SSPN-i Plus

PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA

 
Pengambilan Pekerja
PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA


Pengambilan tenaga manusia melibatkan beberpa proses seperti merekrut, pemilihan, penawaran kerja dan induksi.

Carta aktiviti Pengambilan Sumber Manusia 


Merekrut
Pengrekrutan ialah proses mencari atau mendapatkan serta menggalakkan individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan. Ia bertujuan untuk membolehkan pengurus memilih calon terbaik daripada sekumpulan calon yang memohon sesuatu jawatan.

Sumber pengrekrutan terdiri dari sumber dalaman dan luaran. Pengrekrutan sumber dalaman boleh dibuat melalui pengumuman kerja di papan kenyataan, risalah organisasi atau e-mel, pencalonan daripada pengurus dan penyelia serta rujukan pekerja.

Pengrekrutan sumber luaran pula boleh dibuat melalui:
  1. Pengiklanan jawatan kosong di surat khabar, majalah, radio, televisyen dan internet.
  2. Agensi pekerjaan swasta dan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia
  3. Permohonan sendiri oleh calon dengan menulis surat pertanyaan
  4. Institusi pengajian tinggi semasa hari kerjaya dan pengrekrutan kampus
  5. Rujukan pihak tertentu

Tindakan menarik minat:
  1. Iklan – kaedah ini digunakan untuk menarik pekerja dari luar.
  2. Head-hunting – firma yang membantu organisasi mencari pekerja yang sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan. Biasanya untuk jawatan professional atau jawatan utama organisasi.
  3. Walk-in – calon boleh menghadiri temuduga yang diadakan di sesuatu tempat

Pemilihan
Pemilihan merupakan satu proses menilai dan memilih calon paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan.

Proses pemilihan melibatkan proses atau langkah seperti berikut:
1.    Mengisi Borang Permohonan
Calon yang memohon sesuatu jawatan perlu terlebih dahulu mengisi borang permohonan. Sesetengah organisasi memerlukan pemohon menghantar curriculum vitae (cv)/resume.
Borang permohonan dapat digunakan untuk:
              i.        Mendapatkan maklumat tentang latarbelakang dan kelayakan calon seperti butir peribadi, pendidikan, kemahiran, pengalaman kerja.
             ii.        Memastikan maklumat yang dikemukakan oleh calon selaras dengan huraian kerja
            iii.        Sebagai sumber rujukan untuk keperluan organisasi sekiranya calon diambil bekerja.
2.    Semakan rujukan
Semakan rujukan dilakukan dengan menghubungi perujuk yang diberi oleh calon untuk mengesahkan maklumat yang diberi dalam borang permohonan. Perujuk boleh terdiri dari penyelia di organisasi lama atau bekas tenaga pengajar yang mengenali calon.
3.    Temuduga
Merupakan kaedah pemilihan yang biasanya dilakukan oleh organisasi secara bersemuka antara calon dan majikan. Tujuan temuduga dijalankan adalah untuk menguji kemahiran komunikasi, melihat penampilan diri pemohon dan mendapatkan maklumat tambahan pemohon yang tiada dalam borang permohonan.

Temuduga boleh dilakukan dengan beberapa cara, iaitu:
i.      Temuduga berstruktur – soalan yang standard untuk semua calon
ii.     Temuduga tidak berstruktur – soalan lebih terbuka dan subjektif
iii.    Temuduga situasi – calon diberi satu situasi dan dikehendaki member maklum balas terhadap situasi tersebut
iv.   Temuduga panel – temuduga dijalankan oleh sekumpulan panel iaitu beberapa orang penemuduga
v.    Temuduga berkomputer – calon diuji dengan satu set soalan melalui komputer

Ujian Penilaian
Ujian penilaian dijalankan untuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak dengan mengukur kemahiran, pengetahuan dan keupayaan mental serta fizikal calon. Antara ujian yang dijalankan ialah:
  • Ujian prestasi – untuk menentukan keupayaan sebenar pemohon seperti ujian menaip, memandu, penggunaan mesin dan komputer
  • Ujian keupayaan kognitif (mental)
  • Ujian poligraf (pengesan bohong)
  • Ujian perwatakan (intergriti)
  • Ujian keupayaan fizikal

Penawaran Kerja
Tawaran kerja akan dibuat kepada calon yang layak setelah pemilihan dibuat melalui surat rasmi atau panggilan telefon. Calon perlu mengesah sama ada menerima tawaran kerja tersebut atau tidak dalam satu tempoh yang ditetapkan.
Jika calon menerima tawaran kerja tersebut, surat tawaran kerja yang mengandungi syarat-syarat perkhidmatan akan dihantar. Syarat-syarat ini akan menjadi satu kontrak pekerjaaan yang dikenali sebagai ‘kontrak perkhidmatan’ atau ‘contract of service’. Undang-undang mengenai pekerjaan hanya akan mengiktiraf pekerja yang ada kontrak perkhidmatan dalam menentukan hak dan tanggungjawab mereka.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:
  • Jawatan yang ditawarkan
  • Tarikh mula bekerja
  • Gaji
  • Faedah-faedah sampingan
  • Waktu dan tempat bekerja
  • Peraturan dan syarat kerja
  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Cuti tahunan dan cuti sakit

Induksi
Induksi adalah satu program orientasi untuk memberi pendedahan awal kepada pekerja baharu supaya mereka dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baharu dalam organisasi.

Tujuan Program Induksi:
  1. Mengurangkan perasaan cemas dan bimbang di kalangan pekerja baharu serta memberi keselesaan kepada mereka.
  2. Membolehkan pekerja baharu menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.
  3. Memupuk perhubungan yang mesra dengan pekrja lain dalam organisasi.
  4. Meningkatkan keyakinan bekerja dan membentuk tanggapan positif terhadap organisasi.

Kandungan Program Induksi
  1. Latabelakang organisasi seperti struktur organisasi, polisi dan peraturan, sejarah, budaya dan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi.
  2. Spesifikasi tugas dan tanggungjawab utama serta hubungan dengan tugas-tugas bahagian lain
  3. Ganjaran dan faedah seperti bonus, elaun kerja lebih masa, faedah-faedah seperti perubatan, cuti bersalin dan sebagainya.
  4. Pengenalan kepada rakan kerja, penyelia, ketua jabatan dan pengurus atasan.

Pelaksanaan program dan masalahnya
Masalah yang timbul biasanya melibatkan kecekapan kakitangan atau pegawai yang mengendalikan program, kos yang tinggi dan kerjasama dari pihak pengurus atasan.

Perkara ini boleh diatasi dengan menempatkan pegawai yang khusus dan terlatih ataupun mendapatkan khidmat pakar dari luar untuk mengendalikan program induksi. Pengurus atasan biasanya sukar melepaskan kakitangannya untuk menghadiri program induksi kerana kekurangan sumber untuk mengendalikan tugasan yang telah diatur. Hal ini boleh diatasi dengan mengadakan induksi sebelum kakitangan baru memulakan tugas atau menghadkan tugasan kakitangan tersebut sehinggalah ia telah menjalani latihan induksi.

Masalah kos juga boleh diatasi dengan cara seperti membuat program berdasarkan modular. Apabila ia melibatkan kandungan modul yang bersifat umum mengenai organisasi seperti latarbelakang, carta organisasi dan ganjaran ia diadakan bersama-sama jabatan lain, tetapi apabila melibatkan spesifikasi tugas ia diadakan berasingan di tempat kerja mereka pad waktu bekerja. Ini boleh menijmatkan kos makan, penginapan, pengankutan dan jurulatih. 
PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 9:07:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.