SSPN-i Plus

TAHU TAK PUASA ITU APA?


PERKARA - PERKARA PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH ORANG BERPUASA

1. PENGERTIAN PUASA
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri.
Dari segi syarak puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga matahari terbenam

2. HUKUM PUASA
Hukum berpuasa ada beberapa jenis:
  1. Wajib:
    1. Puasa di bulan Ramadan
    2. Puasa qada
    3. Puasa nazar

  1. Sunat
    1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal
    2. Puasa hari Isnin dan hari Khamis
    3. Puasa tiga hari setiap bulan iaitu 13, 14, dan 15
    4. Puasa pada 9 dan 10 Muharram

  1. Makruh
    1. Puasa sunat hanya pada hari Jumaat atau hari Sabtu
    2. Puasa sepanjang tahun

  1. Haram
    1. Puasa pada hari raya aidilfitri dan aidiladha
    2. Puasa pada hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah
    3. Puasa pada hari syak iaitu 30 Syaaban

3. DALIL PUASA
Firman Allah S.W.T

“        “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orangyang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183) 
Hadis Rasulullah s.a.w
Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“          " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."    


4. PERKARA - PERKARA PENTING YANG PERLU DIKETAHUI OLEH SETIAP ORANG YANG BERPUASA

Sebelum seseorang berpuasa adalah dituntut mengetahui perkara-perkara berikut:

  1. Syarat wajib puasa
  2. Syarat sah puasa
  3. Rukun puasa
  4. Perkara-perkara yang sunat bagi orang puasa
  5. Perkara-perkara yang makruh
  6. Perkara-perkara yang membatalkan puasa


4.1 Syarat Wajib Puasa

  1. Berakal – tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan
  2. Baligh
  3. Islam
  4. Kuasa berpuasa – dikecualikan orang sakit, orang tua

4.2 Syarat Sah Puasa

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Suci dari haid dan nifas
  4. Niat
  5. Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa



4.3 Rukun Puasa

  1. Niat di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat untuk sebulan:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa sebulan kerana Allah Taala"

  1. Meninggalkan semua perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


4.4 Perkara-Perkara Sunat

  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin masuk waktu
  2. Makan sahur walaupun sedikit
  3. Melambatkan makan sahur iaitu selepas tengah malam dan sebelum waktu Imsak
  4. Berbuka dengan buah tamar atau benda-benda manis
  5. Memperbanyakkan membaca al-Quran
  6. Memperbanyakkan sedekah
  7. Beritikaf di dalam masjid
  8. Menghadiri majlis-majlis ilmu
  9. menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa


4.5 Makruh Semasa Berpuasa

  1. Bersugi/memberus gigi selepas tergelincir matahari
  2. Mencium, berpeluk secara berlebihan dengan isteri
  3. Mencium bau-bauan samada wangi atau busuk
  4. Merasa makanan
  5. Mengeluarkan darah seperti berbekam
  6. berlebihan berkumur-kumur


4.6 Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

  1. Memasukkan sesuatu jauh ke dalam rongga seperti mulut, hidung, telinga tau lubang kemaluan dengan sengaja
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Mengeluarkan mani dengan sengaja
  4. Datang haid atau nifas
  5. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa, ia juga ada hukum membayar kifarah)
  6. Murtad
  7. Gila


5. GOLONGAN YANG HARUS BERBUKA PUASA

  1. Orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
  2. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
  3. Orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
  4. Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang membahayakan dirinya jika berpuasa
  5. Pewrempuan mengandung yang bimbangkan kesihatannya atau kandungannya
  6. Peremouan yang menyusukan anak
  7. Orang yang bekerja kuat sepanjang tahun


6. QADA, FIDYAH DAN KIFARAT PUASA

Qada Puasa bermaksud mengerjakan semula puasa yang tidak sah, yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada hari lain

Fidyah puasa bermaksud memberikan secupak makanan asasi sesebuah Negara kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan

Kifarat Puasa bermaksud denda yang dikenakan kepada suami kerana melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari dalam bulan Ramadan

Jadual menunjukkan golongan yang wajib qada puasa saja, wajib fidyah saja, wajib qada dan fidyah dan wajib qada dan kifarah

Wajib qada saja

1. Sakit yang memberi mudarat jika berpuasa
2. Musafir yang diharuskan syarak
3. Perempuan yang datang haid atau nifas
4. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak kerana bimbang akan kesihatan dirinya

Wajib fidyah saja

1. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
2. Orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
3. Orang yang bekerja kuat sepanjang tahun

Wajib qada dan fidyah

1. Orang yang lewat mengqadakan puasanya hingga tiba Ramadan tahun berikutnya
2. Perempuan yang mengandung yang bimbang keselamatan diri dan kandungannya
3. Perempuan yang menyusukan anak yang bimbang kesihatan diri dan anaknya
4. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak yang bimbang kesihatan anaknya sahaja

Wajib qada dan kifarat

1. Suami yang melakukan persetubuhan dengan isterinya dengan sengaja pada siang hari di Bulan Ramadan
Kifaratnya:
a. memerdekakan seorang hamba
b. berpuasa selama 60 hari berturut-turut
c. memberi makan kepada 60 orang fakir miskin



TAHU TAK PUASA ITU APA? TAHU TAK PUASA ITU APA? Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 11:19:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.