SALAHNYATAAN SEBAGAI KONTRAK BOLEH BATAL


SALAHNYATAAN

Salahnyata bermaksud kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang menyangka bahawa kenyataannya benar. Walau pun pihak yang membuat kenyataan tidak berniat menipu, ia tetap menyebabkan kontrak boleh batal. Ia diperuntukkan di bawah s. 18.
Salahnyata juga tertakluk kepada syarat bahawa pihak yang ditujukan kenyataan itu telah berikhtiar untuk menyelidiki fakta sebenar melaksanakan ketekunan yang lazim
Setiap kontrak yang mengandungi salahnyata membolehkan pihak yang ditipu itu membatalkan kontrak berdasarkan s. 19.

Setiap dakwaan salahnyata perlu memenuhi kriteria berikut:
1. Terdapat kenyataan palsu – untuk membuktikan salahnyataan, kenyataan yang dibuat mestilah palsu dan tidak benar sama sekali iaitu wujudnya satu kenyataan positif oleh si pembuat. Jika sesuatu pihak itu berdiam diri atau membisu terhadap fakta-fakta yang boleh mendorong seseorang untuk memasuki kontrak – bukan salah nyataan .

Kes: KEATES LWN LORD CARDOGAN (1851) 10 CB 591
Plaintif mendakwa untuk gantirugi yang timbul daripada penipuan defendan dalam penyewaan sebuah rumah kepada plaintif. Defendan sedar bahawa palintif memerlukan rumah tersebut serta merta dan tidak mendedahkan fakta bahawa rumah tersebut berada dalam keadaan rosak. Diputuskan bahawa tindakan seperti ini tidak boleh diizinkan dari segi undang-undang.

2. Fakta yang dikatakan palsu itu adalah fakta penting dan mestilah berbentuk kenyataan bukan semata-mata satu pendapat atau buah fikiran kerana jika ia hanya satu pendapat maka ia bukan salahnyata.

Kes : BISSET LWN WILKINSON [1927] AC 177
Responden bersetuju untuk membeli daripada perayu tanah tertentu di Svondale, Southern Island, New Zealand, untuk tujuan perternakan kambing biri-biri. Responden berpegang kepada kenyataan perayu bahawa beliau mengganggarkan tanah tersebut boleh memuatkan sebanyak dua ribu kambing biri-biri. Samada perayu ataupun orang lain, tidak pernah ada penternakan kambing biri-biri dilakukan di atas tanah itu sebelum ini. Apabila perayu menuntut baki harga belian, responden membuat tuntutan balas untuk membatalkan kontrak atas alasan salahnyataan.
Majlis Privy memutuskan bahawa kenyataan itu adlah pendapat perayu semata-mata yang dibuat secara ikhlas. Oleh itu tuntutan untuk membatalkan kontrak tidak boleh diterima.

3. Kenyataan itu ditujukan terus daripada pihak yang didakwa membuat kenyataan palsu kepada pihak yang bertindak berdasarkannya. Ini bermakna ia bukan melalui pihak yang lain terlebih dahulu.

Kes : PEEK LWN GURNEY (1873) LR 6 HL 377
Promoter sebuah syarikat telah didakwa oleh perayu yang telah membeli saham atas kepercayaan terhadap kenyataan palsu yang terkandung dalam prospectus yang dikeluarkan oleh mereka. Perayu bukanlah satu-satunya orang yang diperuntukkan saham ini pada masa penubuhan pertama syarikat tersebut. Beliau hanya membeli saham daripada penerima-penerima saham tersebut.
House of Lords memetuskan bahawa prospketus itu hanya ditujukankepada pemohon pertama saham tersebut dan bukan kepada orang lain selain mereka. Ini bermakna prospectus tidak ditujukan kepada perayu kerana perayu telah membeli saham daripada penerima pertama.

4. Kenyataan itu mempengaruhi pihak itu untuk berkontrak. Jika pihak yang berkontrak  tidak terdorong untuk berkontrak kerana kenyataan itu, maka ia tidak boleh dianggap sebagai salahnyata.Ini kerana kenyataan tersebut tidak menjejaskan kerelaannya untuk berkontrak. 

Kes: ATTWOD LWN SMALL  (1838) 6 CI & Fin 232: ER 684
Sekiranya pihak yang terkeliru menyiasat dan tidak terlalu bergantung kepada salahnyata itu berbanding ketelitian siasatannya, maka dia tidak boleh menggunakan alasan bahawa beliau telah ditipu dengan memasuki kontrak oleh salahnyata tersebut.

HARSHALL LWN THOMAS (lihat di atas) 
SALAHNYATAAN SEBAGAI KONTRAK BOLEH BATAL SALAHNYATAAN SEBAGAI KONTRAK BOLEH BATAL Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 1:33:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.