Analisis SWOT
Analisis
SWOT
Analisis
SWOT merupakan satu kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman yang akan dihadapi oleh sesebuah organisasi.
Analisis SWOT mengambil kira kekuatan dan kelemahan sebagai faktor dalaman
organisasi. Manakala, peluang dan ancaman sebagai faktor luaran organisasi.
Tujuan
utama analisis SWOT adalah untuk mengambil kesempatan daripada kekuatan
syarikat dan meminimumkan kelemahannya. Ia juga mementingkan peluang yang ada
pada persekitaran dan cuba mengelakkan segala ancaman yang akan dialami oleh
syarikat.
Kekuatan
(strengths)
Apabila
melaksanakan analisis SWOT penilaian terhadap kekuatan diberikan tumpuan
terlebih dahulu. Contoh kekuatan ialah jenama produk yang telah lama dikenali
oleh pengguna, modal syarikat yang banyak, syer pasaran yang kuat, produk
baharu yang inovatif, kualiti produk yang tinggi serta pengagihan yang cekap
dan berkesan.
Kelemahan
(weaknesses)
Kelemahan
merupakan faktor dalaman yang boleh menjejaskan perkembangan syarikat. Contoh
kelemahan ialah jenama produk yang tidak terkenal, modal syarikat yang terhad,
syer pasaran kecil, kos pengeluaran tinggi, kualiti produk yang rendah,
reputasi syarikat yang tidak baik dan lokasi perniagaan yang kurang strategic.
Peluang
(opportunities)
Contoh
peluang melibatkan pengalihan kepada segmen pasaran baharu yang menguntungkan,
perkembangan usaha pemasaran nbahru seperti pemasaran internet, penggabungan
beberapa buah syarikat, penggunaan teknologi baharu dan kelemahan pesaing yang
sedia ada.
Ancaman
(threats)
Contoh
ancaman ialah kemasukan pesaing baharu yang kuat dan terkenal dalam pasaran,
pengenalan produk baharu yang inovatif oleh pesaing, persaingan harga serta
peningkatan cukai.
Strategi
Pemasaran
Apabila
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dianalisis dengan sepenuhnya, satu
matriks dapat dibentuk:
Dalaman
|
Kekuatan
|
Kelemahan
|
Luaran
|
Peluang
|
Ancaman
|
Strategi
dan Objektif Pemasaran
Peluang
pertumbuhan pasaran dapat dikesan melalui empat pendekatan:
a.
Penembusan Pasaran
Satu
strategi pertumbuhan syarikat melalui peningkatan jualan kepada produk sedia
ada dalam segmen pasaran lama tanpa melakukan sebarang perubahan terhadap
produk tersebut. Usaha itu boleh tercapai melalui potongan harga, peningkatan
pengiklanan dalam pelbagai media massa, serta memperoleh pameran produk yang
lebih banyak di kedai.
b.
Pembangunan Pasaran
Satu
strategi pertumbuhan syarikat dengan mencari dan membangunkan segmen pasaran
baharu untuk produk sedia ada. Strategi ini dilakukan melalui usaha mencari
lebih banyak pengguna baharu yang berminat dengan produk syarikat, menambahkan
kadar penggunaan pengguna terhadap produk itu serta menerokai kawasan baharu
untuk produk tersebut.
c.
Pembangunan Produk
Satu
strategi pertumbuhan syarikat dengan memperkenalkan produk baharu atau membuat
pengubahsuaian terhadap produk sedia ada untuk segmen pasaran lama. Syarikat
boleh memperkenalkan satu jenama baru untuk produk, mencipta produk baru dengan
cirri-ciri yang dapat menambahkan faedah atau nilai kepada produk tersebut.
d.
Pempelbagaian
Satu
strategi pertumbuhan syarikat dengan terlibat dalam sesuatu perniagaan baru
stsu memasuki sesuatu pasaran yang berlaianan dengan pasaran yang sedia ada.
Sasaran
Pasaran
Sasaran
pasaran merujuk kepada sekumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan
kehendak yang sama dan akan dijadikan tumpuan oleh pemasar untuk memasarkan
produk kepada mereka. Pemasar perlu menentukan sasar an pasaran yang sesuai
supaya dapat merancang aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan
peletakan pasaran. Ketiga-tiga aktiviti itu amat penting untuk menentukan
sejauh manakah pemasar dapat menguasai syer pasaran dengan berkesan untuk
produknya.
Campuran
Pemasaran
Campuran
pemasaran merupakan satu set pemboleh ubah yang dikenali sebagai “4 Ps” iaitu
produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi. Keempat-keempat pemboleh ubah
itu akan digabung dan diselaraskan untuk memenuhi keperluan dan kehenak
pengguna di sasaran pasaran
Pelaksanaan
Pelaksanaan
atau pelaksanaan pemasaran merupakan satu proses penukaran rancangan atau
strategi pemasaran kepada satu tindakan pemasaran demi mencapai objektif
pemasaran organisasi. Pelaksanaan melibatkan aktiviti mempraktikkan strategi
pemasaran secara berterusan dengan berkesan oleh jabatan pemasaran organisasi
tersebut. Organisasi perlu menerapkan tenaga kerja, system ganjaran, budaya dan
struktur organisasi ke dalam satu rancangan tindakan yang dapat menyokong
strategi pemasaran tersebut.
Penilaian
Penilaian
merupakan kawalan pemasaran yang melibatkan proses pengukuran dan penilaian
keputusan strategi pemasaran dan kemudian mengambil tindakan pembetulan demi
memastikan objektif pemasaran organisasi dapat dicapai. Usaha penilaian perlu
diamalkan oleh organisasi supaya dapat mengesan faktor yang menyebabkan
wujudnya perbezaan antara strategi pemasaran yang dirancang dengan prestasi
sebenar pemasaran. Hal ini membolehkan organisasi mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk mengurangkan jurang perbezaan antara perancangan dan
pencapaian sebenar dan seterusnya mencapai keputusan yang diingini.
Analisis SWOT
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
10:30:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: