PROSES PEMASARAN
PROSES PEMASARAN
Proses Pemasaran merujuk kepada proses-proses
berikut:
a. Menilai Peluang-Peluang Pemasaran
Melibatkan aktiviti penyelidikan pemasaran untuk mengumpulkan
maklumat tentang persekitaran pemasaran seperti demografi, ekonomi, social,
budaya, teknologi, undang-undang dan politik yang akan mempengaruhi jualan atau
saiz pasaran produk dan keuntungan organisasi.
b. Memilih Sasaran Pasaran
Melibatkan aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan
perletakan pasaran. Peringkat ini amat penting dalam menentukan sejauh
mana proses pemasaran yang dijalankan
dapat membantu organisasi mencapai keseluruhan objektif strategik.
c. Membina Campuran Pemasaran
merujuk kepada penggabungan aktiviti empat elemen pemasaran, iaitu
produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi untuk mempengaruhi permintaan
produk.
d. Mengurus Usaha Pemasaran
Organisasi perlu mengorganisasi sumber pemasaran, melaksanakan dan
mengawal rancangan pemasaran. Organisasi harus membentuk jabatan pemasaran yang
mampu melaksanakan rancangan pemasaran dengan cekap dan berkesan.
PROSES PEMASARAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:43:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: