SSPN-i Plus

MEMAHAMI PERANCANGAN SUMBER MANUSIA


PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

1. PENGENALAN
Perancangan Sumber manusia ialah proses membuat ramalan tentang keperluan sumber manusia pada masa akan datang dan mengenal pasti langkah-langkah yang sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut.

Proses perancangan sumber manusia ini adalah satu proses yang berterusan dan selari dengan matlamat organisasi. Jika organisasi ingin diperkembangkan, pekerja perlu ditambah. Jika organisasi ingin menceburi bidang baharu, pekerja baharu mungkin perlu di ambil atau pekerja yang sedia ada diberikan latihan.

2. OBJEKTIF PERANCANGAN SUMBER MANUSIA:
1.    Memastikan penggunaan sumber manusia adalah efektif untuk mencapai matlamat organisasi
2.    Memenuhi keperluan pekerja secara optimum

3.    Meramal dan merancang keperluan tenaga kerja pada masa depan

3. PROSES PERANCANGAN SUMBER MANUSIA
Perancangan sumber manusia melibatkan beberapa proses seperti gambarajah berikut:



a.    Membuat Pengimbasan Persekitaran
Perancangan sumber manusia bermula dengan menganalisis persekitaran luaran dan dalaman organisasi yang mempengaruhi sumber manusia. Persekitaran luaran meliputi faktor ekonomi, pasaran buruh, perundangan, pekembangan teknologi dan faktor sosial. Organisasi perlu mengkaji sebarang perubahan pada faktor-faktor tersebut. Persekitaran dalaman organisasi pula adalah seperti gaya pengurusan, matlamat organisasi, program sumber manusia dan aktiviti lain yang berkaitan dengan tenaga buruh.

b.    Meramal Permintaan dan Penawaran Buruh
Jabatan Sumber manusia perlu mengenal pasti keperluan tenaga buruh organisasi pada masa depan dan membuat ramalan berdasarkan perancangan strategik dan matlamat organisasi.

Ramalan permintaan buruh ini boleh ditentukan melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

  1. Pendekatan Kualitatif
Mengikut pendekatan ini, ramalan keperluan tenaga buruh akan disediakan oleh setiap jabatan berdasarkan matlamat jabatan yang kemudian akan disampaikan kepada pihak pengurusan atasan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah Delphi, nominal dan anggaran oleh pihak pengurusan.
Ramalan dibuat berdasarkan jadual penstafan, inventori kemahiran pekerja dan carta gentian pekerja.

  1. Pendekatan Kuantitatif
Analisis dibuat berdasarkan trend keperluan tenaga buruh bagi beberapa tahun sebelum atau berdasarkan analisis nisbah antara jumlah jualan dan bilangan pekerja.
Ramalan dibuat beradasarkan trend masa lepas atau kadar pergerakan pekerja yang lepas.

Ramalan penawaran buruh dibuat untuk mengetahui bilangan tenaga buruh yang sedia ada dalam organisasi adalah mencukupi untuk mencapai matlamat organisasi atau tidak. Penawaran tenaga buruh diperoleh daripada dua sumber, iaitu sumber dalaman yang terdiri dari pekerja sedia ada dan sumber luaran iaitu pasaran buruh.

c.    Menganalisis Jurang Permintaan Dan Penawaran Buruh
Daripada analisis ramalan permintaan dan penawaran buruh yang dilakukan, perbandingan dapat dibuat dan jurang atau lompang akan diketahui. Jika lompang adalah positif, iaitu permintaan buruh melebihi penawaran buruh, maka kekurangan tenaga buruh akan berlaku. Sekiranya lompang adalah negatif, iaitu permintaan buruh kurang daripada penawaran buruh, lebihan tenaga buruh akan berlaku.

d.    Membentuk Rancangan Tindakan Untuk Menutup Jurang
Berdasarkan lompang yang wujud, satu rancangan tindakan yang bersesuaian perlu dibuat untuk merapatkan atau menutup lompang tersebut. Jika lompang adalah positif, tindakan untuk meningkatkan bilangan pekerja perlu diambil melalui perekrutan pekerja. Sekiranya lompang adalah negatif, maka langkah mengurangkan bilangan pekrja perlu diambil melalui pemberhentian pekerja, perkongsian kerja dan menghadkan perekrutan.

e.    Membuat Penilaian Terhadap Rancangan Tindakan
Setiap rancangan tindakan yang diambil perlu dibuat penilaian untuk melihat keberkesanannya. Sekiranya rancangan tidak dapat memenuhi matlamat organisasi atau masih tidak merapatkan lompang, maka tindakan pembetulan perlu diambil. 
MEMAHAMI PERANCANGAN SUMBER MANUSIA MEMAHAMI PERANCANGAN SUMBER MANUSIA Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 3:28:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.