KERANGKA UNDANG-UNDANG HALAL DI MALAYSIA (1)
KERANGKA UNDANG-UNDANG HALAL DI
MALAYSIA
Akhir-akhir ini timbul banyak persoalan mengenai status halal produk di Malaysia. Sebelum meninjau mengenai status halal, kita lihat dulu apakah undang-undang yang berkaitan dengan urusan halal ini. Setelah itu kita boleh mengetahui, pihak yang bertanggungjawab dalam urusan halal bagi mengelakkan kekeliruan ada pihak yang mendakwa sesuatu produk itu halal atau tidak.
Sebenarnya
peruntukan undang-undang halal di Malaysia telah wujud sejak tahun 1970an lagi
tetapi penyusunan agak kurang sistematik. Undang-undang Halal di Malaysia bukan
terkandung dalam satu Akta atau Enakmen tertentu. Ia boleh diperolehi dalam
peruntukan undang-undang dari pelbagai Akta, Enakmen dan undang-undang kecil
(Subsidiary Legislation).
Ada
beberapa sebab kenapa keadaan ini menjadi demikian. Pertama, kuasa perlaksanaan
bagi produk atau perkhidmatan terletak kepada badan atau jabatan tertentu dan
mereka mempunyai penguatkuasa untuk melaksanakan peruntukan tersebut. Keduanya,
kerana sesetengah peruntukan tersebut memerlukan kepakaran teknikal dan
kepakaran itu memang sudah dimiliki oleh
pihak atau jabatan berkenaan. Sekiranya ditubuhkan badan lain bagi
penguatkuasaan maka rujukan tetap dibuat kepada badan tersebut.
Berikut
ialah peruntukan undang-undang halal yang ada di Malaysia.
a. Akta Perihal
Dagangan 2011 (APD 2011)
b. Peruntukan
Perundangan Berkaitan Produk Veterinar
c. Undang-Undang
dan Peraturan Kastam, (Larangan Import) 1988 dan (Larangan Eksport) 1988
d. Akta Makanan
Haiwan 2009, (Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan) (Lesen Untuk
Mengimport Makanan Haiwan atau Bahan Tambahan
Makanan Haiwan) 2012
e. Peruntukan
Perundangan Pengiklanan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
f. Peruntukan
Perundangan Kawalan Kebersihan Makanan
g. Peruntukan
Perundangan Kawalan Halal Di Bawah Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri
h. Akta Racun 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1984 (Pindaan 2010)
AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 (APD 2011)
Akta
Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) bertujuan untuk:
"menggalakkan amalan perdagangan
yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan, pengendalian
dan amalan palsu atau mengelirukan berhubungan dengan pembekalan barang-barang
dan perkhidmatan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang
berkaitan atau bersampingan dengannya".
Sebelum
digubal dan dikuatkuasakan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011),
penguatkuasaan kawalan penggunaan tanda, logo, representasi serta sijil halal
adalah dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 (APD 1972), Perintah Perihal
Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1975 dan Perintah Perihal Dagangan
(Penandaan Makanan) 1975. Setelah ia dilaksanakan selama lebih 35 tahun,
kerajaan telah mengenalpasti banyak kelemahan-kelemahan di dalam Akta Perihal
Dagangan 1972 dan perintah-perintah berkenaan. Antara kelemahan-kelemahan yang
dikenalpasti ialah:
a)
Membolehkan perisytiharan halal sendiri;
b)
Membenarkan penggunaan representasi halal dalam bentuk ayat al-Quran dan
sebagainya oleh bukan Islam;
c)
Tiada badan pensijilan halal khusus yang ditentukan bagi mengeluarkan sijil
halal; dan
d) Ruang lingkup kawalan hanya kepada
produk makanan sahaja.
Menyedari
akan kelemahan-kelemahan itu, kerajaan telah membuat pindaan kepada undang - undang
tersebut dan digantikan dengan Akta Perihal Dagangan 2011 dan perintah-perintah
berkaitan. Hasilnya sebanyak 3 perintah berkaitan kawalan halal diwujudkan di
bawah APD 2011 iaitu:
a)
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011;
b)
Perintah Perihal Dagangan (Penandaan dan Perakuan Halal) 2011; dan
c)
Perintah Perihal Dagangan (Fi Perakuan Halal) 2011.
Perintah-perintah
ini telah diwartakan pada 30 Disember 2011 dan mula berkuatkuasa pada 1Januari
2012.
Perintah Perihal Dagangan (Takrif
Halal) 2011
Perintah
Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 telah diwujudkan oleh Menteri Kementerian
Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berdasarkan kuasa yang
diberikan di bawah Seksyen 28, APD 2011. Perintah ini pada dasarnya adalah
menggantikan Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1975.
Antara penambah baikan yang dibuat pada perintah baru ini ialah:
a)
Memperluaskan skop "takrif halal" daripada makanan sahaja kepada skop
yang lebih luas
termasuk
barangan bukan makanan dan juga perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan dan
barangan seperti perkhidmatan pengangkutan, penyimpanan dan sebagainya.
b)
Takrif halal telah ditambah daripada empat (4) ciri sebagaimana yang ditetapkan
pada
Perintah
Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1975 kepada tujuh (7) ciri di
dalam
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Tiga (3) ciri-ciri lain yang
ditambah
ialah
makanan halal hendaklah:
i.
Tidak memabukkan mengikut hukum syarak;
ii.
Tidak mengandungi mana-mana bahagian anggota manusia atau hasilan daripadanya
yang
tidak dibenarkan oleh hukum syarak.
iii.
Tidak beracun dan tidak memudaratkan kesihatan.
c)
Antara perkara penting yang diwujudkan di dalam perintah baru ini ialah
kesalahan bagi
"memperdayakan
atau mengelirukan". Seksyen 4, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal)
2011
melarang membuat representasi atau perbuatan yang boleh menunjukkan bahawa
makanan
yang disediakan adalah halal, termasuk menggunakan ayat al-Quran atau objek
atau
gambar berkaitan dengan agama Islam seperti Kaabah. Manakala pada seksyen 4 (3)
dinyatakan dalam kes tersebut, beban pembuktian adalah di atas pihak tertuduh, bukan
pegawai penguatkuasa atau pendakwa. Ini bererti bahawa sekiranya seseorang menggunakan
ayat al-Quran maka ia dikira bersalah melainkan ia dapat membuktikan
bahawa
makanan yang disediakan adalah halal. Walau bagaimanapun bagi orang Islam,
penggunaan
ayat al-Quran, gambar Kaabah dan sebagainya di premis makanan adalah
dibenarkan.
d)
Kadar denda bagi kesalahan di bawah perintah ini telah ditetapkan lebih tinggi
daripada
kadar
yang ditetapkan di bawah APD 1972 iaitu:
i.
Bagi pertubuhan perbadanan denda tidak melebihi RM 5 juta bagi kesalahan
pertama
dan
RM 10 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya; dan
ii.
Jika bukan pertubuhan perbadanan denda tidak melebihi RM 1 juta atau
dipenjarakan
selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua
atau
seterusnya didenda tidak melebihi RM 5 juta atau dipenjarakan selama tempoh
tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perintah Perihal Dagangan (Takrif
Halal) 2011 memperuntukkan bahawa apabila suatu makanan atau barangan
diperihalkan sebagai halal atau atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain
untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan
oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu:
(a) tidak terdiri daripada atau tidak
mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada
binatang dilarang hukum syarak dan fatwa atau
tidak disembelih mengikut hukum syarak
dan fatwa;
(b) tidak mengandungi unsur najis mengikut
hukum Syarak dan fatwa;
(c) tidak memabukkan mengikut hukum Syarak dan
fatwa;
(d) tidak mengandungi bahagian atau anggota
manusia atau hasilan daripadanya yang tidak
dibenarkan hukum Syarak dan fatwa;
(e) tidak beracun atau memudaratkan kesihatan;
(f) tidak disediakan, diproses atau dikilang
menggunakan peralatan yang dicemari najis mengikut hukum Syarak dan fatwa; dan
(g) tidak dalam masa penyediaan, pemprosesan
atau penyimpanan bersentuhan, bercampur
atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi syarat (a) dan (b)
di atas.
“makanan” pula ditafsir sebagai sebagai termasuk
“tiap-tiap barang yang dikilangkan, dijual atau digambarkan untuk digunakan
sebagai makanan atau minuman bagi kegunaan manusia atau yang memasuki kedalam
atau digunakan dalam komposisi, penyediaan, pengawetan, mana-mana makanan atau
minuman bagi kegunaan manusia dan termasuklah konfeksi, bahan kunyahan dan
apa-apa bahan bagi makanan, minuman, konfeksi atau bahan kunyahan itu”.
(Perkara 2)
Sesuatu makanan atau barang yang
diperihalkan sebagai halal seharusnya turut meliputi perkhidmatan berhubung
dengan makanan atau barang itu, iaitu termasuk keseluruhan proses, seperti
pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan mentah, penyajian dan
peruncitan makanan atau barang tersebut. (Perkara 2)
Perintah Takrif Halal turut
mengandungi peruntukan berkaitan dengan kesalahan memperdaya atau mengelirukan
(Perkara 4). Sebarang bentuk representasi atau perbuatan yang boleh memperdaya
atau mengelirukan bahawa sesuatu makanan itu halal atau boleh dimakan oleh
orang Islam merupakan suatu kesalahan. Maksud “representasi dan perbuatan” ini
termasuklah penggunaan ayat suci al-Quran atau perkara atau objek yang
berhubung dengan agama Islam, sama ada di premis makanan itu dijual atau pada
bekas makanan. Sebagai contoh, isu penggunaan kalimah “Allah” dan “Bismillah”
di restoran yang secara tidak langsung menggambarkan bahawa makanan yang
disajikan adalah halal untuk pengguna Muslim.
Perintah
Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011
Perintah
Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dibuat oleh Menteri
melalui kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 29, APD 2011 [Akta 370]. Antara
perkara yang dimasukkan di dalam perintah baru ini ialah:
a)
JAKIM dan MAIN/JAIN dinamakan sebagai pihak berkuasa yang berwibawa dalam
pengeluaran sijil
halal. Oleh itu, sesuatu
produk yang diperihalkan sebagai halal perlu mematuhi dua perkara: Pertama,
mesti diperakukan sebagai halal oleh JAKIM atau MAIN; dan kedua, ditandakan
dengan logo halal Malaysia.
b)
Pihak lain tidak dibenarkan mengeluarkan sijil halal di Malaysia.
c)
Perisytiharan halal sendiri dalam sebarang bentuk logo atau perbahasaan adalah
tidak
dibenarkan.
Pindaan ini akan menghalang pihak-pihak mengelirukan pengguna Islam
dengan
meletakkan perkataan seperti "makanan Islam", "ditanggung
halal", lafaz bismillah,
menggantung
ayat-ayat al-Quran di premis makanan, menggantung gambar kaabah dan sebagainya.
d)
Perintah Penandaan Halal
turut memperuntukkan perakuan halal berhubung dengan makanan dan barangan
import yang dipasarkan di Malaysia.Untuk tujuan ini, semua makanan dan barangan
import yang dipasarkan di negara ini boleh diwartakan sebagai halal melalui dua
kaedah. Pihak yang mengimport barangan tersebut boleh sama ada mendapat perakuan
halal daripada JAKIM atau MAIN dan ditandakan dengan logo halal badan ini; ataupun
memperoleh perakuan halal daripada badan pensijilan luar negara, iaitu negara
pengeluar, yang diiktiraf oleh JAKIM.
Bagi kaedah kedua ini, penandaan pada makanan atau
barangan tersebut ialah nama badan pensijilan luar negara terbabit (Perkara 5).
Untuk tujuan ini, Perintah ini turut menyenaraikan badan pensijilan halal luar
negara yang diiktiraf.
Perintah Perihal Dagangan (Fi Perakuan
Halal) 2011
Perintah
ini mengandungi kadar caj yang akan dikenakan ke atas pemohon yang memohon
sijil
halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)/ Majlis Agama islam Negeri
(MAIN). Bagi memastikan kelancaran penguatkuasaan peruntukan ini seramai 62
pegawai-pegawai hal ehwal Islam JAKIM telah dilantik sebagai Penolong Pengawal
Perihal Dagangan bagi menguatkuasakan kesalahan khusun berkaitan dengan halal.
Dalam masa yang sama usaha sedang dibuat untuk melantik seramai 240
pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebagai Penolong Pengawal
Perihal Dagangan di peringkat negeri dan daerah.
KERANGKA UNDANG-UNDANG HALAL DI MALAYSIA (1)
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:19:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: