SIAPA YANG LAYAK MEMBUAT KONTRAK ?
A. Seksyen 11 Akta Kontrak:
Dibawah seksyen ini diperuntukkan bahawa setiap
orang adalah layak untuk berkontrak jika ia mencapai umur dewasa mengikut
undang-undang yang ia tertakluk, dan seorang yang sempurna akal, dan tidak dikecualikan
kelayakan dari berkontrak oleh mana-mana undang-undang yang ia tertakluk.
Walaubagaimanapun,
Akta ini tidak secara jelas menyatakan akibat kontrak yang dimasuki oleh mereka
yang tidak layak.
Dalam
kes TAN HEE JUAN v TAN BOON KEAT [1934] MLJ 96 mahkamah telah memutuskan bahawa
jika salah satu pihak atau pihak-pihak tidak layak, maka kontrak tersebut
adalah batal.
Fakta
kes;
Plaintif,
seorang kanak-kanak melaksanakan pindahmilik tanah atas nama defendan,
pindahmilik itu bersaksi dan kemudiannya didaftarkan. Plaintif melalui warisnya
memohon kepada mahkamah untuk mengenepikan pindahmilik tersebut dan relif yang
timbul.
Keputusan:
Mahkamah
memutuskan bahawa transaksi tersebut adalah batal dan mengarahkan agar harta
tersebut dikembalikan kepada plaintif.
B.
Akta Umur Dewasa 1971
Akta
Umur Dewasa 1971, menetapkan umur dewasa ialah 18 tahun. Mereka yang dibawah
umur dewasa dikira sebagai kanak-kanak dan tidak boleh memasuki kontrak.
C.
Pengecualian:
Seksyen
69 Akta Kontrak menggariskan dua pengecualian kepada kaedah bahawa kontrak yang
dimasuki oleh kanak-kanak adalah batal:
1. Kontrak untuk keperluan
Di
bawah Common Law seorang kanak-kanak bertanggungan di atas kontrak ‘keperluan’.
Prinsip ini digariskan oleh Hakim Besar Fletcher-Moulton dalam kes NASH v INMAN
[1908] 2 KB 1 pada muka surat
8 dan telah dipetik oleh Hakim Chang Min Tat dalam kes GOVERNMENT OF MALAYSIA v
GURCHARAN SINGH
NASH
V INMAN (1908) 2 KB 1
Fakta
Kes:
Seorang
tukang jahit yang telah membekalkan pakaian kepada seorang kanak-kanak bawah
umur termasuk 11 pasang fancy waistcoats, mengambil tindakan ke atas
kanak-kanak tersebut.
Keputusan:
Kanak-kanak tersebut pada masa itu adalah
lulusan Universiti Cambridge dan pakaian tersebut sesuai dengan kedudukannya.
Malangnya, ia bukan keperluan kerana ia sudah ada pakaian yang mencukupi. Jika
seseorang kanak-kanak bawah umur menempah sesuatu yang ia sudahpun ada dan
dalam kuantiti mencukupi, maka ia bukan lagi satu keperluan.
2.
Kontrak untuk biasiswa
GOVERNMENT
OF MALAYSIA v GURCHARAN SINGH & ORS [1971] 1 MLJ 211
Fakta
kes:
Kerajaan
telah menyaman defendan sejumlah wang $11,500 yang didakwa jum lah yang sebenar
yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk membiayai pengajian defendan pertama.
Defendan kedua dan defendan ketiga adalah penjamin – penjamin kepada perjanjian
ini. Pada masa kontrak, defendan pertama masih di bawah umur.
Keputusan:
Mahkamah
memutuskan bahawa kontrak adalah batal, tetapi memandangkan pelajaran adalah
‘keperluan, maka defendan bertanggungan untuk membayar balik wang tersebut. Jumlah
wang kemudiannya dikira semula dan ditolak dengan tiga tahun 10 bulan
perkhidmatan dengan kerajaan (sepatutnya 5 tahun) , maka jumlah yang perlu
dibayar hanyalah $2,683 sahaja.
Kontrak-
kontrak lain yang mengikat kanak-kanak
1.
Insuran – di bawah Akta Insurans 1963 (Disemak 1972) kanak-kanak melebihi 10
tahun boleh memasuki kontrak untuk insuran, tetapi jika bawah 16 tahun mesti
dapatkan persetujuan bertulis dari ibu bapa.
2.
Perantisan – Dibawah Akta kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 kanak-kanak
boleh memasuki kontrak perantisan dan perkhidmatan.
D.
Keupayaan Mereka Yang Tidak Waras Fikiran
Seseorang
yang mengalami ketidakupayaan mental samada kekal atau sementara tidak layak
untuk memasuki kontrak pada masa ketidakupayaan tersebut.
Seksyen
11 Akta Kontrak memperuntukkan:
“Setiap
orang adalah layak untuk berkontrak ……… yang waras fikiran, dan tidak hilang
kelayakan dari berkontrak dibawah undang-undang yang ia tertakluk”
Seseorang
dikatakan waras fikiran untuk tujuan membuat kontrak jika pada masa ia hendak
membuat, ia mampu untuk memahami tujuannya dan mampu membentuk satu penghakiman
rasional mengenai kesan ke atas kepentingannya. (Seksyen 12 Akta Kontrak)
SIAPA YANG LAYAK MEMBUAT KONTRAK ?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
10:23:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: