PENGARUH TAK BERPATUTAN
![]() |
Pengaruh tak berpatutan menjadikan kontrak boleh batal |
PENGARUH TAK
BERPATUTAN
Jika seseorang memasuki satu kontrak kerana ada tekanan dari orang yang mendominasinya, yang menjejaskan kemahuan untuk membuat keputusan sendiri, adakah kontrak tersebut sah?
Seseorang
plaintif boleh membatalkan kontrak atas alasan dia diberi tekanan untuk
memasuki kontrak melalui pengaruh seseorang yang boleh dilakukan ke atasnya.
Pengaruh Tak Berpatutan telah ditakrifkan dibawah
S 16 Akta Kontrak sebagai ‘ suatu
kontrak dikatakan didorong oleh pengaruh tidak berpatutan apabila pertalian di
antara kedua-dua pihak adalah sedemikian rupa dimana satu pihak berada di dalam
kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak yang lain dan mengunakan kedudukan itu
untuk memperolehi faedah yang tidak saksama keatas pihak lain’.
Dua elemen penting
ialah:
1. Dominasi kehendak
oleh satu pihak ke atas satu pihak yang lain
2. Mengunakan kedudukan
tersebut untuk memperolehi faedah tidak saksama
Seseorang
itu akan berada didalam kedudukan untuk menguasai kemahuan orang lain
didalam keadaan dimana:
1.
Dia memegang kuasa benar atau kuasa zahir (real or apparent) keatas orang lain
, cth: hubungan ibubapa-anak
MORLEY v LOUGHNAN
[1893] Ch 736
Satu tindakan telah
dibawa oleh pentadbir untuk mendapatkan kembali sejumlah £140,000 yang telah
dibayar oleh simati kepada ahli Exclusive Brethren dimana simati telah tinggal
untuk beberapa tahun, yang mana ia mendapat pengaruh agama di sini
Mahkamah semasa
memberikan penghakiman kepada plaintiff menyatakan bahawa adalah tidak perlu
untuk menentukan samada wujud atau tidak hubungan istimewa antara si mati dan
defendan. Ini kerana defendan telah mengambil milikan, untuk bercakap mengenai
keseluruhan hidup si mati. Pemberian oleh si mati bukan dari kehendak bebas
beliau tetapi kesan dari pengaruh dan dominasi.
2.
Dia berada didalam perhubungan amanah (fiduciary relation) dengan orang lain
itu, cth : hubungan peguam – anak guam, pemimpin spiritual – pengikut
ALLCARD v SKINNER
(1887) 36 Ch D 145
Plaintif telah diperkenal oleh penasihat rohaniah dan
paderinya kepada defendan, iaitu seorang wanita berpangkat dalam sebuah
komuniti protestant yang bergelar ‘Sisters of the poor’. Plaintif seterusnya
berikrar menjadi ahli dlam komuniti tersebut dan terikat untuk mengamati
peraturan-peraturan kemiskinan,
kesucian,dan kepatuhan. Peraturan kemiskinan mengikatnya supaya menyerahkan
segala kepunyaan duniawinya, dan peraturan kepatuhan mengikatnya agar jangan
memohon nasihat orang di luar komuniti tanpa izin. Dalam tahun 1872, dia
memiliki beberapa saham yang hak miliknya telah dipindahkan kepada defendan
sebagai orang yang berpangkat di dalam komuniti tersebut. Dia juga membuat
wasiat yang memihak kepada defendan. Dalam tahun 1879, dia meninggalkan
komuniti dan ajaran tersebut. Dia dengan segera membatalkan wasiat tersebut
tetapi tidak mengambil langkah segera untuk mendapatkan semula hartanya yang
dipindahmilik kepada defendan sehinggalah enam tahun kemudian baru dia
memulakan tindakan.
Oleh sebab beliau
lambat bertindak untuk mendapatkan semula hartanya selepas bebas daripada
pengaruh defendan, maka ia telah menerima pindahmilik itu tanpa bantahan. Oleh
itu tuntutannya telah terhalang oleh sebab penerimaan ini.
TATE v WILLIAMSON
(1886) L.R 2 Ch App 55
Seorang
mahasiswa Oxford, T, berumur 23 tahun telah didesak untuk membayar hutang
kolejnya yang berjumlah £1000. Oleh kerana hubungan dengan bapanya yang
renggang, dia meminta nasihat dari datuk saudaranya bagaimana dia patut
berusaha untuk membayar hutang itu. Datuk saudaranya tidak dapat memberi
nasihat secara persendirian kerana kurang sihat, tetapi dia meminta wakil
defendan, anak saudaranya untuk berbuat demikian. Pelbagai perbualan terjadi
antara T dengan defendan. T menyatakan hasratnya untuk menjual estetnya dan
defendan menawarkan untuk membeli dengan harga £7000. Sebelum jual beli selesai
defendan telah mendapat lapuran dari juruukur bahawa nilai harta tersebut ialah
£20,000. Defendan tidak memberitahu fakta ini kepada T sebaliknya meneruskan
jual beli tersebut. Setahun kemudian, T telah meninggal dunia kerana minum arak
berlebihan.
Diputuskan
bahawa jual beli itu mesti diketepikan. Defendan, semasa diminta menjadi
penasihat bertindak demikian kerana hubungan sulitnya dengan T. ini
menghalangnya dari bertindak sebagai pembeli yang akan mengambil kita faktor
nilai semasa harta tersebut.
3.
Dimana ia membuat kontrak dengan seseorang yang keupayaan akalnya terjejas oleh
sebab usia, penyakit, penderitaan akal atau jasmani, sama ada sementara atau
kekal
POLYGRAM RECORDS SDN
BHD v THE SEARCH & ANOR [1994] 3 MLJ 127
INCHE NORIAH V SHEIKH
ALLIE [1929] AC 127
Seorang wanita Melayu
yang tua dan buta huruf telah melaksanakan hibah sekeping tanah di Singapura
kepada anak saudaranya yang mana anak saudaranya yang selama ini menguruskan
hal ehwal dirinya. Sebelum melaksanakan pemberian tersebut, beliau telah
mendapatkan khidmat nasihat dari seorang peguam yang bertindak secara suci
hati. Walaubagaimanapun peguam tersebut
tidak sedar bahawa pemberian tersebut telah memindahkan keseluruhan harta wanita itu
keseluruhannya. Malah beliau tidak menasihatkan wanita itu supaya membuat
wasiat sebagai cara yang lebih baik.
Diputuskan bahawa
pemberian itu hendaklah diketepikan kerana anggapan pengaruh tak berpatutan
yang wujud atas hubungan yang baik antara kedua pihak tidak dapat disangkal.
Mahkamah
memutuskan didalam kes RAGUNATH PRASAD v SARJU PRASAD, AIR 1924 PC 60 bahawa
tiga situasi yang perlu diambil kira dalam menentukan pengaruh tidak
berpatutan:
- Perhubungan yang wujud diantara kedua-dua pihak mestilah hubungan
dimana salah satu pihak berada dalam kedudukan menguasai kemahuan pihak
yang satu lagi
- Isunya sama ada kontrak yang telah dimasuki telah dikenakan dengan
unsur pengaruh tidak berpatutan
- Beban membuktikan bahawa kontrak tersebut tidak dikenakan unsur
pengaruh tidak berpatutan adalh terletak keatas pihak yang berada didalam
kedudukan menguasai pihak yang satu lagi.
Setiap
kontrak yang mengandungi elemen pengaruh tidak wajar membolehkan pihak yang di
pengaruhi itu mempunyai pilihan sama ada untuk membatalkan kontrak secara mutlak
atau bersyarat berdasarkan Seksyen 20 Akta Kontrak.
PENGARUH TAK BERPATUTAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
9:36:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: