KHILAF BOLEH MEMBATALKAN KONTRAK
KHILAF
S.
21 memperuntukkan bahawa silap atau khilaf berlaku apabila kedua-dua pihak
silap berkenaan perkara fakta yang mustahak tentang kontrak. Contoh fakta yang
mustahak adalah fakta tentang kewujudan perkara yang dikontrakkan.
Silap
atau khilaf ini mesti melibatkan kedua-dua belah pihak. Jika hanya satu pihak
sahaja yang silap, ia tidak dianggap silap menurut Akta Kontrak 1950 yakni
kontrak tersebut tidak menjadi batal dan berkemungkinan sah
Khilaf
fakta yang dilakukan oleh dua pihak boleh wujud dalam keadaan yang berikut:
1. Khilaf tentang kewujudan perkara pokok sesuatu
kontrak
Kes : STRICKLAND LWN TURNER (1852) 7 Exch 208
Plaintif telah membeli dan
membayar untuk suatu anuiti tahunan bagi seorang lelaki yang tanpa diketahui
oleh kedua-dua pihak telah meninggal dunia. Dia berjaya mendapat kembali harga
belian tersebut kerana anuiti tahunan tidak lagi wujud pada masa jualan.
2. Khilaf tentang identiti perkara pokok
3. Khilaf tentang kualiti perkara pokok
Kes: KENNEDY LWN PANAMA ROYAL MAIL (1867) LR 2 QB
580
Plaintif membeli saham dalam terbitan modal yang
seterusnya yang dibuat oleh syarikat defendan, dengan didorong oleh satu
prospectus. Kandungan prospectus antara lain menyatakan bahawa modal baru
diperlukan untuk melaksanakan suatu kontrak pengangkutan surat yang dibuat
dengan kerajaan New Zealand. Suatu kontrak telah dibuat dengan ejen kerajaan
New Zealand dan syarikat tersebut benar-benar percaya kontrak itu sah. Tetapi
kontrak itu telah dibuat tanpa perintah dan kerajaan New Zealand enggan memberi
pengesahan. Akibatnya, harga saham itu jatuh teruk dan plaintif menuntut agar
dipulangkan saham yang telah dibeli itu dan mendapatkan kembali wang yang telah
dibayar.
Mahkamah Queen’s Bench enggan membenarkan tuntutan
tersebut. Saham yang diterima oleh plaintif tidak ada beza dengan saham yang
dikontrak oleh syarikat itu, walaupun berbeza dari segi nilainya. Sekiranya
terdapat salah faham terhadap bahan subjek maka tidak adalah kontrak, tetapi
jika hanya berbeza dari segi kualiti atau secara kebetulan, maka kontrak masih
terikat.
4. Khilaf tentang kebarangkalian pelaksanaan kontrak
Kes: SHEIKH
BROS LTD LWN OCSHNER [1957] AC 136
Perayu-perayu membuat
kontrak dengan responden untuk memberinya lessen memotong, memproses dan
mengeluarkan semua pokok sisal dalam sebuah estet di Kenya yang mana mereka
adalah penerima pajakan. Sebagai balasan, responden member sejumlah wang
pendahuluan dan member akujanji akan menghantar 50 tan serat sisal kepada
perayu yang dikeluarkan olehnya setiap bulan. Sebenarnya estet ini tidak
berupaya mengeluarkan sisal yang begitu banyak untuk menampung keperluan ini.
Diputuskan bahwa kontrak ini
adalah tidak sah.
Kesan
kewujudan khilaf didalam kontrak adalah menyebabkan kontrak menjadi batal
(void)
KHILAF BOLEH MEMBATALKAN KONTRAK
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
1:37:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: