PENDEKATAN STRATEGIK DALAM PEMASARAN
PENDEKATAN
STRATEGIK
Pendekatan
strategik ialah satu proses pembentukan dan penyesuaian objektif serta
kemampuan organisasi dengan peluang pemasaran yang sering berubah. Matlamat
utama pendekatan strategic adalah untuk memperbaiki perniagaan dan produk
syarikat supaya dapat memaksimumkan keuntungan dan mencapai pertumbuhan yang
disasarkan. Ia juga bertujuan untuk membantu syarikat mengorganisasikan
perniagaannya supaya dapat menghadapi sebarang ketidakpastian dan ancaman di
luar jangkaan yang boleh menjejaskan perniagaan atau produknya.
Proses
pendekatan strategik melibatkan empat langkah utama:
1.
Mengenal Pasti Misi dan Objektif Syarikat
Misi
syarikat merupakan pernyataan formal tentang tujuan penubuhan organisasi dan
perkara yang ingin dicapai. Misi syarikat dijadikan sebagai garis panduan untuk
mencapai matlamat organisasi. Pernyataan misi mestilah berorientasikan pasaran,
realistic dan bersesuaian dengan situasi persekitaran pasaran.
2.
Menentukan Objektif Syarikat
Syarikat
kemudian perlu menukarkan misi syarikat kepada objektif atau matlamat sokongan
yang lebih terperinci untuk setiap peringkat pengurusan atau jabatan. Setiap
pengurus dalam organisasi perlu mempunyai objektif yang tersendiri dan bertanggungjawab
untuk mencapainya.
3.
Merekabentuk Portfolio Perniagaan
Organisasi
perlu merancang portfolio perniagaan berpandukan pernyataan misi dan objektif
syarikat yang telah ditetapkan. Portfolio perniagaan ialah sekumpulan produk
atau unit perniagaan yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Analisis portfolio
perniagaan adalah penting dan perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti portfolio
perniagaan yang menguntungkan atau merugikan supaya sumber kewangan sedia ada
dapat disalurkan atau dihentikan dalam portfolio tersebut.
Untuk
mencapai tujuan ini, organisasi boleh
menggunakan satu kaedah perancangan portfolio formal yang dikenali sebagai Matriks
BCG atau Matriks Syer Pertumbuhan yang dipelopori oleh Boston
Consulting Group.
Kadar Pertumbuhan Pasaran
|
Tinggi
|
Bintang
|
Tanda
Tanya
|
Rendah
|
Lembu
Kontan
|
Anjing
|
|
Tinggi
|
Rendah
|
||
Syer
Pasaran Relatif
|
Matriks
BCG dibahagikan kepada empat kuadran. Setiap kuadran menunjukkan jenis unit
perniagaan strategik yang berlainan. Unit perniagaan strategik boleh terdiri
daripada bahagian syarikat, barisan produk dalambahagian yang sama, produk
tunggal atau jenama.
i.
Bintang
Bintang
ialah unit perniagaan srtategik yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran dan
syer pasaran relative yang tinggi. Bintang memerlukan pelaburan yang besar
untuk membiayai pertumbuhan yang pesat dan mengatasi pesaingnya yang lain.
ii.
Lembu Kontan
Lembu
Kontan ialah unit perniagaan strategic yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran
yang redah tetapi syer pasaran relative yang tinggi. Lembu Kontan menghasilkan
tunai yang banyak untuk organisasi supaya dapat menyokong unit perniagaan
strategic yang lain. Sekiranya Lembu Kontan mula hilang syer pasaran relative,
organisasi perlu melaburkan wang yang lebih banyak untuk mengekalkan syer pasaran.
iii.
Tanda Tanya
Tanda
Tanya ialah unit perniagaan strategic yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran
yang tinggi tetapi syer pasaran relative yang rendah. Tanda Tanya memerlukan
tunai yang banyak untuk mengekalkan
kedudukannya dalam pasaran tersebut.
iv.
Anjing
Anjing
ialah unit perniagaan strategic yang mempunyai kadar pertumbuhan dan syer
pasaran relative yang rendah. Anjing biasanya menjana keuntungan yang rendah
atau mengalami kerugian. Organisasi harus mempertimbangkan sama ada ia perlu
mengekalkan unit tersebut dengan alas an yang baik.
Sesebuah
portfolio perniagaan yang tidak seimbang akan mempunyai anjing atau tanda Tanya
yang terlalu banyak atau bintang dan lembu yang terlalu kurang. Penggunaan
matriks BCG ini adalah untuk memastikan portfolio perniagaan adalah seimbang.
4.
Membentuk Strategi Pemasaran dan Strategi Fungsian Lain
Setelah
objektif strategik ditakrifkan, pihak pengurusan dalam setiap unit perniagaan
mesti menyediakan satu set perancangan fungsian yang boleh menyelaraskan aktiviti
pemasaran, pengeluaran, kewangan dan jabatan-jabatan lain.
Kejayaan
sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi setiap jabatan dalam
melaksanakan aktiviti penambahan nilai kepada pengguna dan bagaimana
jabatan-jabatan dalam organisasi itu bekerjasama untuk melayan pengguna.
Untuk
membentuk satu sistem perancangan yang paling baik bagi mencapai objektif
strategik keseluruhan organisasi, pengurus pemasaran mesti berusaha untuk
memahami pendapat pengurus fungsian lain.
PENDEKATAN STRATEGIK DALAM PEMASARAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:34:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: