DAH BAYAR ZAKAT FITRAH
ZAKAT
FITRAH
1. PENGERTIAN
ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
2. SYARAT
WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib
mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu
yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada
malam dan pagi hari raya.
2. Anak
yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas
terbenam matahari.
3. Memeluk
Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan
Islamnya.
4. Seseorang
yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
3. KAEDAH
PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran
zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang
mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
"...Adalah
kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat
fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu
gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu
gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian
sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal
ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar,
maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat,
bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah
itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap
mengeluarkannya sebagaimana mulanya" -
Riwayat Muslim
4. KADAR
FITRAH
Kadar fitrah ialah
satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini
berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
5.
WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2.
Waktu Yang Paling Afdhal - Sebelum sembahyang Hari Raya
3.
Waktu Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
4.
Waktu Makruh - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada
satu Syawal
5.
Waktu Haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal
DAH BAYAR ZAKAT FITRAH
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:33:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: