AMALAN DAPAT PAHALA DIHARI RAYA
AMALAN PADA HARI RAYA
1.
Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Mengerjakan Solat Hari Raya.
Mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w
adalah pada hari Jumaat , Hari Arafah , Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Imam
Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;
أَنَّّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَاْنَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ
“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”. (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar ini adalah soheh)
أَنَّّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَاْنَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ
“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”. (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar ini adalah soheh)
2.
Memakai Pakaian Baru .
Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh
penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru,cantik dan
sedondon.Memakai baju baru juga perlu dilakukan penuh kesedaran betapa
banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di hari mulia itu.
Berdalilkan
hadis dari Hasan bin Ali r.a. –cucu Rasulullah- yang menceritakan; “Rasulullah
s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai pakaian sehabis elok
yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling harum yang kami perolehi dan
supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki”.
(Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani).
Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.
Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.
3.
Makan Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya
Diriwayatkan
dari Ibnu Buraidah dari bapanya r.a. (seorang sahabat) yang menceritakan;
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada hari raya fitrah melainkan
setelah baginda makan dan baginda tidak makan pada hari raya korban melainkan
setelah beliau pulang”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dan at-Tirmizi. Hadis ini adalah
hasan menurut Imam Nawawi)
Hadis daripada Anas r.a berkata :
Hadis daripada Anas r.a berkata :
" Biasanya Rasulullah s.a.w sebelum pergi
solat Aidilfitri , terlebih dahulu baginda makan beberapa biji kurma " (
hadith Riwayat al- Bukhari , bab al'-Aid)
4.
Memperbanyakkan Takbir
firman Allah S.W.T
"Dan menyebut dengan lidah dan hatinya nama
Tuhannya serta mengerjakan solat " (surah al-'Ala:15)
5.
Memberi Sedekah Kepada yang Memerlukan
Diceritakan daripada Anas,
Rasulullah s.a.w melakukan solat Aidilfitri dua
rakaat, Beliau tidak solat sebelum atau selepasnya kemudian baginda pergi ke
tempat perempuan bersama bilal.Baginda menyuruh mereka bersedekah.Maka mereka
bersedekah.Ada yang menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang menyedekahkan
kalungnya (Hadith Riwayat al - Bukhari , bab al - 'Aid)
6.
Menghidupkan amalan ziarah menziarahi.
Amalan ini wajar diteruskan supaya saling kenal
mengenali diantara sanak saudara dan rakan taulan.Kalau amalan ini tidak
dihidupkan kemungkinan besar sanak saudara tidak mengenali satu sama
lain.lebih2 lagi pertalian darah yang jauh dan sering tidak berjumpa.
7.
Masa Untuk Bermaafan
Jangan ada rasa malu dan ego untuk meminta maaf dan
hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita.
Begitu juga janganlah keras hati atau sombong untuk
memberikan kemaafan kepada mereka yang memohon.Setiap orang pasti ada melakukan
kesilapan dalam hidup termasuk diri kita sendiri.
8.
Mengucapkan Selamat dan Mendoakan kebaikan Antara Satu Sama Lain.
Terutama lafaz yang mengandungi pengertian
semoga amalan puasa diterima Allah sebagaimana dilakukan pada zaman Rasullulah
s.a.w
Digalakkan
pada hari raya mengucapkan tahniah sempena kedatangan hari raya, melahirkan
rasa gembira dan seronok dan bersalam-salaman sesama kaum muslimin. Mengucapkan
tahniah bersempena kedatangan hari raya adalah amalan para sahabat, oleh itu ia
disyari’atkan. Al-Hafidz ibnu Hajar berkata; kami meriwayatkan dengan sanad
yang baik (hasan) dari Jubair bin Nufair yang menceritakan; “Adalah para
sahabat Rasulullah s.a.w. apabila saling bertemu pada hari raya, maka berkata
sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain; ‘Semoga Allah menerima dari kami
dan dari kamu’”. (Fathul-Bari ‘ala Soheh al-Bukhari)
Adapun galakan bersalam-salaman adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bersabda; “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa, lalu mereka berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah lagi”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Anas r.a. dengan sanad yang soheh menurut Imam Nawawi)
Mengenai galakan menzahirkan kegembiraan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan; “Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah sedekah bagimu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a.)
Adapun galakan bersalam-salaman adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bersabda; “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa, lalu mereka berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah lagi”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Anas r.a. dengan sanad yang soheh menurut Imam Nawawi)
Mengenai galakan menzahirkan kegembiraan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan; “Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah sedekah bagimu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a.)
Adakah harus mendengar nyanyian dan berhibur pada hari raya?
Ya, harus dengan syarat nyanyian dan hiburan yang bersih dari maksiat dan munkar. Syeikh Ali as-Shobuni berkata; “Oleh kerana hari-hari raya adalah hari keseronokan dan kegembiraan bagi kanak-kanak dan orang dewasa, lelaki dan juga wanita, maka Syarak telah mengharuskan hiburan yang bersih dan permainan yang tidak ada sebarang unsur maksiat padanya, bertujuan untuk menimbulkan kegembiraan dalam hati sekelian manusia, supaya mereka merasai kebesaran hari raya dan keindahannya”.
Saidatina Aisyah r.a. menceritakan; “Abu Bakar masuk kepadaku sedang bersamaku dua orang budak perempuan Ansar yang sedang menyanyi dengan syair/ungkapan yang saling diucapkan (antara dua puak) Ansar (yakni ‘Aus dan Khazraj) dalam peperangan Bu’ats. Aisyah menerangkan; mereka berdua bukanlah penyanyi. (Melihat hal tersebut), Abu Bakar lantas berkata; “Apakah serunai-serunai syaitan di rumah Rasulullah?”. Hari itu adalah hari raya. Maka Rasulullah s.a.w. berkata; “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
AMALAN DAPAT PAHALA DIHARI RAYA
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:39:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: