KERANGKA UNDANG-UNDANG HALAL (2)
PERUNTUKAN PERUNDANGAN BERKAITAN PRODUK VETERINAR
Awal tahun 80-an kerajaan telah
mengambil inisiatif supaya syarat halal dimasukkan ke dalam protokol
pengimportan daging (kecuali daging babi) oleh Jabatan Veterinar selaras dengan
syarat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mengelakkan kekeliruan kepada
orang ramai.
Kawalan
import keatas produk berasaskan haiwan ke semua negeri di Semenanjung Malaysia terdapat
di bawah Akta Binatang 1953 (Semakan) 2006. Sementara perintah berkaitan dengan
kawalan pengimportan produk berasaskan haiwan terdapat di dalam Kaedah-Kaedah
(Animal Rules) 1962 yang dibuat oleh menteri dibawah peruntukan kuasa yang
diberikan di bawah Seksyen 86, Akta Binatang 1953 (Semakan) 2006.
Kaedah-Kaedah
Binatang (Animal Rules) 1962 mengandungi beberapa jadual peraturan dalam
pengeluaran lessen atau permit import termasuk jenis-jenis dan bentuk atau
format lessen seperti berikut:
i.
Lesen import/eksport haiwan
ii.
Lessen untuk mengimport burung dan telur; dan
iii.
Permit untuk mengimport bangkai (carcases) haiwan
Seksyen
8 Kaedah-Kaedah Binatang (Animal Rules) 1962 memberi kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah
Veterinar untuk mengeluarkan permit import berdasarkan dengan syarat-syarat yang
tertentu yang beliau fikirkan sesuai.
Berdasarkan kepada bidangkuasa ini maka
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mewujudkan Protokol Import yang
memberi penekanan kepada keperluan pengesahan halal. Antara beberapa syarat
asas yang terdapat didalam protokol import adalah seperti berikut:
i. Setiap konsinmen (consignment) yang
hendak dibawa masuk ke Malaysia hendaklah disertai dengan permit import yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV);
ii. Bekalan hanya dibenarkan dari rumah
sembelihan atau loji pemprosesan produk yang telah diperiksa dan diluluskan oleh
kerajaan Malaysia;
iii.
Setiap produk yang dibawa masuk ke Negara ini hendaklah disertakan dengan tiga
(3) sijil utama berikut:
a) Sijil Kesihatan
Veterinar (Veterinary Health Certificate) yang dikeluarkan oleh pegawai veterinar
atau pihak berkuasa veterinar Negara pengeksport;
b) Sijil Pemeriksaan Daging (Meat
Inspection Certificate) yang ditandatangani atau disahkan oleh pegawai
pemeriksa daging yang mengesahkan bahawa:
(i) bangkai, produk atau bahagian
sumber yang telah melalui pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem dan didapati
sihat serta bebas daripada sebarang jangkitan atau penyakit berjangkit pada
masa sembelihan;
(ii) Bangkai, produk dan bahan adalah
diproses, dibungkus, dan disimpan diwah syarat sanitasi dan tidak mengandungi
preservative, bahan pewarna, residue, atau sebarang bahan asing atau bahaya dan
langkah-langkah pencegahan telah diambil untuk mengelak sebarang kontaminasi
semasa pemprosesan, penyimpanan dan pembungkusan sebelum dieksport;
(iii) Bangkai,
produk atau bahagiannya adalah selamat dan sesuai untuk makanan manusia.
c) Sijil Pengesahan Halal (Halal
Certificate) yang telah ditandatangi dan disahkan oleh kakitangan berwibawa di
Badan pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Sijil tersebut bertujuan untuk mengesahkan bahawa:
(i) Haiwan tersebut telah disembelih
mengikut hukum syarak dan sesuai untuk
makanan orang Islam;
(ii) Kesemua sembelihan, pemperosesan,
penyejukan, pembekuan, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan, dan
semua urusan yang berkaitan dengan pengendalian telah dilakukan dengan
pangasingan daripada binatang-binatang lain.
(iv) Semua produk perlu dilabel
(labelling) dengan sempurna dengan menyatakan no establishment bagi rumah
sembelih dan kilang pembungkus, tarikh pengeluaran (date marking), dan jenis
sembelihan (sembelihan halal).
(v) Kesemua dokumen asal dan rasmi yang
ditetapkan dibawah peraturan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah
Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh beliau.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KASTAM, (LARANGAN IMPORT) 1988 DAN (LARANGAN
EKSPORT) 1988
Pengkuatkuasaan
kawalan import daging halal ke Negara ini dikuatkan lagi dengan Undang-Undang dan Peraturan Kastam, (Larangan
Import) 1988 dan (Larangan Eksport) 1988 Secara keseluruhan larangan terbahagi
kepada dua iaitu Larangan Mutlak dan Larangan Bersyarat.
(i)
Larangan Mutlak:
Larangan Mutlak dikenakan ke atas
barangan yang disenaraikan dalam Jadual 1 Perintah-perintah tersebut keatas
pengimportan/pengeksportan semua barangan "ke" atau "dari"
Haiti.
(ii)
Larangan Bersyarat:
Dikenakan
keatas barangan yang disenaraikan di dalam Jadual ii, iii, dan iv Perintah-
Perintah
tersebut. Haiwan dan produk haiwan adalah tersenarai didalam larangan
tersebut
dan memerlukan permit atau lessen import daripada agensi-agensi tertentu
seperti
permit import dan eksport yang dikeluarkan oleh Jabatan perkhidmatan
Veterinar
(JPV)
AKTA
MAKANAN HAIWAN 2009, (PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN) (LESEN UNTUK
MENGIMPORT MAKANAN HAIWAN ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2012
Selain
dari keperluan pelabelan produk makanan haiwan seperti diatas, bagi tujuan
keselamatan makanan (tayyiban) yang berkait rapat dengan pengeluaran makanan
halal terdapat satu peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Makanan Haiwan 2009
(Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan) (Lesen untuk mengimport makanan haiwan
atau Bahan Tambahan Makanan Haiwan) 2012 yang memperuntukan bahawa Lembaga
tidak boleh mengeluarkan suatu lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan
tambahan makanan haiwan jika:-
(a)
negara asal yang darinya makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu
akan
diimport tidak diketahui;
(b)
spesifikasi makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu tidak diperuntukkan
atau tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan;
(c)
Lembaga mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa makanan
haiwan
atau bahan tambahan makanan haiwan yang akan diimport itu tercemar atau
berkemungkinan
membawa penyakit dan menyebabkan kesihatan haiwan atau manusia
terjejas;
atau
(d)
mana-mana lesen atau perakuan lain yang perlu bagi pengimportan sebagaimana
yang
dikehendaki
di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain tidak diperoleh.
KERANGKA UNDANG-UNDANG HALAL (2)
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:35:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: