LAKUKAN SOLAT SUNAT TASBIH SETAHUN SEKALI
SOLAT SUNAT TASBIH
1.
PENDAHULUAN
Solat ini
disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300
kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau
boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali
dalam seumur hidup.
.
Solat
sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin
Muththalib. Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu
mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka
lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun
sekali atau seumur hidup sekali .“ (HR. A bu Daud
dan Ibnu Majah )
.
Solat
Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari
awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar,
nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada
Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah
bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas,
bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan
kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya
Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang
baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang
tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat
empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah
dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan
surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “Ø³Ø¨ØØ§Ù† الله
والØÙ…د لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah
Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk
dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali.
Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika
sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud
sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi.
Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat
kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat
berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu
lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap
hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada
setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak
mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur
hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
.
.
2. CARA MENDIRIKAN SOLAT SUNAT TASBIH
.
Solat
sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu
didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat
itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus
diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap
rakaat jumlah tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih
yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali.
.
Caranya;
.
1. Niat
Solat Sunat Tasbih:
a)
Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
(Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua
raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
.
b)
Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
(Sahaja
aku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
.
2.
Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
1. Rakaat 1:
Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
2. Rakaat 2:
Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
3. Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
4. Rakaat 4:
Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
3. Bacaan
Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian
bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;
Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi
Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah
tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
.
4.
Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi
tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah
kepergerakan seterusnya.
.
5.
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
§ Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah,
kita baca 15 kali tasbih
§ Rukuk – 10 kali tasbih
§ Iktidal – 10 kali tasbih
§ Sujud pertama – 10 kali tasbih
§ Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
§ Sujud kedua – 10 kali tasbih
§ Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk
diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
6.
Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada
rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300
tasbih.
7.
Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan
di tempat berikutnya.
.
8.
Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari)
setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
.
RINGKASAN
CARA SEMBAHYANG SOLAT SUNAT TASBIH
LAKUKAN SOLAT SUNAT TASBIH SETAHUN SEKALI
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:34:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: