PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TU APA YE?



PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1.DEFINISI

Pengurusan sumber manusia merujuk kepada falsafah, polisi, prosedur dan amalan-amalan yang berkaitan dengan pengurusan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Organisasi secara mudah didefinisi sebagai ‘sekumpulan orang yang bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama’. Oleh itu, wujud kaitan yang amat rapat antara organisasi dan orang yakni sumber manusia.
Pengurusan sumber manusia melibatkan aktiviti merekrut, memilih, melatih dan membangunkan pekerja-pekerja organisasi tersebut. Tujuan pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan bahawa orang yang diambil bekerja digunakan secara cekap dan berkesan dalam menyumbang untuk mencapai objektif organisasi.

2. KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1.    Mengurus pekerja secara cekap untuk mencapai objektif organisasi dan meningkatkan prestasi organisasi melalui peningkatan produktiviti pekerja.
2.    Merancang dan mengurus aktiviti pengrekrutan iaitu pemilihan dan pengambilan pekerja baharu
3.    Menyediakan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja
4.    Memotivasikan pekerja dan menjaga kebajikan mereka melalui system ganjaran dan faedah yang menarik
5.    Mewakili organisasi untuk berbincang dengan kesatuan sekerja tentang sebarang pertikaian industri

3. FUNGSI PENGURUS SUMBER MANUSIA

1.    Perancang – merancang dan mengurus aktiviti pengrekrutan, pemilihan dan pengambilan pekerja baharu.
2.    Fasilitator – menyediakan program latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja serta memberi laluan untuk mengembangkan kerjaya mereka.
3.    Penyelaras – menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja
4.    Penilai Prestasi – memantau prestasi dan penawaran pampas an seperti ganjaran dan faedah kepada pekerja juga menilai kemalangan dan laporan kecederaan.

5.    Pengantara – bertindak sebagai orang tengah dalam isu-isu seperti disiplin pekerja dan berbincang dengan Kesatuan Sekerja.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TU APA YE?  PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TU APA YE? Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 3:06:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.