FAHAMI KLAUSA PENGECUALIAN DALAM KONTRAK
Klausa
Pengecualian ialah satu syarat yang cuba untuk samada mengubahsuai
tanggungjawab utama yang timbul dari kontrak atau menghadkan / mengecualikan
tanggungan satu pihak yang mana akan menimbulkan berlaku pecah kontrak oleh
pihak tersebut.
Ia
adalah syarat untuk mengurangkan skop tugas dalam kontrak atau mengatasi pihak
yang sepatutnya mendapatkan gantirugi atau remedi lain dari memperolehinya. Ia
adalah satu frasa yang menghadkan tanggungan pihak-pihak dalam kontrak.
Terdapat
tiga jenis frasa pengecualian:
- Dibina
dengan tandatangan iaitu yang mengandungi satu frasa pengecualian bertulis
dan pihak-pihak menandatangani perjanjian tersebut.
- Dibina
dengan notis iaitu frasa pengecualian jika seseorang memasuki kontrak akan
mengambil langkah rasional untuk melihat notis tersebut.
- Dibina
dengan urusniaga terdahulu iaitu perkataan-perkataan yang diamalkan
apabila mereka berurusniaga sebelum ini. Ini adalah perkara fakta
bergantung kepada kes.
Kes
OLLEY v MARLBOROUGH COURT [1949] 1KB 532 menunjukkan bahawa kewujudan sesuatu
klausa pengecualian mestilah dibawa kepada perhatian pihak yang satu lagi
sebelum atau pada masa kontrak dimasuki.
Dalam
kes ini plaintiff dan suaminya telah menempah bilik hotel dan membayar wang
untuk tinggal selama seminggu. Di dalam bilik hotel tertulis notis : “Pemilik
tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kecurian barangan melainkan
diserahkan kepada pihak pengurusan untuk peti simpanan”. Plaintif mendapati kot
bulunya telah dicuri dari laci berkunci akibat kecuaian pekerja hotel. Pihak
hotel cuba menggunakan klausa pengecualian berdasarkan notis di dalam bilik
hotel (yang ditulis pada dinding) untuk mengenepikan tuntutan ini.
Mahkamah
memutuskan bahawa kontrak telah dimasuki ketika plaintif berada di kaunter
resepsi dan dia tiada pengetahuan tentang polisi hotel dalam hal ini. Oleh yang
demikian, klausa pengecualian ini hendaklah ditolak. Tetapi sekiranya plaintif
sudah biasa tinggal di hotel ini dan tahu mengenai polisi ini, klausa tersebut
mungkin boleh digunakan.
Kecukupan
notis yang munasabah
PARKER
v SOUTH EASTERN RAILWAY (1877) 2 CPD 416
Ini
adalah satu kes dimana seseorang tidak boleh terlepas dari kesan klausa
pengecualian kerana gagal membaca syarat tersebut, tetapi ia mungkin menjadi
dalihan untuk membuktikan bahawa pembuat klausa pengecualian tidak cukup cara
untuk beliau membaca notis tersebut.
Fakta
kes:
Plaintif
telah menyimpan begnya di bilik simpan pakaian stesen keretapi yang dimiliki
oleh defendan. Beliau telah menerima sekeping tiket kertas yang dipermukaannya
dicetak “lihat di belakang” dan dibelakangnya terdapat beberapa syarat
tercetak, termasuklah satu syarat yang menghadkan tanggungan untuk apa-apa
bungkusan setakat £10. Plaintif mengaku bahawa beliau tahu terdapatnya tulisan
di atas tiket tersebut, tetapi beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak
membawanya, dan beliau tidak tahu atau percaya bahawa tulisan di atas tiket
tersebut mengandungi syarat-syarat. Begnya telah hilang dan beliau menuntut £24
10s bagi nilainya.
Keputusan:
Hakim
perbicaraan mengarahkan juri untuk menimbang sama ada plaintiff telah membaca
atau sedar tentang syarat khas bagi menyimpan beg itu. Juri telah memberi
jawapan negatif kepada soalan ini dan penghakiman berpihak kepada plaintif.
Semasa rayuan oleh defendan, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa juri telah
diberi petunjuk yang salah. Persoalan sebenar adalah sama ada defendan telah
melakukan langkah-langkah secukupnya secara munasabah, untuk memberi notis
mengenai syarat tersebut kepada plaintif. Kes tersebut diperintah untuk
perbicaraan semula.
THOMPSON
v LM & RAILWAY CO [1930] 1 KB 41
Fakta
kes;
Plaintif,
yang buta huruf, telah memberi anak saudaranya wang untuk membeli tiket
pengemabaraan keretapi untuknya. Pada tiket tersebut terdapat perkataan ‘sila
lihat syarat di sebelah’. Belakang tiket itu merujuk jadual waktu syarikat dan
bil pengembaraan. Bil pengembaraan mengandungi fasal yang mengecualikan
syarikat daripada tanggungan dari segi kecederaan yang membawa maut atau
sebaliknya dengan apa cara pun. Plaintif telah tercedera oleh apa yang
dikatakan sebagai kecuaian syarikat.
Keputusan:
Mahkamah
Rayuan telah memutuskan bahawa notis yang diberi, walaupun tidak secara
terus,adalah mencukupi kerana di permukaan tiket itu jelas merujuk
syarat-syarat tiket tersebut dikeluarkan.
Keadaan buta huruf plaintif tidak menolong kesnya walau sedikit.
MALAYSIAN
AIRLINE SYSTEM BHD v MALINI NATHAN & ORS [1986] 1 MLJ 330
Dalam
kes ini responden pertama (plaintif) telah menempah tiket untuk pulang ke Kuala
Lumpur dari London melalui penerbangan pihak perayu MH 893 pada 26 Mac 1976. Di
lapangan Terbang London, beliau telah diberitahu bahawa nama beliau tidak
terdaftar bagi penerbangan bagi penerbangan itu dan disebabkan kesilapan komputer
nama beliau telah didaftarkan sebagai Nathan Malini. Beliau telah ditawarkan
penerbangan alternatif BA 930 pada keesokan harinya. Beliau mengambil tindakan
ini atas dasar pecah kontrak. Tuntutan beliau diasaskan pada artikel 19 Warsaw
Convention (seperti dipinda pada tahun 1955) yang terpakai di Malaysia melalui
Akta Pengangkutan Udara 1974.
Mahkamah
Agung memutuskan pihak perayu boleh menggunakan syarat 9 pada terma dan
syarat-syarat yang dicetak di belakang tiket. Syarat 9 menyatakan masa dan jadual
penerbangan tidak termasuk sebagai sebahagian daripada kontrak dan dengan
demikian artikel 19 tidak terpakai dalam keadaan sedemikian.
CHIN
HOOI NAN v. COMPREHENSIVE AUTO RESTORATION SERVICE SDN BHD [1995] 2 MLJ 100
Chin
Hooi Nan, perayu telah menghantar keretanya ke tempat responden untuk digilap.
Kereta itu rosak teruk apabila ia dipandu dengan cuai oleh pekerja responden.
Responden cuba mengelak tanggungan dengan menggunakan fasal pengecualian.
Mahkamah Tinggi memutuskan fasal pengecualian tersebut tidak terpakai jika
pihak responden cuai, seperti berlaku dalam kes ini.
PREMIER
HOTEL SDN BHD v TANG LING SENG [1995] 4 MLJ 229
Dalam kes ini, responden telah menginap di hotel perayu.
Suatu petang responden telah keluar untuk sesuatu urusan dan meninggalkan kunci
biliknya di kaunter pertanyaan. Seorang yang tidak dikenali memberitahu pihak
yang menjaga kaunter bahawa dia disuruh oleh pekerja-pekerja responden untuk
mengambil kunci itu. Tanpa usul periksa pihak yang menjaga kaunter menyerahkan
kunci itu dan akibatnya barang-barang responden telah dicuri dari bilik itu.
Responden mengambil tindakan tuntutan atas kecuaian tetapi perayu menggunakan
fasal pengecualian yang terkandung didalam Peraturan Hotel. Hakim bicara
memberi keputusan berpihak kepada responden dan perayu merayu.
Di mahkamah Tinggi hakim telah memutuskan bahawa pasal
pengecualian itu tidak diungkap sejelas-jelasnya untuk mengecualikan tanggungan
bagi kecuaian. Justeru itu ia tidak terpakai bagi kecuaian dan perayu
betanggungan.
PORT
SWEETENHAM v T. W. WU & CO SDN BHD [1978]
2 MLJ 137
Fakta kes:
Dalam kes ini 93 bungkusan barang-barang farmasi telah
diturunkan di Pelabuha Kelang dan berada dalam jagaan Pihak Berkuasa Pelabuhan
(Perayu). Kemudiannya hanya 29 bungkusan sahaja yang telah diambil oleh
responden dan baki yang lain ditemui di beberapa buah kedai di Kuala Lumpur.
Responden membawa tindakan terhadap perayu atas pecah kontrak dan/atau
salahmilik atas baki 64 bungkusan. Hakim terdahulu telah memberi penghakiman
kepada responden atas alasan perayu patut membuktikan bahawa barang tersebut
telah hilang bukan kerana kecuaian atau salahlaku pihak perayu yang mana perayu
gagal membuktikannya. Rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan juga gagal dan kini
mereka merayui di Majlis Privy.
Keputusan:
Majlis
Privy memutuskan undang-undang kecil 9(1) kepada Undang-Undang Kecil Pihak
Berkuasa Pelabuhan Sweetenham 1965 adalah tidak sah ultra vires kepada seksyen
29(1) (g) Akta Pihak-Pihak Berkuasa Pelabuhan 1963. Ini kerana ia cuba
menghadkan tanggungan Pihak Berkuasa dalam kes kehilangan yang terjadi kerana
kesalahan Pihak Berkuasa atau dalam priviti mereka. Juga kerana ia bukan sahaja
menghadkan malah mengecualikan terus tangungan Pihak Berkuasa dalam kes
kehilangan akibat kecuaian atau salah laku pihak berkuasa.
FAHAMI KLAUSA PENGECUALIAN DALAM KONTRAK
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
10:34:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: