APA ADA DALAM AKTA 355?
KANDUNGAN AKTA 355
Sebenarnya
Akta 355 adalah satu akta yang sangat pendek dan sangat mudah difahami
– ianya hanya ada tiga seksyen ringkas. Akta 355 adalah akta untuk memberi
bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah
hukum syarak.
Tajuk
panjang & Mukadimah.
Suatu
Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di
bawah mana-mana undang – undang Negeri bagi maksud membicarakan
kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak. 1hb April 1965
MAKA
INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti
berikut.
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan pemakaian.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah
(Bidang kuasa Jenayah) 1965.
(2)
Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia.
(Pada tahun 1989 Akta ini telah
dipinda untuk memperluaskan pemakaian meliputi negeri-negeri Sabah dan Sarawak.
Ini bermakna Akta ini terpakai kepada semua negeri di Malaysia.)
Seksyen
2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.
Mahkamah
Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang
dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti
agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu
dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada
Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan
kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang
menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis:
Dengan
syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan
dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga
tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali
atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.
Senarai
II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan:
Senarai II—Senarai Negeri
1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang
menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan,
berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas
kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan
amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan
agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma
kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam
yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan
Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat
sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama
Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang
termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara
mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang
yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang
termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan
dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan;
mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut
agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat
Melayu.
Seksyen 3. Pengesahan.
Segala
kesalahan di bawah hukum Syarak yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini
berhubungan dengan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia dan yang sebelum mula
berkuatkuasanya Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan dan
Perluasan) 1989 berhubungan dengan Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak telah
dibicarakan oleh mana-mana Mahkamah yang disebut terdahulu hendaklah disifatkan
telah dibicarakan dengan sah seolah-olah bidang kuasa yang berkenaan dengannya
telah diberi kepada Mahkamah-Mahkamah tersebut oleh undang-undang Persekutuan.
APA ADA DALAM AKTA 355?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
9:40:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: