JENIS-JENIS KEPUTUSAN PEMBELIAN
JENIS-JENIS KEPUTUSAN PEMBELIAN
Keputusan
pembelian pengguna terdiri daripada tiga proses mengikut jenis barang yang
ditawarkan di pasaran iaitu: proses pembelian produk pengguna, proses
pembellian produk baharu dan proses pembelian produk industri.
Proses
Pembelian Produk Pengguna
Produk
pengguna ialah barang akhir yang dibeli oleh pegguna untuk kegunaan
perseorangan dan boleh digunakan terus. Proses pembelian produk melibatkan lima
peringkat seperti berikut:
Mengenal
pasti keperluan
|
![]() |
Mencari
maklumat
|
![]() |
Menilai
alternatif
|
![]() |
Membuat
keputusan pembelian
|
![]() |
Gelagat
selepas pembelian
|
Proses
pembelian di atas hanya sesuai untuk pembelian produk biasa dan produk mewah.
Untuk pembelian barang rutin dan barang mesti pengguna tidak perlu melalui
semua peringkat.
Pada
peringkat awal sebelum membeli sesuatu barang pengguna perlu mengenal pasti
barang yang hendak dibeli dapat memenuhi kepuasannya. Kemudian pengguna akan
mendapatkan maklumat lengkap berkenaan barang yang ingin dibeli daripada
pelbagai sumber seperti sumber peribadi dan sumber awam.
Setelah
memperoleh segala maklumat yang dikehendaki, pengguna akan menilai alternatif
yang ada dalam satu set pilihan berdasarkan situasi pembelian yang dihadapi,
budi bicara sendiri dan nasihat jurujual atau rakan.
Pada
peringkat gelagat selepas pembelian pengguna akan mengenalpasti sama ada
penggunaan barang yang dibeli memberikan kepuasan atau sebaliknya. Jika dia
berpuas hati maka dia akan mempunyai gelagat yang positif terhadap barang
tersebut dan mungkin akan membeli barang itu semula.
Proses
Pembellian Produk Baharu
Produk
baharu merupakan barang atau perkhidmatan yang dianggap baharu oleh pengguna.
Produk itu mungkin telah wujud di pasaran untuk sesuatu tempoh masa. Namun,
pengguna hanya mengetahui atau mempelajari produk tersebut untuk kali pertama
dan membuat keputusan sama ada untuk menerimanya atau sebaliknya.
Proses
pembelian produk baharu terdiri daripada lima peringkat seperti berikut:
Menyedari
|
![]() |
Meminati
|
![]() |
Menilai
|
![]() |
Mencuba
|
![]() |
Menerima
|
Pada
peringkat kesedaran, pengguna menyedari kewujudan barangan baharu tetapi tidak
mempunyai maklumat yang mencukupi tentang barang itu. Pengeluar harus
menyampaikan maklumat yang secukupnya tentang barang baharu kepada pengguna
melalui pengiklanan, promosi, pameran, demonstrasi dan sebagainya. Pengguna
kemudian akan mencari maklumat terkini dan terperinci tentang barang tersebut
melalui sumber samada peribadi atau awam.
Setelah
mendapat semua maklumat yang dikehendaki, pengguna akan membuat pertimbangan
untuk membeli atau tidak. Penilaian pembelian oleh pengguna bergantung kepada
pengguna sendiri atau situasi pembelian.
Pada
peringkat percubaan, pengguna akan mencuba barang itu untuk membuat keputusan
yang lebih tepat. Sekiranya berpuas hati, pengguna akan membuat keputusan untuk
menerima dan membeli barang itu.
Proses
Pembelian Produk Industri.
Produk
industri merujuk kepada barang yang dibeli oleh organisasi tertentu untuk
digunakan secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan pemprosesan
penambahnilaian dalam mengeluarkan barang akhir. Produk industri tidak sesuai
digunakan oleh isi rumah.
Proses
pembelian produk industri merangkumi lapan peringkat seperti berikut:
![]() |
Pada
peringkat pertama, pengurusan organisasi akan mengenal pasti produk industri
yang hendak dibeli untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan
organisasi. Pengurusan harus memastikan jenis bahan mentah dan barang modal
yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Setelah
masalah dan keperluan dikenalpasti, pengurusan akan menentukan ciri atau
kriteria produk industri yang diperlukan dengan membuat spesifikasi produk
seperti harga, kuantiti, kualiti dan jenama. Spesifikasi produk yang dibuat
harus mengambil kira kelebihan dan kemampuan organisasi dari segi kewangan,
tenaga kerja, kapasiti pengeluaran, kepakaran dan teknologi.
Pengurusan
akan mencari maklumat tentang produk industri yang dapat memenuhi spesifikasi
yang dikehendaki dan kemudian membuka tender untuk mencari pembekal yang
terbaik. Rundingan pembelian dengan pembekal akan dilakukan setelah senarai
pembekal dikenal pasti.
Rundingan
ini akan melibatkan syarat-syarat perniagaan seperti harga, kuantiti, syarat
pembayaran, syarat penghantaran dan khidmat selepas jualan. Pengurusan akan
menentukan pembekal yang terbaik yang dapat menawarkan syarat perniagaan yang
paling menarik dan member faedah yang lebih banyak kepada organisasi. Selepas
pembelian dan barang telah digunakan, penilaian terhadap prestasi produk akan
dilakukan. Ini untuk menentukan sama ada ingin meneruskan pembelian daripada
pembekal tersebut atau tidak.
JENIS-JENIS KEPUTUSAN PEMBELIAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
1:33:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: