirat

2.    Kuasa zahir (s. 7) - Kuasa yang diandaikan oleh pihak ketiga yang berurusan dengan ejen itu sebagai dimiliki oleh ejen itu, walaupun ejen tersebut tidak mempunyai kuasa itu 
PERHUBUNGAN RAKAN KONGSI DENGAN PIHAK KETIGA PERHUBUNGAN RAKAN KONGSI DENGAN PIHAK KETIGA  Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 6:57:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.