APAKAH PENDEKATAN PEMASARAN?
PENDEKATAN PEMASARAN
Secara umumnya terdapat lima pendekatan pemasaran yang boleh
dipilih oleh pengeluar untuk mengendalikan operasi pemasaran:
- Pendekatan Pengeluaran
- Pendekatan Produk
- Pendekatan Penjualan
- Pendekatan Pemasaran
- Pendekatan Pemasaran
Kemasyarakatan
Pendekatan Pengeluaran
Di bawah konsep
ini, pengguna dianggap sebagai mempunyai kecenderungan untuk memilih
keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah. Bertolak dari itu
pengurusan menekankan usahanya untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan
agihan. Konsep ini merupakan falsafah tertua yang diperkenalkan oleh
pemasar.
Konsep ini bersesuaian apabila permintaan sesuatu keluaran
melebihi penawaran yang memberi alasan kepada pihak pengurusan untuk
meningkatkan pengeluaran. Satu lagi dimana konsep pengeluaran ini sesuai
ialah apabila kos pengeluaran tinggi dan keluaran tersebut memerlukan
peningkatan produktiviti untuk menurunkan kos.
Konsep pengeluaran tidak
begitu sesuai dalam pemasaran moden kerana falsafah ini terlalu menekankan
kepada aspek-aspek pengeluaran dan agihan dan bukannya kepada keperluan pengguna.
Pendekatan Produk
Konsep keluaran
beranggapan bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran-keluaran yang
berkualiti tinggi, mempunyai banyak ciri rupa dan berprestasi tinggi.
Oleh sebab kepentingan utama diberikan kepada penghasilan keluaran bermutu
tinggi, penekanan usaha pengurusan mengarah kepada pembetulan dan pembaikan
keluaran yang berterusan.
Falsafah ini bukannya bersesuaian dengan setiap
segmen pasaran yang ada. Sebagai contoh,kebanyakan pemilik kereta tidak
mencari kenderaan terbaik di pasaran tetapi memadai dengan kenderaan yang
boleh dipercayai. Konsep keluaran boleh menghasilkan myopia pemasaran
kerana terlalu menekankan kepada keluaran dan bukannya penyelesaian masalah
yang dicari pengguna.
Pendekatan Jualan
Teras utama di
bawah konsep jualan ialah pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran yang
mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan
mempromosinya. Oleh itu organisasi yang berpegang kepada konsep jualan
mempunyai kecenderungan untuk melibatkan diri dengan teknik penjualan keras
(hard selling).
Sebagai contoh, individu yang menunjukkan kegemaran
terhadap sesuatu model kenderaan akan digesa untuk membuat keputusan pada masa
itu juga untuk mengelakkan daripada model itu dijual kepada orang lain.
Organisasi akan menggunakan banyak wang untuk mempromosikan keluaran melalui
media elektronik, cetak dan lain-lain lagi kerana pengurusan mempercayai bahawa
pelaburan ini akan menghasilkan jualan. Segala kelemahan keluaran disorok
bagi menghasilkan jualan dan kepuasan pengguna selepas jualan diabaikan.
Pendekatan Pemasaran Moden
Falsafah ini menerangkan bahawa pencapaian matlamat sesebuah
organisasi bergantung kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran
dan penyampaian kepuasan tersebut dengan lebih cekap dan berkesan daripada
saingan. Konsep pemasaran berbeza daripada konsep jualan dari beberapa
aspek:
Titik permulaan
|
Penekanan
|
Kaedah
|
Matlamat
|
|
Pendekatan Jualan
|
Kilang
|
Keluaran kini
|
Jualan dan promosi
|
Keuntungan melalui jumlah jualan
|
Pendekatan Pemasaran
|
Pasaran
|
Keperluan pengguna
|
Pemasaran bersepadu
|
Keuntungan melalui kepuasan pengguna
|
Konsep jualan
menekankan kepada keperluan penjual manakala konsep pemasaran menekankan kepada
keperluan pembeli. Penjual yang berpegang kepada falsafah jualan
menitikberatkan penukaran kepada wang ringgit. Konsep pemasaran memberi
penekanan kepada kepuasan pengguna melalui keluaran dan faedah-faedah lain yang
ditawarkan. Melalui konsep pemasaran, organisasi menghasilkan keluaran
yang dikehendaki oleh pengguna dan dengan itu berjaya menghasilkan keuntungan
dengan memuaskan kehendak pengguna.
Pendekatan Pemasaran
Kemasyarakatan
Di samping
memberi kepuasan kepada pengguna sasaran dengan lebih cekap dan berkesan dari
saingan, konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal
dan kebajikan pengguna dan masyarakat. Pemasar tidak boleh mengambil
tindakan sembarangan dalam mencapai objektif organisasinya tetapi perlu
mempertimbangkan tentang persekitaran, sumber yang terhad dan masalah kemiskinan
dan kelaparan.
Falsafah pemasaran kemasyarakatan ini memerlukan
organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara yang
terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangka masa panjang. Tidak
seperti konsep pemasaran, konsep ini memerlukan pemasar mengimbangi
antara kehendak jangka masa pendek dengan kebajikan pengguna dalam jangka
masa panjang. Syarikat yang mengeluarkan system airm panas bertenaga
suria sebenarnya menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mengurangkan pergantungan
kepada bekalan elektrik pusat yang memerlukan pembinaan empangan dan kerosakan
pada persekitaran.
APAKAH PENDEKATAN PEMASARAN?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:30:00 PTG
Rating:

tak faham langsung
BalasPadam