MEMAHAMI ERTI PERNIAGAAN DAN KONSEPNYA
PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
A. Definisi Perniagaan
a. Definisi oleh Vincent A.
Gabriel (1995)
“Business is the distribution and exchange of
all the surplus goods produced in the fields, seas, forests and factories of
the earth so that they reach the final consumer in the right place and at the
right price”
Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua
barangan berlebihan yang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan
dan kilang-kilang supaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhhir pada
tempat dan harga yang berpatutan.
b. Definisi oleh Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa dan
Abdullah Munsi b. Abdul Rahim (1999) m
Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual
barangan dan perkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan.
c. Definisi oleh Zumilah Zainalaludin (1999)
Perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan
dengan wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah.
d. Definisi
oleh Norhayah Zulkifli et. al (1999)
Perniagaan boleh didefinisikan sebagai pertukaran barang
atau perkhidmatan dengan wang atau alat pertukaran lain, bertujuan untuk
mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah.
e. Definisi oleh Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin
(1998)
“Business is an organization that
provides goods or services in order to earn profits”
Perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atau
perkhidmatan untuk mendapat keuntungan.
f. Rumusan
Berdasarkan
definisi-definisi yang dikemukakan di atas, maka perniagaan dapat ditakrifkan
sebagai:
Suatu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan yang
berbentuk barang fizikal atau perkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar
asal kepada pengguna terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Usaha
pemindahan dan pertukaran barangan ini dijalankan berasaskan alat pertukaran
yang telah dipersetujui oleh pengeluar asal dan pengguna terakhir. Pertukaran
sedemikian akan membawa faedah dan keuntungan kepada semua pihak yang terlibat
dalam usaha ini.
B. Perniagaan meliputi empat perkara penting:
1.
Barangniaga atau Perkhidmatan
Barangniaga juga
dikenali sebagai produk atau keluaran. Barangniaga terdiri daripada unit-unit
yang dapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal seperti baju,
keropok, anak patung mainan dan sebagainya.
Perkhidmatan
merupakan sesuatu keluaran yang tidak dapat dilihat, dihidu, dirasa dan
disentuh secara fizikal. Namun demikian, kehadirannya akan memenuhi keperluan
dan kehendak pembeli atau penggunanya. Contoh-contoh perkhidmatan adalah
perkhidmatan pakar perubatan, bank, insuran, pendidikan Kolej Matrikulasi dan
sebagainya.
Barangniaga dan perkhimatan ini
disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia.
2. Pertukaran Nilai
Pertukaran nilai merujuk kepada
perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan.
Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh
peniaga biasanya dalam nilai wang.
Proses ini melibatkan persetujuan antara
penjual dengan pembeli.
3.
Keuntungan
Keuntungan adalah hasil bersih
daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran,
kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
Keuntungan ialah matlamat bagi
setiap aktiviti perniagaan dan merupakan ganjaran kepada peniaga daripada
perniagaannya. Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan
ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.
4. Memuaskan
keperluan dan kehendak pelanggan
Keperluan merujuk kepada barangan
asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan,
pakaian dsb. Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan
yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dsb.
Untuk mencapai keuntungan,
perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan
memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.
Apabila kehendak dan keperluan seseorang itu dipenuhi,
maka dia akan berasa puas hati. Jika tidak, kepuasannya tidak akan tercapai.
Misalnya, barang atau perkhidmatan yang dibeli oleh seseorang itu dapat
memenuhi keperluan dan kehendak pihak pembeli, maka pembeli akan berasa
puashati. Begitu juga dengan penjual barang atau perkhidmatan. Bayaran yang
diperoleh daripada jualan barang atau perkhidmatan dan ia digunakan untuk
memenuhi keperluan dan kehendak penjual, maka penjual akan mencapai kepuasan.
C. Organisasi Perniagaan dan Bukan Perniagaan
Organisasi terdiri dari dua jenis:
- Organisasi perniagaan
- Organisasi bukan perniagaan
Organisasi
Perniagaan menjalankan aktiviti jual beli barang dan
perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan. Selain keuntungan
,objektif lain adalah:
i. Penakatan (survival) - untuk terus beroperasi di
pasaran.
ii. Pertumbuhan- untuk memajukan/mengembangkan
syarikat seperti pembukaan beberapa cawangan.
iii. Tanggungjawab sosial - komitmen oleh pihak
syarikat memberi perhatian kepada keperluan/kebajikan awam seperti
mengawal pencemaran persekitaran
Organisasi Bukan Perniagaan pula menjalankan aktiviti yang tidak bertujuan untuk mendapatkan
keuntungan. Organisasi ini ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan dan menjaga
kepentingan ahli-ahlinya. Aktiviti utamanya berasaskan matlamat bagi memenuhi
keperluan umum. Aktiviti mereka dibiayai oleh kerajaan, swasta dan orang ramai
melaui yuran, derma atau tajaan.
Organisasi bukan perniagaan merangkumi agensi kerajaan dan juga kelab,
persatuan serta badan-badan sukarela.
Perbezaan
antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan
Organisasi Perniagaan
|
Organisasi Bukan Perniagaan
|
|
Aktiviti
utama
|
Jualan
barang dan perkhidmatan serta pengeluaran
|
Aktiviti
kemasyarakatan
|
Tujuan
|
Memaksimumkan
keuntungan
|
Memberi
kebajikan
|
Sumber
kewangan
|
Diperolehi
dari modal sendiri atau pemegang saham dan pinjaman
|
Diperolehi
dari yuran ahli, derma atau tajaan
|
Cukai
|
Dikenakan
atas keutungan
|
Dikecualikan
dari cukai
|
Kepentingan bukan perniagaan kepada perniagaan:
a.
Menyediakan kemudahan asas.
b.
Menyediakan tapak perniagaan.
c.
Memberi perlindungan dan keselamatan.
d.
Mengurangkan masalah sosial.
e.
Menyediakan maklumat-maklumat dan memberi khidmat
masyarakat.
Kepentingan perniagaan kepada bukan perniagaan:
a.
Membiayai aktiviti bukan perniagaan seperti cukai,
derma.
b.
Menyediakan barangan dan perkhidmatan.
c.
Membantu dalam menyediakan infrastruktur awam.
d.
Menggunakan perkhidmatan bukan perniagaan.
MEMAHAMI ERTI PERNIAGAAN DAN KONSEPNYA
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
9:12:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: