AKTIVITI DAN PELAKU EKONOMI
AKTIVITI DAN PELAKU EKONOMI
Terdapat empat pelaku ekonomi, iaitu
sektor isi rumah, sektor firma, sektor kerajaan dan sektor luar Negara.
Keempat-empat sektor ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Isi Rumah
Isi rumah adalah unit penggunaan dalam
ekonomi yang terdiri dari seorang individu, sekumpulan individu atau sebuah
keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah dan membuat keputusan ekonomi.
Isi rumah menghadapi masalah
kekurangan pendapatan dan mengumpulkan pendapatan ahli-ahlinya untuk melakukan
perbelanjaan yang diperlukan. Isi rumah memiliki sumber ekonomi seperti buruh,
modal, tanah dan usahawan serta menawarkan sumber tersebut kepada firma dan
kerajaan.
Sebagai balasan, isi rumah menerima
pendapatan faktor daripada firma dan kerajaan. Seterusnya, isi rumah
membelanjakan pendapatannya ke atas barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh firma dan membayar cukai kepada kerajaan.
Firma
Firma ialah unit organisasi yang
merancang bagaimana sumber ekonomi yang terhad harus digunakan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Firma meliputi pelbagai unit perniagaan
samada perniagaan tunggal, perkongsian, syarikat sdn bhd, syarikat awam berhad
dan koperasi.
Firma meminta sumber ekonomi daripada
isi rumah untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Firma menawarkan barang
dan perkhidmatan kepada isi rumah dan kerajaan. Dengan demikian, firma
memperoleh pendapatan dalam bentuk hasil jualan. Firma juga perlu membayar
cukai pendapatan kepada kerajaan iaitu sejumlah peratus yang ditetapkan oleh
undang-undang atas dasar pendapatan firma. Contohnya bagi syarikat sendirian
berhad dikenakan 25% dari pendapatan tahunan syarikat.
Kerajaan
Kerjaan adalah badan yang merancang,
menurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi sesebuah Negara bagi tujuan
menstabilkan dan membangunkan ekonomi. Kerjaan memperolehi pendapatan dengan
memungut cukai daripada isi rumah dan firma. Kerjaan meminta sumber ekonomi
daripada isi rumah dan meminta barangan dan perkhidmatan daripada firma.
Kerjaan juga membekalkan barang awam kepada isi rumah dan firma.
Sektor Luar Negara
Sektor luar Negara merujuk kepada
sektor yang menjalankan urus niaga perdagangan antarabangsa. Firma akan
mengeluar dan mengeksport barang dan perkhidmatan ke Negara lain yang
seterusnya dibeli oleh isi rumah di Negara tersebut. Sebaliknya, isi rumah
tempatan akan mengimport barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma di
Negara lain.
AKTIVITI DAN PELAKU EKONOMI
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:27:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: