PERLUKAH KERELAAN DALAM BERKONTRAK ?
KERELAAN DALAM KONTRAK
Seksyen 10 Akta
Kontrak memperuntukkan bahawa perjanjian adalah kontrak jika ia dibuat secara
persetujuan bebas oleh pihak-pihak. Maksud
‘berkerelaan’ dihuraikan dalam s.13 sebagai ‘bersetuju mengenai satu perkara
yang sama dalam pengertian yang sama’
Manakala Seksyen 14 pula
memperuntukkan bahawa persetujuan adalah bebas bila tidak disebabkan oleh satu
atau lebih perkara-perkara berikut:
- Paksaan
- Pengaruh Tak Berpatutan
- Tipuan
- Salahnyataan
- Khilaf
Oleh
itu satu kontrak itu akan dianggap tidak dicapai dengan kerelaan bebas
kedua-dua pihak jika wujudnya unsur-unsur negatif yang dinyatakan diatas.
Kontrak batal (void)
terjadi apabila perjanjian tiada kesan undang-undang dari mula (void ab initio). Kontrak boleh batal (voidable)
pula didefinisi di bawah seksyen 2 (i) sebagai satu perjanjian yang boleh
dilaksana mengikut undang-undang pada opsyen satu atau lebih pihak dan tidak
pihak yang satu lagi. Mereka yang memasuki kontrak tanpa kerelaan bebas
mempunyai pilihan samada meneruskan kontrak atau membatalkan kontrak mereka keran
ia termasuk di bawah satu kontrak boleh batal.
PERLUKAH KERELAAN DALAM BERKONTRAK ?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:42:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: