APAKAH CABARAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA?
(sambungan)
4. CABARAN
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Perkembangan Teknologi
Pekerja perlu didedahkan
kepada perkembangan teknologi terkini seperti pengetahuan teknologi maklumat
untuk meningkatkan kecekapan mereka dan meningkatkan daya saing organisasi.
Oleh itu, program latihan dan pembangunan harus sentiasa disediakan kepada
pekerja.
2. Faktor Ekonomi
Perubahan ekonomi
mempengaruhi permintaan tenaga buruh di pasaran buruh. Semasa ekonomi pesat,
akan wujud permintaan untuk meningkatkan bilangan tenaga buruh dalam
organisasi. Sebaliknya, jika ekonomi merosot organisasi mungkin terpaksa
mengurangkan bilangan pekerja sama ada memalui pemberhentian pekerja atau
pengurangan kerja lebih masa.
3. Faktor Politik
Polisi sesebuah Negara
sentiasa berubah dan mempengaruhi dasar buruh seperti dasar pengambilan pekerja
asing, sistem ganjaran, keselamatan dan kesihatan pekerja. Organisasi perlu
perihatin terhadap perubahan tersebut.
4. Globalisasi
Dalam menghadapi
globalisasi pasaran, syarikat perlu meningkatkan daya saing dengan mengurangkan
kos dan meningkatkan kualiti agar dapat bersaing di pasara antarabangsa yang
lebih kompetitif. Organisasi perlu melengkapkan pekerjanya dengan latihan dan
dan pembangunan untuk menghadapi cabaran ini.
5. Peningkatan
Penyertaan Wanita Dalam Pekerjaan
Semakin ramai wanita
menjawat jawatan professional dalam pasaran buruh. Organisasi perlu prihatin
terhadap keperluan dan masalah mereka serta menjaga kebajikan mereka. Misalnya
cuti bersalin, penyediaan pusat jagaan kanak-kanak, masalah diskriminasi dengan
pekerja lelaki dan gangguan seksual di tempat kerja.
6. Sistem
Perundangan
Organisasi perlu memberi
perhatian kepada pematuhan peruntukan undang-undang yang berkaitan supaya tidak
dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Antara undang-undang yang perlu
dipatuhi ialah: Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan dan Akta Perhubungan Industri.
5. PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA STRATEGIK
Pengurusan
sumber manusia strategik adalah perlu di dalam pengurusan sumber manusia yang
mana is dikaitkan dengan pencapaian misi dan objektif organisasi. Perancangan strategik
termasuklah menarik, membangun dan mengekalkan sumber manusia yang berkesan.
Pengurusan
sumber manusia strategik perlu digunakan dalam perkara-perkara berikut:
1. Pengambilan
pekerja mengikut keperluan semasa organisasi atau dalam jangka pendek dan
jangka panjang
2. Kenaikan
pangkat hendaklah diuruskan dengan mengesan pekerja yang sangat sesuai dengan
mengambil kira kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan tingkah laku.
3. Gaji dan
kemudahan adalah diurus untuk menarik bakal pekerja yang berkebolehan, mengekal
atau meningkatkan motivasi pekerja dan mempemngaruhi mereka untuk kekal dalam
organisasi.
4. Latihan dan
pembangunan perlu diurus berasaskan keperluan pekerja dan organisasi
5. Pengurusan
prestasi pekerja dihubungkaitkan dengan produktiviti pekerja dan produktiviti
organisasi. Proses pengurusan prestasi perlu disediakan dengan teratur dan
dilaksanakan secara sistematik.
APAKAH CABARAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
3:11:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: