APAKAH DIA PEMASARAN SEBENARNYA?
DEFINISI PEMASARAN
Apakah yang dimaksudkan pemasaran? Apa beza pemasaran dan menjual?
Pelbagai definisi pemasaran telah
dibuat, antaranya:
Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan konsep ke atas harga,
promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses
pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan
mencapai objektif organisasi.
Charterd Institute of Marketing: Satu
proses pengurusan yang berperanan untuk mengecam, meramal dan memenuhi kehendak
pengguna dengan cara yang paling menguntungkan organisasi
Philip Kotler dan Gary Amstrong: Pemasaran ialah satu proses sosial
ataupun pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang
dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui
pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.
Konsep
Asas Dalam Pemasaran:
Meskipun begitu untuk memahami definisi Pemasaran konsep teras
berikut perlu difahami:
a. Keperluan
Manusia mempunyai keperluan yang sangat kompleks, termasuk
keperluan yang asas seperti makanan, pakaian, keselamatan dan kasih sayang.
Jika keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu akan berusaha untuk mencari
mendapatkan keperluan tersebut atau mengurangkannya.
b. Kehendak
Merupakan objek yang boleh memuaskan keperluan manusia dan
membolehkan manusia menikmati kehidupan yang selesa serta mewah. Kehendak
manusia terbentuk dari persekitaran budaya dan personaliti seseorang, dan ini
adalah terhasil dari keperluan asasnya.
c. Permintaan
Bilamana kehendak dapat disokong oleh kemampuan untuk
memiliki, kehendak ini dapat ditukarkan kepada permintaan. Pengeluaran perlu
mengetahui bilangan pengguna yang mampu membeli sesuatu produk itu.
d. Produk
Sebarang tawaran yang boleh memuaskan keperluan dan kehendak
pengguna. Produk wujud dalam bentuk barangan fizikal, perkhidmatan dan idea.
e. Nilai
Merupakan perbezaan antara faedah yang diperolehi dengan kos yang
ditanggung oleh pengguna untuk mendapatkan produk. Pengeluar akan menetapkan
harga kepada nilai sesuatu produk apabila memasarkan produk itu kepada
pengguna.
f. Pertukaran
Pertukaran merupakan satu aktiviti dimana satu produk atau
perkhidmatan yang diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran
oleh satu pihak yang lain dengan menepati syarat-syarat berikut:
- Dua pihak yang terlibat mempunyai barangan yang berbeza.
- Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan untuk membuat
pertukaran.
- Setiap pihak mampu untuk berkomunikasi antara satu sama
lain.
g. Urusniaga
Apabila wujudnya pertukaran dua barangan atau satu
perdagangan nilai antara dua pihak atau lebih, satu urusniaga telah berlaku.
Urusniaga boleh berlaku dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan.
h. Pasaran
Merupakan tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk
melakukan pertukaran.
Pemasaran adalah berkisar kepada
konsep-konsep yang tersebut di atas, tidak kira bagaimana ia didefinisikan.
Jualan bukannya pemasaran tetapi satu aktiviti yang mesti ada dalam konsep pemasaran.
APAKAH DIA PEMASARAN SEBENARNYA?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:20:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: