PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
Pengurusan
merupakan proses menentukan dan mencapai matlamat melalui perlaksanaan
fungsi-fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpimpinan dan
kawalan dengan menggunakan sumber manusia, kewangan, bahan dan peralatan secara
cekap dan berkesan.
Pengurusan
melibatkan proses merancang, mengorganisasi, meimpin dan mengawal kesemua ahli
organisasi untuk mencapai objektif organisasi. Ia adalah proses berterusan yang
menumpu pada pencapaian matlamat melalui kerjasama dengan sumber-sumber
organisasi. Pengurusan adalah penting bagi mencapai objektif organisasi.
1. FUNGSIAN PENGURUSAN
Fungsi
pengurusan meliputi empat fungsi utama iaitu perancangan, pengorganisasian,
kepimpinan dan pengawalan. Kesemua fungsi tersebut saling berkait dalam
mencapai matlamat organisasi.
Fungsi-fungsi
pengurusan
1. Perancangan
Proses menentukan matlamat organisasi dan membentuk
tindakan-tindakan susulan yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Perancangan adalah asas kepada fungsi-fungsi pengurusan yang lain.
|
2. Pengorganisasian
Proses mengatur dan menyelaras tugas -tugas dan sumber – sumber
organisasi untuk melaksanakan pelan tindakan bagi mencapai matlamat
organisasi.
|
3. Kepimpinan
Proses mempengaruhi dan memberi motivasi kepada pekerja untuk
melakukan tugas supaya objektif organisasi dapat dicapai.
|
4. Pengawalan
Proses menilai prestasi organisasi dan mengambil tindakan
pembetulan jika perlu agar matlamat dapat dicapai dengan berkesan. Fungsi ini
berkait rapat dengan perancangan.
|
Hubungkait
antara fungsian pengurusan
2. KEBERKESANAN
DAN KECEKAPAN
Keberkesanan
bermaksud melakukan sesuatu yang betul. Konsep ini berkaitan dengan pencapaian
matlamat. Kecekapan ialah proses memaksimumkan hasil dengan kos yang minimum.
Ia bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul. Konsep kecekapan berkait
dengan penggunaan sumber atau input yang sedia ada secara optimum tanpa
pembaziran.
..... bersambung
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:23:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: