AMBIL PEDULI KANDUNGAN KONTRAK
KANDUNGAN KONTRAK
1
TERMA - TERMA NYATA DAN TERSIRAT
Akta Kontrak 1950 tidak menyatakan apa-apa peruntukan
tentang isi kandungan kontrak tetapi mahkamah di Malaysia telah mengunapakai
common law Inggeris dalam hal ini.
Klasifikasi Kandungan Kontrak - terdapat 2 kategori kandungan iaitu:
- a mere representation ( semata-mata pernyataan)
iaitu kandungan kontrak yang tidak mempunyai apa-apa kesan perundangan.
- terms (terma) iaitu kandungan yang mempunyai kesan
perundangan
Terma-terma
dalam perjanjian boleh jadi nyata atau tersirat. Terma Nyata ialah terma-terma yang telah
dipersetujui secara khusus oleh kedua-dua pihak samada secara lisan atau
bertulis atau kedua-duanya sekali.Terma Nyata mudah difahami dengan sekilas
pandang sahaja dan ia selalunya telus iaitu tidak ada makna kedua.
2. TERMA TERSIRAT
Terma tersirat iaitu terma yang tidak dinyatakan di
dalam kandungan kontrak tetapi tetap terpakai. Ini berlaku kerana beberapa
sebab iaitu:
- Sedia diperuntukkan di dalam peraturan-peraturan (contohnya Akta
Jualan Barang-barang yang memperuntukkan syarat tersirat yang terpakai
untuk semua kontrak jualan barang-barang)
- Berdasarkan kebiasaan yang dapat difahami dari kontrak itu sendiri.
- Kegagalan pihak berkontrak untuk memasukkan terma-terma tertentu
kedalam kontrak
Dalam kes kegagalan tersebut , mahkamah mempunyai kuasa
untuk menyiratkan terma-terma tertentu kedalam kontrak namun kuasa tersebut
adalah terhad dan dilakukan dengan cermat.
Terma-terma
boleh tersirat melalui kaedah-kaedah berikut:
1.
Kelaziman dan kegunaan transaksi tertentu perniagaan
PRESTON
CORPORATION SDN BHD v EDWARD LEONG & ORS [1982] 2 MLJ 22
Dalam
kes ini Isu yang timbul adakah responden yang merupakan firma pencetak berhak
untuk menuntut menjadi tuan punya yang sah kepada negatif filem yang digunakan
bagi percetakan buku.
Meskipun
terdapat keterangan diberi oleh wakil Master Printers Association bahawa
ahli-ahli mereka menganggap negatif pertama dimiliki oleh pencetak, dan kos
cetak semula ditanggung oleh pelanggan, mahkamah Persekutuan memutuskan tidak
ada keterangan yang cukup untuk memaklumkan wujudnya suatu amalan dagangan.
Hakim
Salleh Abas menyandarkan definisi amalan dagangan kepada Halsbury Law of
England dimana cirri-ciri amalan dagangan ialah “notoriety, certainty and
reasonableness” dan ternyata ketiga-tiga cirri tersebut tidak wujud.
2.
Peruntukan Undang-undang
Akta
Jualan Barang-barang 1957
Akta
Sewa Beli 1967 s 6
Kanun
Tanah Negara 1965 s 230-232 (tuan tanah dan penyewa)
3.
Mahkamah
Dimana mahkamah akan mengenal pasti niat andaian
pihak-pihak yang berkontrak yakni niat kedua-dua pihak yang ditampilkan
daripada pengunaan perkataan didalam perjanjian dan juga hal keadaan
sekeliling.
Dua ujian yang seringkali diguna pakai:
1. Ujian ‘business efficacy’ dalam kes the Moorcook.
Ia untuk memberi kesempurnaan kepada transaksi. Iaitu syarat-syarat akan
disiratkan dari niat yang dianggap wujud dari kedua-dua pihak dan berdasarkan
alasan supaya tidak berlaku kegagalan memberi balasan.
MOORCOCK
(1889) 14 PD 64
Fakta
kes:
Defendan
ialah pemunggah muatan dan tuan punya dermaga dan jeti di Sungai Thames.
Plaintif ialah tuan punya kapal api Moorcock. Persetujuan telah dibuat antara
mereka bahawa kapal tersebut hendaklah berlabuh dan mengangkat muatan di jeti
defendan. Sewa dibayar kerana perkhidmatan kren dan kemudahan lain yang sedia
ada di dermaga tersebut. Sewaktu Moorcock berlabuh di situ, air telah surut dan
kapal tersebut telah mengalami kerosakan apabila tersadai di atas satu gerigi
keras yang disembunyikan di bawah dataran dermaga yang mana ketika itu penuh
dengan tanah liat.
Keputusan:
Mahkamah
Rayuan telah memutuskan bahawa kedua-dua belah pihak semestinya telah berniat
untuk mengikat kontrak berdasarkan hakikat bahawa dataran laut adalah selamat
untuk kapal sewaktu air surut. Oleh itu adalah penting untuk memasukkan terma
tersirat pengkalan itu akan sentiasa selamat bagi tujuan mengisi dan menurunkan
muatan. Defendan telah didapati bertanggungan atas kemungkiran untuk memastikan
dermaga selamat ketika air surut.
2. Ujian ‘officious bystander’ dalam kes Yong Ung Kai
lwn Enting ataupun lebih dikenali sebagai ujian ‘Oh, of course’. Iaitu pada
masa kontrak dibincangkan seseorang akan berkata kepada kedua-dua pihak, “Apa
akan jadi dalam kes sebigini?”, kedua-dua pihak akan menjawab, “tentulah, ini
dan ini akan berlaku. Kami tidak susah untuk menyatakan ia adalah jelas”.
YONG
UNG KAI v ENTING [1965] 2 MLJ 98
Defendan
telah memasuki perjanjian bertulis dengan plaintif untuk menjual kayu balak di
atas tanah yang satu kaum mempunyai hak dari segi undang-undang adat. Untuk
menebang kayu-kayu balak tersebut lessen pembalakan perlu diperolehi dari
jabatan Perhutanan. Perjanjian tidak merujuk kepada keperluan lesen pembalakan
tersebut. Defendan telah melakukan yang terbaik untuk mendapatkan lesen tetapi
ditolak. Plaintif membawa kes ini ke mahkamah dan menuntut sebagai pecah
kontrak.
Diputuskan
bahawa terdapat syarat tersirat bahawa apabila menjual kayu balak tertakluk
kepada keperluan untu mendapatkan lesen. Oleh kerana kontrak adalah tidak
mungkin dapat dilaksanakan kerana kekecewaan, plaintif berhak kepada wang
pendahuluan kepada defendan.
3. SYARAT DAN WARANTI
Definisi kedua-dua istilah ini diberikan dalam Akta Jualan Barang-Barang 1957.
- Syarat
ialah kandungan yang merupakan
peraturan-peraturan penting kepada tujuan utama kontrak, iaitu jika dilanggari
akan memberikan hak untuk menganggap kontrak sebagai ditamatkan. Remidi
pelanggaran: membatalkan kontrak atau/dan menuntut gantirugi (seksyen
12(2)AJB 1957).
- Waranti ialah peraturan yang bersampingan kepada tujuan
utama kontrak, iaitu jika dilanggari akan memberikan hak untuk menuntut
gantirugi tetapi tiada hak untuk menaggap kontrak sebagai ditamatkan
(seksyen 12(3) AJB 1957).
Samada
sesuatu syarat itu adalah syarat atau waranti bergantung kepada niat
pihak-pihak. Melabelkan sebagai syarat atau waranti bukanlah ekslusif.
POUSSARD
v SPIERS AND POND (1876) 1 QBD 410
Dalam kes ini Cik Poussard telah memasuki perjanjian
dengan Defendan untuk membuat persembahan sebagai pelaon wanita utama. Jadual
persembahan telah disediakan dan plaintif telah menjalani beberapa latihan.
Walaubagaimanapun plaintif telah jatuh sakit sebelum pembukaan persembahan. Dia
tidak dapat membuat persembahan pada hari pertama dan tiga hari kemudiannya
berturut-turut. Defendan telah menggunakan pelakon ganti untuk menyempurnakan persembahan
selama empat hari ketiadaan beliau. Apabila ia sembuh plaintif menuntut untuk
mengadakan persembahan seperti dalam perjanjian tetapi defendan enggan berbuat
demikian. Plaintif membawa tindakan ini sebagai pecah kontrak.
Mahkamah
memutuskan bahawa ketidakupayaan plaintif untuk mengadakan persembahan adalah
penting kepada kontrak, maka beliau sebenarnya yang telah pecah kontrak.
Bagaimanapun,
keadaan bebeza dalam kes ini:
BETTINI
v GYE (1876) 1 QBD 183
Bettini telah berkontrak dengan Gye, seorang pengarah
Opera Diraja Itali untuk tempoh selama 3 bulan untuk menggunakan khdmat
ekslusifnya sebgai penyanyi opera (samada di tempat awam atau individu). Antara
syarat dalam perjanjian ialah bettini mesti hadir di London enam hari sebelum
memulakan tugas bagi tujuan latihan. Dia hanya tiba dua hari sebelum
persembahan dan defendan enggan menggunakan khidmatnya. Plaintif membawa kes
ini ke mahkamah.
Mahkamah memutuskan bahawa berasakan kepada tempoh
kontrak dan jenis persembahan,peruntukan untuk latihan tidaklah penting. Latihan
adalah bukan satu syarat tetapi hanya satu waranti. Oleh itu, pemecahan kontrak
ini tidak memberi hak kepada defendan untuk menamatkan kontrak.
ASSOCIATED
METAL SMELTERS LTD v THIAM CHEOW TOH [1971] 1 MLJ 271
Dalam
kes ini, plaintif menuntut gantirugi atas pecah waranti bagi satu pelebur relau
besi. Defendan telah bersetuju untuk menjual relau kepada plaintif dan membuat
akujanji bahawa pelebur relau tersebut akan mempunyai suhu tidak kurang dari
2,6000F. Relau yang dibekalkan oleh defendan pada hakikatnya tidak
mematuhi suhu yang ditetapkan.
Diputuskan
bahawa kegagalan defendan untuk mebekalkan relau yang memenuhi keperluan suhu
telah membentuk satu perlanggaran kepada syarat kontrak. Plaintif berhak untuk
menganggap pemecahan tersebut sebagai pemecahan waranti.
AMBIL PEDULI KANDUNGAN KONTRAK
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
10:31:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: