APAKAH DIA PRIVITI KONTRAK?


 PRIVITI KONTRAK

Apakah kesan suatu kontrak yang sah? Kepada siapa tanggungjawab kontrak ini boleh dilanjutkan? Apakah had perjanjian kontraktual ini? Inilah persoalan yang akan ditimbulkan dalam bab ini. Untuk itu kita melihat kepada dua aspek iaitu: perolehan hak oleh pihak ketiga dan pengenaan tanggungan ke atas pihak ketiga.

A. Kontrak tidak boleh memberi hak kepada pihak ketiga
 DUNLOP PNEUMATIC TYRE v SELFRIDGE & CO. LTD  [1915] AC 847
Perayu ialah pengeluar tayar kereta. Mereka telah menjual kepada sebuah firma factor iaitu Tetuan Dew & Co beberapa tayar atas kefahamanbahawa tayar ini tidak sepatutnya dijual pada harga yang lebih rendah dari harga yang ditetapkan. Responden membeli beberapa tayar dari Dew & Co dan dalam kontrak jualan, mengikat diri mereka untuk memenuhi syarat berkaitan harga; mereka seterusnya berjanji bahawa mereka akan membayar £5 sebagai gantirugi kepada perayu bagi setiap tayar yang dijual, atau ditawar untuk dijual, jika mungkir akujanji ini. Mereka menjual tayar di bawah harga yang ditetapkan. Perayu telah memohon untuk membuktikan bahawa Dew & Co telah memasuki kontrak sebagai ejen dan bagi pihak mereka.
House of Lords memutuskan bahawa perayu masih tidak boleh menguatkuasakan kontrak, kerana tidak ada balasan yang bergerak daripada mereka kepada responden. Lebih jelas lagi perayu bukan pihak kepada kontrak tersebut.

B. Kontrak tidak boleh mengenakan tanggungan kepada pihak ketiga
PRICE V. EASTON (1833) 4 B &Ad 433
W.P telah berhutang dengan Price sebanyak £13. Dia berjanji dengan Easton untuk bekerja dengan Easton dan sebagai balasan, Easton mengaku akan membuat pelepasan hutangnya dengan Price. Kerja telah dibuat oleh W.P, tetapi Easton tidak membayar wang itu kepada Price. Price mendakwa Easton.

Telah diputuskan bahawa Price tidak boleh mendapat kembali wang itu kerana dia bukanlah pihak kepada kontrak tersebut. 
APAKAH DIA PRIVITI KONTRAK? APAKAH DIA PRIVITI KONTRAK? Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 10:07:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.