APA ITU ANALISIS KERJA ?
ANALISIS KERJA
Analisis kerja
merupakan suatu proses pengumpulan maklumat tentang tugas, tanggungjawab, jenis
kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk melakukan sesuatu
pekerjaan yang berkenaan. Analisis tersebut akan membantu dalam perancangan,
pengrekrutan, latihan, penilaian prestasi dan pemberian ganjaran kepada pekerja
kelak.
Analisis kerja
akan menghasilkan dua output iaitu:
1. Huraian Kerja /
Deskripsi Kerja
Iaitu dokumen
formal yang menerangkan senarai tugas, tanggungjawab kerja dan maklumat tentang
identiti kerja.
Dokumen huraian
kerja ini meliputi aspek berikut:
i.
Identiti kerja
Merujuk kepada maklumat
seperti nama jawatan, lokasi kerja, penggredan, pihak yang menganalisis kerja,
tarikh kerja dianalisis, dan pihak yang mengesahkan analisis kerja tersebut.
ii.
Senarai tugas dan tanggungjawab kerja
Menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan semua skop kerja yang
perlu dilakukan.
Huraian kerja
akan memudahkan penstrukturan semula organisasi, melancarkan pelaksanaan kerja,
dan mengelakkan pertindihan kerja.
2. Spesifikasi
kerja
Menyatakan
maklumat tentang keupayaan, pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran dan
personaliti untuk melakukan sesuatu kerja.
Penentuan
Keperluan Sumber Manusia
Sumber tenaga
buruh yang diperlukan oleh organisasi boleh diperoleh dari sumber dalaman dan
sumber luaran.
Sumber Dalaman - Pekerja yang
sedia ada dalam organisasi yang diambil untuk mengisi kekosongan jawatan dalam
organisasi. Latihan yang bersesuaian dengan tugas baharu akan diberikan dan
pekerja tidak perlu melalui program induksi.
Kebaikan dan
keburukan sumber dalaman
Kebaikan
|
Keburukan
|
Mengurangkan kadar lantik henti kerana terdapat peluang kenaikan
pangkat
|
Tiada idea baru
|
Meningkatkan kesetiaan pekerja terhadap organisasi
|
Sukar untuk membuat perubahan dalam organisasi
|
Kos pengrekrutan, orientasi dan latihan dapat dikurangkan kerana
pekerja sudah biasa dengan persekitaran kerja dan proses perekrutan
dipermudahkan
|
Organisasi tidak berpeluang mendapat pengetahuan dan berkongsi
kepakaran pekerja dari luar
|
Sumber Luaran – terdiri
daripada tenaga buruh di luar organisasi, iaitu di pasaran buruh seperti
graduan university, pekerja di organisasi lain atau individu yang berdaftar
dengan agensi pekerjaan atau jabatan Sumber Manusia.
Kebaikan dan
keburukan sumber luaran
Kebaikan
|
Keburukan
|
Calon dari luar membawa idea baharu
|
Pekerja sedia ada tidak menerima calon baru
|
Calon dapat melakukan perubahan dengan mudah
|
Kos pengrekrutan dan latihan adalah tinggi
|
Calon mempunyai pengalaman yang boleh disalurkan ke dalam
organisasi
|
Pekerja baru mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri
|
Carta
Penggantian ialah carta yang mengandungi senarai pemegang jawatan semasa dan
calon pekerja yang bakal mengganti sekiranya berlaku kekosongan bagi sesuatu
jabatan.
Inventori Kemahiran ialah dokumen
yang mengandungi maklumat pekerja mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman
kerja, minat, kemahiran dan latihan yang pernah dihadiri oleh pekerja.
APA ITU ANALISIS KERJA ?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
2:18:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: