FAHAMI LATAR BELAKANG AKTA 355
LATAR
BELAKANG AKTA 355
Akta Mahkamah Syariah (Akta 355)
sebelum ini tidak pernah didengari tetapi sejak akhir-akhir ini ia menjadi
begitu popular. Akta Mahkamah Syariah telah diluluskan oleh parlimen pada tahun
1965. Menteri yang bertanggungjawab membentangkan Akta ini ialah Tun Datuk
Patinggi Haji Abdul Rahman bin Yaakub Menteri Tanah dan Galian yang juga anak
jati Sarawak.
Turut mengambil bahagian dalam
perbahasan ketika ia dibentangkan ialah Yang Berhormat Mohamad Asri bin Hj Muda
ahli parlimen Pasir Puteh. Beliau mengajukan pandangannya kepada parlimen agar
hukuman jenayah syariah boleh dipinda lagi pada masa hadapan. Ketika itu
peruntukan hukuman bagi kesalahan jenayah syariah yang boleh dihukum di
Mahkamah Syariah ialah penjara tidak boleh melebihi enam bulan dan denda tidak
melebihi RM 1,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Setelah 19 tahun
Akta tersebut digunapakai, Kerjaan mencadangkan agar bidang kuasa mahkamah
syariah diperluaskan, maka satu rang undang-undang untuk meminda peruntukan
yang telah digubal pada tahun 1965 itu dibuat.
Pada 10 Oktober 1984
satu rang undang-undang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamad Noor dan disokong oleh Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad. Tujuan rang undang-undang
ini ialah untuk meminda peruntukan seksyen 2 Akta tersebut.
Yang Berhormat Dr Mohd Yusof menyatakan bahawa salah satu cara
untuk menghalang orang Islam terlibat dengan lebih banyak dalam perbuatan
jenayah ialah dengan meminda Akta tersebut bagi menambah hukuman ke atas
kesalahan yang disabitkan.
Tujuan peruntukan yang membolehkan Mahkamah Syariah mengenakan
hukuman yang lebih berat ini bukanlah dengan tujuan untuk menzalimi orang-orang
Islam akan tetapi untuk menjadi peringatan dan amaran kepada umum serta gesaan
untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan jenayah.
Pindaan ini juga selaras dengan dasar penerapan nilai-nilai
Islam yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir pada masa tersebut. Ia
juga selaras dengan penggubalan undang- undang Keluarga Islam yang baru.
Contohnya Kelantan yang menggubal Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1983 dan
juga Wilayah persekutuan yang menggunakan Akta Undang-undang Keluarga Islam
1984. Enakmen-enakmen baru ini adalah pindaan dari Enakmen lama yang telah
diguna pakai sejak tahun 1960an lagi.
Seramai 11
orang Ahli Parlimen yang membahaskan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah). Mereka adalah;
- Tuan Haji Seroji bin Haji Haron (Baling)
- Datin Paduka Zaleha binti Ismail (Tanjong Karang)
- Wan Mohd. Najib bin Wan Mohamad (Pasir Puteh)
- Tuan Hassan bin Haji Mohamed (Rantau Panjang)
- Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah (Padang Rengas)
- Tuan Ismail bin Arshad (Jerai)
- Tuan Ibrahim Azmi bin Hassan (Kuala Nerus)
- Tuan Bahari bin Haron (Labis)
- Tuan Haji Azharul Abidin bin Haji Abdul Rahim (Batang Padang)
- Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat (Pengkalan Chepa)
- Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Hamid (Matang)

Kesemua 11
orang Ahli Parlimen yang bangun membahaskan pindaan tersebut adalah yang
beragama Islam kerana mereka sedar dan tahu bahawa Akta ini adalah yang berkait
dengan Mahkamah Syariah yang melibatkan orang Islam sahaja.
Antara
ahli Parlimen yang membahaskan rang undang-undang tersebut ialah Yang Berhormat
Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dimana beliau
menyatakan:
"Islam itu telah mengadakan kaedah- kaedah untuk menjaga keselamatan kita manusia. Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesalah itu adalah dibahagi dua. Satu diberi nama "al-hudud", yang kedua diberi nama "al-takzirat".

"Tuan
Yang di-Pertua,
Mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana-mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara "syumul" sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap- penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati."

Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
9:33:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: