PAKSAAN DALAM BERKONTRAK


PAKSAAN DALAM BERKONTRAK 
Sekiranya sesuatu kontrak dibuat atas sebab paksaan, apakah kontrak tu sah?

Definisi:
Apakah paksaan dalam berkontrak?
Dibawah S.15 Akta Kontrak Paksaan ialah:  ‘Melakukan atau ancaman untuk melakukan apa jua perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan, atau penahanan tidak sah atau ancaman untuk menahan, sebarang harta, secara memudaratkan sesiapa sahaja, dengan niat untuk menyebabkan sesiapa sahaja untuk membuat perjanjian’.
Contoh mudah ialah seperti kata-kata: kalau kau tak jual tanah ini seluruh keluarga mu aku akan cederakan. 

Dalam kes KESARMAL v VALLIAPA CHETTIAR [1954] MLJ 119
Fakta kes:
Pindahmilik tanah yang dilakukan atas arahan Sultan, dilaksanakan dengan kehadiran dua orang pegawai tentera Jepun semasa pendudukan Jepun
Keputusan:
Pindahmilik tersebut adalah tidak dengan persetujuan bebas dan tidak sah, oleh itu pindahmilik adalah boleh batal bagi pihak yang persetujuannya diabai.

Dalam kes CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN BHD v TAI KIM CHOO [1988] 2 MLJ 117
Fakta:
Responden telah membeli rumah yang tidak mengikut pelan yang akan dibina oleh Perayu. Setiap Responden telah memasuki perjanjian untuk membeli rumah pada harga RM 29,500.00. Kemudian Responden tersebut diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM 4,000.00, jika tidak Perayu akan membatalkan   tempahan rumah mereka. Mahkamah diminta menimbangkan samada bayaran itu dibuat atas kerelaan atau paksaan.
Keputusan:

Bayaran tersebut adalah dibuat dalam paksaan seperti mana dibawah s 15. 

Kesimpulannya, kontrak yang dimasuki secara paksaan adalah tidak sah kerana tidak ada kerelaan untuk berkontrak. Pihak yang persetujuannya dibaikan boleh memohon untuk membatalkan kontrak  tersebut. 
PAKSAAN DALAM BERKONTRAK PAKSAAN DALAM BERKONTRAK Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 9:29:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.